BAALE - FORTUNA LIVE IN KUALA LUMPUR BAKAL CIPTA MOMEN DI ZEPP KL


Iqbaal Ramadhan memulakan kerjaya muziknya melalui kumpulan lelaki "Coboy Junior" pada tahun 2011 bersama Bastian Steel, Teuku Rizky (Kiki), dan Aldy Maldini yang dibubarkan pada tahun 2017. Sudah tentu, suka atau tidak, nama Iqbaal Ramadhan akan sentiasa dikaitkan dengan panggilan Dilan; watak yang dilakonkan dalam filem Dilan 1990. Iqbaal Ramadhan lebih dikenali sebagai seorang pelakon Indonesia yang telah mencetak pelbagai rekod.

Sehingga ramai yang terlupa bahawa Iqbaal Ramadhan bukan hanya seorang pelakon. Iqbaal Ramadhan juga adalah vokalis dan pemuzik. Suara vokalnya turut dipinjamkan semasa menyanyi dalam runut bunyi Dilan 1990 berjudul Rindu Sendiri.

Pada tahun 2024, berita gembira buat peminat, beliau kembali ke pentas sebagai penyanyi solo dengan nuansa BritPop yang diberi nama BAALE. Pemilihan nama pentas BAALE mempunyai makna tersendiri bagi Iqbaal kerana ia boleh menjadi saluran untuk berkarya secara mandiri, bebas, dan jujur.

Bersedia menubuhkan BAALE dengan setiap posisi selain vokal diisi oleh pemuzik hebat dengan garapan daripada penerbit, Hendra Jayaputra, lahirlah album perdana pada tahun lalu.

BAALE melahirkan album perdana berjudul FORTUNA pada Mei 2024. Mengandungi 11 buah lagu, Fortuna secara ringkas membawa maksud nasib baik.

Dan kini peminat Baale di Malaysia yang sebelum ini hanya mendengar Fortuna daripada Spotify atau menonton video klip lagu melalui saluran YouTube dan platform media sosial akan menemui beliau secara langsung.


BAALE buat pertama kali hadir ke Malaysia, tepatnya di Kuala Lumpur, akan mengadakan Konsert BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Jun 2025 bermula pukul 8 malam.

Dibawakan oleh Miebird Projects, Konsert BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur akan mencipta nostalgia paling manis untuk mengubati kerinduan peminat di Malaysia.

"Kami Miebird Projects selaku penganjur berbesar hati membawa BAALE ke Kuala Lumpur dan memperdengarkan isi FORTUNA secara langsung buat peminat.

"Ini adalah peluang yang cukup baik buat peminat untuk mengenali lebih dekat BAALE dan visi yang diusung melalui muziknya.

"Kami hanya mahu peminat bersenang-senang dan menikmati BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Jun 2025 ini seperti mana BAALE begitu teruja untuk bertemu dengan anda semua," ujar Idreez. J dari Miebird Projects.

Bagi Iqbaal Ramadhan pula, "Senang sekali untuk pertama kalinya, bisa datang ke Malaysia sebagai BAALE. Bagi saya, BAALE adalah sebuah bentuk dari Iqbaal Ramadhan yang paling jujur dan apa adanya. Lewat album Fortuna yang menyuarakan kisah masa muda menghadapi kesepian dan meraih mimpi. Semoga audiens Malaysia bisa berkenalan lebih dekat dan berjalan bergandengan bersama BAALE untuk karya-karya selanjutnya".

Untuk merealisasikan malam pesta BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur, tiket dengan beberapa kategori iaitu RM 198 - RM 218 - FORTUNA (BERDIRI - Zon Hadapan), RM 218 - MUSIM (DUDUK - Bernombor), RM 268 - MALAM MINGGU (DUDUK - Bernombor) dan RM 398 VIP Box - per pax (10 pax per box) boleh dibeli menerusi www.ilassotickets.com.

Maka buat peminat BAALE, jangan terlepas memiliki tiket untuk menjadi salah seorang penonton BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur di Zepp KL pada 15 Jun 2025.

Semoga ada FORTUNA (nasib baik) untuk pertemuan anda dan BAALE pada malam itu.

Sila ikuti laman sosial media IG/TikTok/FB @miebirdprojects untuk info terkini mengenai konsert BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur.


Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!