KEMBALINYA M2M: JELAJAH “THE BETTER ENDINGS” BAKAL MENGGEGARKAN RESORTS WORLD GENTING PADA 27 APRIL 2025

Berita baik untuk semua peminat muzik pop 90-an! Setelah 22 tahun menyepi, duo pop ikonik dari Norway, M2M, kini kembali dengan penuh sensasi dalam jelajah utama mereka yang pertama, “The Better Endings”. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan yang penuh sensasi di Resorts World Genting (RWG) pada hari Ahad, 27 April 2025, bertempat di Arena of Stars, bermula pada jam 6 petang.

M2M, gandingan dinamik Marion Raven dan Marit Larsen, telah memikat hati peminat di seluruh dunia pada akhir 1990-an dan awal 2000-an dengan muzik elektronik yang menghiburkan, lirik yang mendalam, dan suara Skandinavia yang merdu. Lagu-lagu mereka seperti “The Day You Went Away” dan “Don’t Say You Love Me” menjadi ikonik, menyentuh hati peminat di serata dunia. Album sulung mereka, Shades of Purple, yang dilancarkan pada tahun 1998, telah melonjakkan mereka sebagai bintang antarabangsa, menjadikan mereka legenda dalam dunia muzik pop yang diiktiraf sehingga ke hari ini.

M2M telah meraih pelbagai anugerah muzik terkemuka, termasuk MTV Europe Music Awards dan Nickelodeon Kids' Choice Awards. Mereka juga telah tampil di pelbagai rancangan televisyen dan memukau penonton di pentas-pentas terbesar dunia dengan persembahan yang memikat hati. Kini, setelah lebih dua dekad, M2M bersedia untuk kembali menghangatkan pentas dan bertemu dengan peminat setia mereka, memberikan pengakhiran yang lebih bermakna kepada perjalanan muzik yang luar biasa ini.

"Konsert ini adalah cara kami untuk menghargai semula muzik yang telah membentuk perjalanan kami, sambil memberikan peminat kami peluang untuk menikmati detik-detik berharga dan sambutan yang telah lama dinantikan," kata Marit Larsen. "Kami menamakan jelajah ini The Better Endings kerana ia berkisar tentang kenangan indah serta perjalanan bersama menuju masa depan". Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemunculan semula gemilang M2M di The Better Endings Tour – sebuah pengalaman luar biasa yang pasti akan memberikan kenangan yang tak ternilai!

Tiket laris terjual dalam beberapa jam di pelbagai lokasi Asia, menjadikan kemunculan semula gemilang M2M di RWG satu peluang yang tidak boleh dilepaskan! Hiburkan diri anda dengan lagu-lagu ikonik yang menghidupkan kenangan indah zaman muda dalam suasana penuh makna bersama “The Better Endings”.

Tiket untuk konsert yang dinanti-nantikan ini akan mula dijual pada 17 Februari 2025 secara eksklusif untuk ahli Genting Rewards Card (Kad Ganjaran Genting) kategori Gold dan ke atas, manakala jualan kepada umum akan dibuka pada 24 Februari 2025 jam 12 tengah hari. Harga tiket bermula daripada RM668 (VIP), RM468 (PS1), RM268 (PS2), dan RM168 (PS3), dengan caj pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00. Sebagai ganjaran, ahli Genting Rewards Card berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 10% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting, yang hanya sah untuk pembelian tiket VIP, PS1, dan PS2 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari rwgenting.com.

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!