TOP SEBARKAN KECERIAAN HARI RAYA DENGAN KEMPEN #TOPBERKONGSIREZEKI
Sambutan Hari Raya pada setiap tahun merangkumi salah satu aspek utama, iaitu amalan Zakat Fitrah, yang merupakan sumbangan kebajikan kepada mereka yang memerlukan agar semua dapat meraikan perayaan ini bersama-sama.. Ia mencerminkan perasaan kasih sayang dan semangat solidariti dalam kalangan umat Islam apabila ramai yang membantu golongan kurang bernasib baik, sekali gus mengukuhkan rasa kebersamaan dan perpaduan dalam masyarakat.
Seiring dengan amalan murni ini, TOP, jenama detergen No.1 di Malaysia dengan bangganya melancarkan kempen #TOPBerkongsiRezeki, yang akan berlangsung secara eksklusif di MYDIN dari 1 Mac hingga 31 April 2025. Inisiatif penuh makna ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada mereka yang menyambut untuk memberi sedekah yang sangat bermakna sepanjang bulan Ramadan untuk pahala dan amalan baik berlipat kali ganda pada bulan yang mulia ini. Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk bersedekah dalam pelbagai bentuk, termasuk barangan keperluan Hari Raya kepada mereka yang memerlukan dan memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Kempen #TOPBerkongsiRezeki berharap untuk mendapatkan sokongan daripada warga Malaysia yang pemurah bagi membantu komuniti yang kurang bernasib baik melalui gabungan sumbangan wang tunai, produk, dan hasil daripada penglibatan sosial. Sumbangan ini akan memastikan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, wanita, dan keluarga yang memerlukan terjaga dengan baik semasa musim perayaan ini.
Sepanjang tempoh kempen, RM0.10 daripada setiap pembelian produk detergen TOP di MYDIN akan disalurkan kepada badan amal seperti MYDIN Prihatin, Rumah Aman Children’s Home dan Rumah Safiyyah. Jumlah dana yang terkumpul akan diagihkan dalam bentuk RM20,000 wang tunai dan RM2,000 produk TOP kepada rumah kebajikan dan pusat perlindungan.
Selain itu, TOP akan menyumbang RM0.50 untuk setiap ‘like’ pada video TOP Silky Miracle di laman Facebook TOP Malaysia. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penglibatan dalam kempen bermakna ini demi membantu golongan yang kurang bernasib baik. Pautan video:
“Raya adalah waktu di mana kita meraikan tradisi memakai pakaian baharu dan bersih, yang melambangkan pembaharuan dan kegembiraan,” kata Julia Teo, Pengurus Besar-Pemasaran di Southern Lion Malaysia. “Di Southern Lion, kami berharap golongan kurang bernasib baik juga boleh bersama-sama merasakan kegembiraan yang sama. Melalui kempen #TOPBerkongsiRezeki, ia bukan sekadar menjaga kebersihan pakaian — kami juga mengambil berat akan kesejahteraan golongan yang kurang bernasib baik. Untuk menyokong dan memastikan kebajikan mereka terjaga, TOP memperkasakan kehidupan dengan mendermakan dana dan produk bagi membantu memastikan pakaian mereka bersih dan kelihatan segar. Ramadan dan Raya mencerminkan perpaduan, kemurahan hati, dan harapan. Kami menggalakkan semua pelanggan di MYDIN turut boleh menyumbang melalui TOP supaya penerima sumbangan dari kempen kami dapat menikmati Gaya Raya Ceria Bersama TOP,” tambah Teo.
Penerima manfaat kempen ini termasuk: Mydin Prihatin ialah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang didedikasikan untuk kebajikan masyarakat dan kemampanan melalui program seperti Cahaya Prihatin untuk keluarga kurang berkemampuan dan #forfuture untuk pemuliharaan alam sekitar. Selain itu, Rumah Aman Children’s Home dan Rumah Safiyyah ialah organisasi tanpa untung yang komited untuk menyediakan penjagaan dan pendidikan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik serta memastikan kesejahteraan dan perkembangan mereka.
Sertai kami dalam kempen Ramadan dan Raya ini dengan menyokong #TOPBerkongsiRezeki. Anda boleh menyokong kempen dengan setiap pembelian detergen TOP kegemaran anda di MYDIN atau sertai inisiatif kami dengan memberikan ‘like’ pada video TOP Silky Miracle di Facebook kami — setiap sokongan akan menyumbang kepada impak yang lebih besar. Mari kita berkongsi rezeki musim perayaan ini dan membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukannya.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #TOPBerkongsiRezeki, sila lawati:
Laman Web Rasmi: http://topdetergent.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/TOPdetergentMY
Instagram: https://www.instagram.com/topdetergentmy/
Comments
Post a Comment