KEUNGGULAN ALAM SEMULA JADI: NATURELAB TOKYO KINI DI MALAYSIA


NatureLab Tokyo, jenama penjagaan rambut terkemuka Jepun yang diasaskan pada tahun 2017, akhirnya tiba di Malaysia setelah dinantikan sejak sekian lama. Terkenal dengan gabungan unik alam semula jadi dan kecanggihan sains, jenama ini menawarkan rangkaian produk penjagaan rambut yang bebas bahan berbahaya, lestari, dan inovatif, dirumuskan khas untuk memenuhi pelbagai keperluan rambut dan kulit kepala.

Dengan teknologi botani proprietari, NatureLab Tokyo memanfaatkan kelebihan sel stem tumbuhan yang kaya dengan nutrien dan antioksidan, menggunakan sifat regeneratifnya untuk menangani masalah rambut pada tahap selular, sambil mengekalkan formulasi bebas daripada ftalat, paraben, sulfat, dan ujian ke atas haiwan.

Daripada rambut beruban, kering atau menua, hingga rambut yang rosak, mudah rapuh, atau menipis, produk berasaskan tumbuhan jenama ini dirumuskan khas untuk menyuburkan kulit kepala bagi mendapatkan rambut yang sihat, bersinar, dan lebih bertenaga.

Produk teras NatureLab Tokyo di Malaysia disesuaikan untuk menangani masalah rambut tertentu, dengan tumpuan utama pada rangkaian Saisei サイセイ dan Kiseki キセキ.

Saisei サイセイ: Kelahiran Semula untuk Rambut Anda


Diilhamkan daripada perkataan Jepun yang bermaksud “kelahiran semula”, koleksi Saisei サイセイ direka khusus untuk melambatkan dan membalikkan proses beruban serta keguguran rambut dengan menyegarkan kesihatan rambut. Dirumuskan hasil daripada penyelidikan dan pembangunan selama 12 tahun, formula berpaten yang memenangi anugerah ini telah terbukti secara klinikal dapat membalikkan proses rambut beruban - 73% lelaki dan wanita yang mengambil bahagian dalam kajian melaporkan pengurangan rambut beruban selepas penggunaan selama 3 bulan secara berterusan.

Formula Saisei サイセイ mengandungi peptida biomimetik NatureLab Tokyo, yang meniru peptida semula jadi untuk menyegarkan semula folikel rambut dan merangsang pengeluaran melanin. Diperkaya dengan ekstrak botani, formula ini menawarkan rawatan ringan dan lembut yang membantu meningkatkan kesihatan kulit kepala, membersihkan rambut dan kulit kepala tanpa menghilangkan kelembapan, serta melindungi warna semula jadi rambut daripada tekanan persekitaran seperti pendedahan UV yang boleh menjejaskan pigmentasi dan pertumbuhan rambut.

Ikuti rutin harian tiga langkah yang mudah dengan koleksi lengkap Saisei サイセイ: Stress Defense Amino-Acid Shampoo, Restoring Therapy Conditioner, dan Biomimetic Peptide Treatment Essence. Dengan penggunaan yang konsisten selama tiga bulan, Saisei サイセイ menjanjikan perjalanan transformatif menuju rambut yang lebih lebat, bersinar, dan bertenaga semula.

Kiseki キセキ: Pemulihan Ajaib untuk Rambut Rosak


Koleksi Kiseki キセキ, yang dinamai sempena perkataan Jepun yang bermaksud “keajaiban”, memperkenalkan pendekatan canggih untuk membalikkan kerosakan rambut pada peringkat molekul dalam hanya empat minit. Produk ini menampilkan Kiseki (Miracle) Molecular Repair Leave-In Masque, iaitu rawatan inovatif yang sangat pekat dan tidak perlu dibilas, yang menembusi hingga lapisan terdalam helaian rambut untuk membaiki kerosakan akibat pelunturan, pewarnaan, bahan kimia, haba, dan tekanan persekitaran. Hasilnya, rambut menjadi lebih kuat, lebih lembut, lebih licin, lebih anjal, dan lebih tahan lasak.

Setiap bahan telah dipilih dengan teliti oleh kerana sifat pemulihannya, dengan sebahagiannya mempunyai sejarah yang panjang dalam perubatan herba dan tradisional. Ekstrak biji susu tisel (milk thistle), yang kaya dengan peptida dan mempunyai berat molekul rendah, memastikan formula ini dapat menembusi jauh ke dalam helaian rambut untuk menguatkannya dari dalam. Selain itu, minyak biji teh hijau membantu menyuburkan kulit kepala, mengembalikan kelembapan batang rambut, dan merangsang pertumbuhan rambut baharu yang sihat.

Diilhamkan oleh warisan Jepunnya, rangkaian Kiseki キセキ mengambil inspirasi daripada aroma menyegarkan Hinoki Forest. Gabungan sitrus segar, lavender berkayu, dupa manis, dan cemara yang menyegarkan mencipta pengalaman yang harum dan bersifat terapeutik yang mampu membugarkan sepenuhnya rutin penjagaan rambut.

Penjagaan Rambut Lestari dan Pemulihan Menyeluruh.


Encik Keigo “Tiger” Hishiya, Pengarah Urusan NatureLab Co. Ltd., berkata, “Di NatureLab Tokyo, falsafah kami ialah ‘sempurna dalam ketidaksempurnaan’ —menggabungkan kehebatan alam semula jadi dan sains untuk menangani masalah rambut dari akarnya. Produk kami semuanya berasaskan prestasi, dirumuskan melalui penyelidikan dan pembangunan yang mendalam bagi menghasilkan keputusan luar biasa. Kami juga didorong oleh misi untuk membawa ‘kekuatan kepada kemanusiaan’ dan meningkatkan kualiti kehidupan seharian, sebab itu kami memastikan semua produk kami selamat, lestari, dan mesra alam. Kami teruja untuk menawarkan rakyat Malaysia penyelesaian penjagaan rambut berkualiti yang membantu mereka mendapatkan rambut yang cantik dan sihat, serta meningkatkan keyakinan diri untuk tampil dengan versi terbaik mereka.”

Selain rangkaian Saisei サイセイ dan Kiseki キセキ, koleksi lain oleh NatureLab Tokyo juga akan tersedia di Malaysia, termasuk:

● Perfect Volume: Revolusi bagi mereka yang bergelut dengan rambut leper, nipis, atau tidak bermaya. Syampu dan perapi ini menambah ketumpatan, kekuatan, dan ketebalan pada rambut sambil mengekalkan kelembutan dan kehalusan.

● Perfect Repair: Masalah rambut rosak atau diwarnakan kini bukan lagi satu kebimbangan. Koleksi ini membantu mengembalikan kelembapan, membaiki kerosakan, dan melindungi helaian rambut daripada kerosakan pada masa hadapan.

● Perfect Clean: Skrub kulit kepala khas yang membantu membersihkan, mengelupas, dan menghidrat kulit kepala untuk rambut yang segar, bersinar, dan bertenaga semula.

Produk NatureLab Tokyo kini tersedia di seluruh negara, sama ada di kedai fizikal atau dalam talian melalui peruncit eksklusifnya, Watsons. Produk ini juga boleh dibeli melalui Mandom Official Store di Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web atau halaman https://www.instagram.com/naturelabtokyo.my/

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!