BONIA WITH YUNA: RAIKAN KETIBAAN "RAYA IN BLOOM"
Sempena musim perayaan Raya tahun ini, BONIA telah melancarkan kempen Raya eksklusif, "Raya in Bloom" di IOI City Mall, Putrajaya dengan penuh gaya, budaya, dan semangat berkomuniti. Acara ini diserikan oleh Yuna, artis bertaraf antarabangsa dan Wajah BONIA Raya 2025, yang menjadikan acara ini lebih anggun dan memukau.
Acara tersebut menampilkan sebuah pengalaman yang menggabungkan keindahan tradisi dan keanggunan moden termasuk sesi gaya eksklusif bersama Yuna. Dengan kreativiti dan cita rasa peribadinya, Yuna memilih dan menggayakan seorang tetamu dan juga memberikan pandangan tentang koleksi Raya 2025 BONIA yang menawan. Setiap barangan dalam koleksi ini mempamerkan komitmen BONIA terhadap kehalusan seni reka fesyen yang menggabungkan elemen kontemporari dengan warisan tradisional.
Para tetamu undangan juga dapat menyaksikan koleksi Raya BONIA yang diperagakan oleh para model yang anggun bergaya!
Acara tidak lengkap tanpa persembahan secara 'live' oleh Yuna. Dengan suara merdu dan lirik yang menyentuh hati, Yuna membawakan dua buah lagu "Terukir Di Bintang" dan "Deeper Conversation," memikat hati penonton dan menyemarakkan lagi suasana perayaan.
Sentuhan Peribadi Yuna: Koleksi Kegemaran Raya Dipamerkan
Acara ini juga memperkenalkan koleksi kegemaran Yuna dari koleksi eksklusif Raya BONIA, yang kini dipamerkan di kedai. Rekaan yang dipilih dengan teliti ini mencerminkan gaya peribadi Yuna—anggun dan serba boleh.
Acara pelancaran eksklusif ini merangkumi nilai teras BONIA—meraikan warisan budaya, dedikasi terhadap kehalusan seni reka, dan komitmen terhadap komuniti. Melalui inisiatif seperti ini, BONIA terus memperkukuh kedudukannya sebagai jenama yang sentiasa menghargai tradisi dan pada masa yang sama menerima kemodenan secara terbuka.
Bagi mereka yang ingin memiliki koleksi Raya 2025 BONIA, koleksi ini tersedia mulai 1 Mac 2025 di butik BONIA dan secara dalam talian. Bagi memeriahkan lagi musim Raya, BONIA menganjurkan sambutan eksklusif di butik-butik terpilih:
- 15–16 Mac: Sunway Pyramid Shopping Centre, Petaling Jaya
- 15–16 Mac: IOI City Mall, Putrajaya
- 17–18 Mac: AEON, Kota Bharu
- 22 Mac: SOGO, Kuala Lumpur
- 22–23 Mac: Mid Valley Southkey, Johor Bahru
Pengunjung boleh menikmati diskaun khas Raya, keistimewaan eksklusif, dan aktiviti menarik di lokasi-lokasi ini. Sama ada membeli pakaian Raya yang sempurna atau merasai suasana perayaan, BONIA menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Comments
Post a Comment