PANGGUNG RTM KHAS AIDILFITRI 2025, ALONG BAKAL MATI SYAWAL INI?


Dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mempertaruhkan telemovie khas bertajuk “Along Bakal Mati Syawal Ini?” arahan Erfan Zainaldin, salah seorang daripada penerbit di Unit Drama TV RTM.

Mengisi slot Panggung RTM, keistimewaan telemovie ini kerana menggunakan loghat Terengganu di samping menyuntik rasa kasih sayang sesama adik beradik setelah ketiadaan ibu bapa mereka. Bakal menemui penonton pada 31 Mac ini, pukul 9.00 malam di TV1, telemovie ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi RTMKlik.

Menampilkan barisan pelakon utama berpengalaman iaitu Wan Hanafi Su, Mat Over @ Sulaiman Yasin, Jalil Hamid, Datin Fadilah Mansor, Farah Ahmad dan Che Kem, RTM penuh berharap telemovie ini mampu menghadirkan keinsafan dan juga pengajaran tentang hubungan antara adik-beradik yang takkan pernah putus walau apa pun yang terjadi.


Sinopsis

Menyorot kisah Manaf seorang pembuat wau, menetap seorang diri di salah sebuah kampung di Terengganu sejak kematian ibu dan ayahnya sewaktu masih muda. Adiknya Zahir dan Fatin masing-masing sudah berkeluarga dan jarang sekali balik ke kampung.

Zahir berkahwin dengan Rohani, mempunyai seorang anak dan dua cucu dan menetap di Kuala Lumpur. Begitu juga Fatin yang berkahwin dengan Arman, dikurniakan dua anak Yasmin dan Haikal juga menetap di Kuala Lumpur.

Manaf selalu meluahkan rasa sunyi pada kawan sekampungnya, Tok Lang. Tok Lang hidup sebatang kara, mengatakan Manaf masih beruntung mempunyai adik beradik, namun Manaf mengatakan kehidupannya kini tak seperti dulu kerana adik-adiknya jarang pulang akibat pertelingkahan mereka dahulu.

Manaf pula penuh berharap mahu merasai kemeriahan menyambut Syawal seperti dulu-dulu, dan Tok Lang memberi cadangan kepada Manaf bagaimana untuk menunaikan segala hajat Manaf dengan penglibatan kedua adiknya. Namun apakah cadangan yang diberikan oleh Tok Lang membuahkan hasil? 


Luangkan masa menyaksikan kesudahannya di TV1 dan RTMKlik.

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

ASTRO DAN SUN NXT BEKERJASAMA BAWAKAN HIBURAN INDIA TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

BERMULANYA ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’ : KELUANG MAN MENGAKTIFKAN PENGALAMAN PERTAMA SUPERHERO MALAYSIA MELANGKAUI LAYAR