LUCA SICKTA, KMY KMO & SALAMMUSIK BERPADU SUARA DALAM SINGLE TERBAHARU “KE MANA NI”
Industri hip hop tempatan semakin hangat dengan pelancaran single terbaru "Kemana Ni," hasil kolaborasi antara Luca Sickta, Kmy Kmo, dan Salammusik. Lagu ini, yang diedarkan oleh Sony Music Malaysia, menggabungkan hip hop dan reggae dengan mesej introspektif tentang hala tuju hidup dalam dunia moden yang mencabar.
Lahir Dari Perjalanan & Persahabatan
Kemana Ni bermula pada tahun 2018, hasil inspirasi kejayaan lagu "Gong Nekara." Projek ini digerakkan oleh Kmy Kmo yang ingin mencipta karya menggambarkan perjalanan hidup mencari makna.
Menurut Luca Sickta, projek ini lama dirancang dan akhirnya direalisasikan dengan kerjasama Salammusik, yang terlibat sejak peringkat awal. Walaupun rakaman dilakukan jarak jauh, semangat lagu tetap kuat.
Mesej Realiti Hidup
Melodi rancak dan alunan santai Kemana Ni menyampaikan persoalan hala tuju hidup. Kmy Kmo menganggapnya sebagai gambaran perjalanan dewasa mencari arah. Salammusik menambah bahawa lagu ini mengingatkan bahawa kegagalan adalah sebahagian daripada proses menuju kejayaan.
Frasa "kemana ni" juga dekat dengan masyarakat Malaysia, menjadi refleksi perjalanan hidup.
Gabungan Hip Hop & Reggae Segar
Lagu ini membawa dimensi baru dalam industri dengan gabungan hip hop dan reggae. Produser Luca Sickta memastikan elemen lagu disusun teliti. Kmy Kmo menganggap kerjasama dengan Salammusik sebagai impian jadi realiti.
Harapan & Impian
Mereka berharap lagu ini menjadi inspirasi, terutamanya pada waktu pagi, memberikan motivasi dan kekuatan kepada pendengar.
Pelancaran Di Platform Digital
"Kemana Ni" kini boleh didengari di Spotify, Joox, Apple Music, YouTube Music, dan dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering di semua syarikat telekomunikasi tempatan.
Comments
Post a Comment