MARY GRACE MELEDAKKAN PENTAS DAN MERANGKUL GELARAN JUARA CALPIS SODA ONE-IN-A-MILLION!


Mary Grace, ternyata bintang yang satu dalam sejuta!!!! Selepas 8 minggu penuh aksi dan persaingan sengit, lebih 2,500 menyertai uji bakat, dan momen-momen spektakuler yang tidak terhitung jumlahnya, Calpis Soda One in a Million (CSOIAM) secara rasmi menobatkan Mary Grace sebagai juara terbaharu! Dalam sebuah pentas akhir yang penuh debaran dan kehangatan, Mary Grace memikat hati jutaan penonton di seluruh Malaysia dengan vokal luar biasa, persembahan memukau dan bertenaga, dan aura bintang yang tiada tandingan, dan seterusnya membawa pulang hadiah RM1 juta yang diidamkan.


CSOIAM telah mencetuskan fenomena besar dan luar biasa dalam dunia hiburan tanah air! Pertandingan epik yang disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton ini telah menawan hati jutaan penonton, konsisten mendominasi carta teratas dalam trend media sosial, dan menarik lebih daripada 8 juta tontonan, sejak episod pertamanya disiarkan. CSOIAM lebih daripada sekadar pertandingan muzik, ia adalah platform impian yang mengangkat bakat-bakat luar biasa ke pentas tertinggi. Sebagai pertandingan muzik terbesar dan paling mendebarkan di Malaysia, ia terus memikat perhatian peserta dan penonton. Dengan penglibatan yang luar biasa dari peminat, program ini bukan sahaja menjadi fenomena media sosial tetapi juga acara hiburan paling hangat diperkatakan tahun ini. Kehangatan pertandingan ini mencapai kemuncaknya dengan sokongan padu peminat dalam mengundipeserta kegemaran mereka dan turut serta dalam pelbagai peraduan eksklusif, menjadikan CSOIAM satu fenomena yang menggegarkan!

Grand Finale CSOIAM telah menyaksikan empat finalis terbaik – Kai Deva, Mary Grace, Jimi, dan Zazzleen – bertarung dalam pentas akhir yang epik, mempersembahkan lagu baru eksklusif yang dicipta khas serta interpretasi segar lagu lama dengan sentuhan unik masing-masing, untuk menguji keupayaan vokal mereka. Dengan ribuan peminat bersorak dan jutaan lagi menyaksikan secara langsung di TV3 dan Tonton, suasana gegakgempita membawa pertandingan ini ke kemuncak yang mencipta sejarah. Mary Grace akhirnya dinobatkan sebagai juara, membawa pulang hadiah lumayan bernilai RM1 juta yang merangkumi sebuah Peugeot 408 GT, wang tunai RM500,000, serta kontrak rakaman eksklusif – sekali gus membuka pintu kepada sebuah masa depan yang penuh gemilang dalam industri muzik!


Pentas akhir ini dibuka dengan persembahan gilang-gemilang daripada legenda negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dan kemudian digegarkan oleh Ratu Rock Malaysia, Ella. 



Naib juara OIAM musim pertama Faizal Tahir, turut melontarkan suara di pentas hebat ini bersama dengan juri tetap yang diterbangkan khas dari Indonesia saban minggu, Cakra Khan. 


Turut mencuri perhatian, bintang ternama Indonesia—Nicholas Saputra, yang juga seorang pelakon dan penerbit filem, bergandingan dengan penyanyi tersohor Faizal Tahir, menyertai barisan juri tetap Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan dalam membuat keputusan yang paling sukar dalam sejarah pertandingan ini, untuk memilih yang terbaik antara yang terbaik dalam pentas muzik paling epik ini!

Bukan itu sahaja, lebih mengujakan, CSOIAM kekal setia dengan memberi ganjaran kepada penonton apabila berbesar hati menghadiahkan wang tunai berjumlah RM100,000 kepada 100 pemenang bertuah sepanjang program bersiaran secara langsung selama tiga jam!

Encik Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn. Bhd. untuk Malaysia, Singapura, dan Brunei, serta Penerbit Eksekutif bagi CSOIAM, berkongsi pandangannya mengenai perkembangan program ini dari awal hingga akhir, "Di Etika, kami percaya bahawa hiburan bukan sekadar tontonan semata-mata tetapi sebuah pengalaman yang mencipta komuniti, inspirasi, dan mencipta peluang. Dengan pelancaran perisa baharu Anggur baharu


Calpis Soda, , jenama kami terus komited sebagai pemangkin menyebarkan keceriaan dan kegembiraan kepada rakyat Malaysia dan keterujaan kepada para pengguna kami. Calpis Soda One in a Million membuktikan bagaimana jenama seperti kami bukan sahaja mampu mencungkil dan mengangkat bakat tempatan, malah menyediakan platform untuk mereka bersinar dan membina masa depan dalam industri ini. Malam Paling Fizz bukan sekadar sebuah pentas final yang luar biasa, tetapi juga bukti kepada semangat, kerja keras, dan sokongan padu daripada rakan kongsi kami, terutamanya Media Prima Television Networks dan Primeworks Studios, yang bekerjasama erat dengan Etika selaku Penerbit Eksekutif. Bersama-sama, kami komited dalam memperjuangkan platform yang mencipta impak sebenar dan peluang yang berkekalan. Kami juga tidak sabar untuk meneruskan perjalanan ini dalam membangunkan bintang-bintang masa depan. Dengan rekod rating tertinggi bagi mana-mana program di Media Prima, kami telah berjaya menetapkan penanda aras baharu dalam industri hiburan menerusi musim pertama Calpis Soda One In A Million."

Bintang-bintang terbesar industri muzik bersatu di pentas berprestij Malam Paling Fizz, menyemarakkan kemuncak CSOIAM dengan acara penuh gemilang yang mengangkat bakat, kemegahan, dan seni persembahan ke tahap luar biasa! Selama tiga jam yang penuh debaran Grand Finale berlangsung, penonton disajikan dengan pembukaan yang memukau dari ikon nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, yang menggamit nostalgia dan emosi dengan vokalnya yang tiada tandingan, diikuti dengan persembahan penuh tenaga daripada Ratu Rock Malaysia, Ella, yang membakar semangat dengan energinya yang luar biasa. Bukan itu sahaja! penampilan luar biasa alumni OIAM musim pertama yang dikenali sebagai ‘Superman Muzik Malaysia’ Faizal Tahir, ikoniknya masih kekal dengan vokal dan kehadiran pentasnya yang hebat dan Cakra Khan yang terkenal dengan vokal ‘husky’, turut sama mengegarkan malam pentas akhir malam tadi.

Buat pertama kali dalam sejarah, Etika, dengan kerjasama PEUGEOT Malaysia, mencipta detik bersejarah dengan menghadiahkan tujuh buah kenderaan Peugeot Landtrek bernilai RM123,000 setiap satu, kepada penonton setia yang bertuah setiap minggu, satu bukti kepercayaan terhadap sokongan luar biasa para peminat sepanjang perjalanan hebat ini!

Encik Santharuban bersama Cik Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd. merangkap Penerbit Eksekutif program, turut mengambil kesempatan untuk menghargai dan memberikan penghormatan kepada semua peserta, kru, dan penerbit yang telah menjayakan Grand Finale paling epik ini. Kejayaan luar biasa ini tidak mungkin tercapai tanpa dedikasi luar biasa dari tenaga kreatif di sebalik tabir. Malam Paling Fizz bukan sekadar finale, ia adalah sebuah fenomena—memecah rekod, memukau penonton, dan meletakkan standard baharu dalam industri hiburan tanah air!

Sepanjang acara, keterlibatan penonton mencapai tahap luar biasa dengan kejutan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 yang dimenangi oleh 100 pemenang bertuah! Kejutan ini menambah lagi kemeriahan dan keterujaan, menjadikan malam penuh magis ini satu kenangan yang sukar dilupakan!

“Ini adalah sebuah perjalanan yang luar biasa, bukan sahaja berjaya mencungkil dan mengangkat bakat-bakat hebat, tetapi juga menyatukan rakyat Malaysia dalam meraikan muzik dan impian,” ujar Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios. “Mary Grace telah membuktikan bakat, kecekalan, dan aura bintang yang ada pada dirinya, dan kami amat berbangga dapat menyaksikan permulaan kepada sebuah kerjaya yang bakal bersinar gemilang ini. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan kami di Etika Sdn. Bhd., PEUGEOT, Yes5G, OPPO, serta semua yang telah menjayakan musim ini dan menjadikannya sebagai satu kejayaan yang fenomenal”

Dalam momen penuh emosi, kesemua Top 14 finalis kembali ke pentas membuat persembahan reunion epik, mengingatkan penonton akan kehebatan bakat yang telah ditemui sepanjang musim ini. Perjalanan kolektif mereka membuktikan bahawa CSOIAM bukan sekadar pertandingan—ia adalah platform yang mencungkil dan membentuk ikon muzik masa depan Malaysia.

Satu perjalanan epik, satu malam bersejarah, dan satu nama yang akan terus bersinar dalam industri muzik! Selepas persaingan sengit yang menyaksikan bakat luar biasa dari seluruh negara, Mary Grace, mengulas tentang kemenangannya, “Inilah yang dinamakan impian yang menjadi kenyataan! Sokongan tanpa henti, kasih sayang peminat, dan pengalaman yang tidak ternilai menjadikan perjalanan ini satu kenangan yang sukar dilupakan. Calpis Soda One in a Million telah membuka pintu peluang yang luar biasa untuk saya, dan saya bersedia untuk melangkah lebih jauh dalam karier muzik saya! Terima kasih kepada semua yang mempercayai saya—terutama Etika Sdn Bhd dan Media Prima. Ini hanyalah permulaan!”

Namun, perjalanan mereka tidak berakhir di pentas akhir. CSOIAM komited untuk membentuk kerjaya jangka panjang setiap bintang yang dilahirkan melalui pelan pembangunan bakat yang komprehensif untuk membantu pemenang meningkatkan kemahiran dan mencapai kejayaan dalam industri muzik. Perjalanan transformatif ini bermula dengan Mentorship Bootcamp, di mana peserta akan menerima bimbingan peribadi daripada pakar industri untuk memperkasa teknik vokal, aura dan kawalan pentas, dan penjenamaan diri. Selain itu, pengalaman latihan bertaraf antarabangsa di Jepun akan membuka peluang kepada pendedahan global melalui masterclass bersama penerbit J-Pop ternama serta pengalaman imersif seperti siri vlog BTS (OIAM Journey). Untuk melangkah lebih jauh, kolaborasi bersama artis tersohor seperti Ade Govinda akan memberi peluang kepada finalis untuk merakamkan single eksklusif serta menghasilkan muzik video profesional. Semua inisiatif ini memastikan setiap bakat benar-benar bersedia untuk menempah kejayaan berkekalan dalam industri hiburan yang kompetitif.

Kemeriahan tidak berhenti di sini! Peminat bakal berpeluang bertemu secara eksklusif dengan Mary Grace dan barisan finalis Top 14 dalam acara istimewa Meet & Greet yang akan berlangsung pada 14 Februari 2025 di Bukit Bintang. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keterujaan ini dan meraikan kejayaan mereka secara lebih dekat. Nantikan butiran lanjut tidak lama lagi!

Sebagai penutup, Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn Bhd, menzahirkan penghargaan dan kebanggaannya terhadap kejayaan musim ini, “Dengan berakhirnya musim yang penuh kehangatan ini, Calpis Soda One in a Million kini telah mengukuhkan kedudukannya sebagai platform pencarian bakat paling berprestij di Malaysia. Walaupun musim ini telah melabuhkan tirainya, impaknya akan terus kekal, untuk menginspirasi generasi artis baharu, menyatukan peminat muzik, dan mencipta bintang generasi seterusnya. Bersama Calpis, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini; kami akan terus membawa keceriaan dan melakar lebih banyak kejayaan dalam industri muzik tanah air.”


Mary Grace memandu pulang sebuah PEUGEOT 408 GT serba baharu bernilai RM195,000. Menampilkan reka bentuk luaran yang amat unik dan berbeza, PEUGEOT 408 merupakan sebuah fastback yang dinamik, bukan sahaja menarik dari segi estetik, malah menyerlahkan kesempurnaan reka bentuk yang dinamik dan penuh ketangkasan. Prestasi unggul dalam kelasnya dijana menerusi enjin 1.6-liter PureTech turbocharged, sekali gus menawarkan pengalaman pemanduan yang bertenaga dan dinamik. Ruang dalaman pula dilengkapi sistem i-Kokpit ‘High-Vents’ yang canggih, direka khusus bagi memberikan keselesaan optimum dan ergonomik unggul baik untuk pemandu mahupun penumpang.

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!