MAYBELLINE MEMPERKENALKAN KOLEKSI SUNKISSER LIQUID HIGHLIGHTER BLUSH DI SUNKISSER LIVE! BERSAMA HENRY MOODIE & DOLLA
Maybelline Malaysia menggegarkan ibu kota dengan pelancaran eksklusif Sunkisser Liquid Highlighter Blush di SUNKISSER LIVE! – satu perayaan meriah yang menyatukan Mekap, Muzik dan Magis. Acara ini membawa keunikan gaya New York ke Malaysia, serta mempersembahkan inovasi solekan melalui irama muzik dan semangat ekspresi kendiri. Berlangsung di Rooftop Garden, LaLaport BBCC pada saat matahari terbenam, SUNKISSER LIVE! menyerlahkan tenaga dan keberanian yang bersinonim dengan Maybelline.
Sebagai jenama solekan No. 1 di dunia, Maybelline terus menerajui inovasi dengan produk berprestasi tinggi, yang sudah tentunya termasuk Sunkisser Liquid Highlighter Blush! Dirumus khas untuk pencinta kecantikan yang mahukan keserian semula jadi, blush dan highlighter ini ringan, boleh disesuaikan intensitinya, dan mudah sebati dengan kulit untuk memberi kesan ‘ciuman matahari’ selama 12 jam. Malah, ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit berminyak dan berjerawat. Ditawarkan dalam tujuh rona menarik, inovasi terkini ini dicipta untuk melengkapi tona kulit rakyat Malaysia, sekali gus mengukuhkan warisan Maybelline sebagai jenama solekan harian yang dipercayai.
Pengurus Besar Bahagian Produk Pengguna L’Oréal Malaysia dan Singapura, Ashlee Ng berkongsi: “Di Maybelline, kami percaya kecantikan bukan sekadar solekan—ia adalah keyakinan yang mengiringi anda sepanjang hari. Inovasi kami direka untuk menjadi teman terbaik setiap wanita, membolehkan mereka mengekspresikan diri dengan bebas dan menghadapi apa jua cabaran. Hari ini, Maybelline terus membawa kejutan dengan trend kecantikan terkini, memberi peluang tanpa had kepada pengguna untuk bereksperimen, meneroka dan berkarya mengikut gaya mereka sendiri. Jadi, tidak hairanlah salah satu slogan paling berkuasa di dunia masih utuh hingga kini – Maybe she’s born with it, maybe it’s Maybelline.”
Lebih daripada sekadar acara kecantikan, SUNKISSER LIVE! merupakan suatu sambutan yang dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada barisan artis antarabangsa dan tempatan serta bintang TikTok yang sedang melonjak naik. Henry Moodie memukau penonton dengan melodi penuh emosi, sementara kumpulan sensasi DOLLA menutup tirai acara hujung minggu ini dengan persembahan yang amat bertenaga. Acara ini turut menampilkan barisan artis berbakat yang lain, menjadikan SUNKISSER LIVE! satu pengalaman yang sukar dilupakan.
Buat julung kalinya, SUNKISSER LIVE! turut memperkenalkan kedai TikTok fizikal pertamanya di Malaysia — satu pengalaman beli-belah imersif yang membolehkan peminat kecantikan meneroka, mencuba dan memperoleh inovasi terkini Maybelline dengan mudah. Zon solekan ini turut menjadi platform bagi pencipta konten, rakan kongsi dan para peminat untuk berkongsi bagaimana solekan memainkan peranan yang penting dan transformatif dalam ekspresi diri mereka.
Dari meraikan rutin kecantikan sehingga menikmati muzik di bawah cahaya senja, acara ini merupakan perayaan keyakinan dan komuniti yang menyatukan semua pencinta kecantikan. Berbekalkan legasi yang mengangkat keunikan individu melalui inovasi solekan, SUNKISSER LIVE! membuktikan masa depan Maybelline masih kukuh sebagai jenama solekan No. 1 dunia.
Koleksi Sunkisser Liquid Highlighter Blush kini boleh didapati di TikTok, Shopee, Lazada (Maybelline New York Official Store) serta di semua rangkaian kedai runcit utama.
Comments
Post a Comment