BRAND’S® ESSENCE OF CHICKEN BEKERJASAMA DENGAN PLUS HIGHWAY UNTUK TAHUN KETIGA BAGI KEMPEN “KEKAL CERGAS & SELAMAT”, DENGAN PENYERTAAN MIROS UNTUK MISI KESELAMATAN JALANRAYA
BRAND’S® Essence of Chicken (BRAND’S) meneruskan kerjasamanya dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk tahun ketiga berturut-turut bersama dan buat pertama kalinya bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk inisiatif keselamatan jalan raya "Kekal Cergas dan Selamat" bagi musim Ramadan dan Raya 2025. Inisiatif ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang keletihan pemandu dan mempromosikan keselamatan jalan raya dengan menggalakkan pengembara untuk mengambil rehat yang kerap, sentiasa berwaspada sambil mengecas semula badan dan minda mereka untuk perjalanan pulang yang lebih selamat semasa musim perayaan ini.
Daripada Januari hingga Oktober 2024, Malaysia merekodkan 532,125 kemalangan jalan raya dengan 5,364 kematian— ini menunjukkan keperluan yang mendesak campur tangan daripada pihak berkuasa. Satu risiko yang ketara tetapi sering diabaikan ialah keletihan pemandu yang boleh mengakibatkan gangguan perhatian dan menjejaskan tindak balas. Kajian menunjukkan bahawa masa terjaga yang berpanjangan akan menjejaskan fungsi kognitif dan membuat keputusan, dengan kekurangan tidur mempunyai kesan yang serupa dengan keracunan alkohol. Kini memasuki tahun ketiga, kempen ini meningkatkan keperluan kritikal terhadap kesedarankepentingan rehat dan kewaspadaan, terutamanya semasa tempoh lalu lintas tinggi seperti Raya Aidilfitri.
Eunice Kow, Ketua Pemasaran Health Enrichment, Suntory Beverage and Food Malaysia, berkongsi, “Di BRAND’S, keselamatan bukan sekadar keutamaan—ia adalah tanggungjawab. Kami faham bahawa kewaspadaan daripada segi mental dan fizikal adalah penting, terutamanya semasa perjalanan jarak jauh, kerana keletihan boleh meningkatkan risiko untuk kemalangan. Kerjasama kami dengan PLUS dan MIROS melalui kempen 'Kekal Cergas dan Selamat' menguatkan mesej penting ini, untuk disampaikan kepada lebih ramai pengguna jalan raya pada musim Ramadan dan Raya yang sibuk. Sama ada berbuka puasa atau bersiap untuk bersahur, BRAND’S® Essence of Chicken ialah teman anda yang boleh dipercayai di jalan raya. Ianya terbukti secara saintifik untuk memupuk ketajaman mental dan kesejahteraan fizikal anda – agar setiap perjalanan berakhir dengan selamat di rumah.”
Berehat untuk Meningkatkan Kewaspadaan dan Mengecas Tenaga
BRAND'S® akan mengedarkan BRAND'S® Essence of Chicken kepada pengguna lebuh raya PLUS dari 23 hingga 30 Mac 2025, sebagai sebahagian daripada kempen untuk mempromosikan keselamatan jalan raya dan kewaspadaan mental. Inisiatif ini termasuk aktiviti-aktiviti interaktif yang direka untuk meningkatkan fokus dan hadiah eksklusif.
Prof. Prof Ts. Dr. Siti Zaharah Ishak, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menghuraikan dengan lebih lanjut, " Di MIROS, penyelidikan berasaskan bukti memacu misi kami untuk meningkatkan keselamatan jalan raya. Kajian mendedahkan bahawa tempoh pemanduan yang panjang bukan sahaja menyebabkan keletihan fizikal, tetapi juga menyebabkan keletihan mental, menjadikannya penyumbang utama kepada tidur mikro. Tidur mikro - kehilangan perhatian yang singkat dan tidak disengajakan - boleh berlaku secara mendadak dalam beberapa saat. Ini boleh meningkatkan dengan ketara kemungkinan kemalangan jalan raya dan kecederaan yang teruk. Kajian telah menunjukkan bahawa kemalangan berkaitan tidur mikro kerap berlaku di jalan raya berkelajuan tinggi, dengan 55% melibatkan pemandu berumur 25 tahun ke bawah. Melalui kempen ini, MIROS bertujuan untuk merapatkan jurang antara penyelidikan dan kesedaran awam dengan menekankan kepentingan pengesanan awal keletihan, rehat dengan kerap, dan tabiat pemanduan yang bertanggungjawab. Berehat sebentar, membuat senaman ringkas dan minum minuman segar boleh menjadi perbezaan antara perjalanan yang selamat dan kemalangan yang tragis. Bersama-sama dengan PLUS dan BRAND’S, kami menggalakkan semua pengguna jalan raya untuk terus berwaspada dan mengutamakan keselamatan, terutamanya semasa musim raya dengan trafik tinggi."
Berehat di R&R PLUS terpilih sebelum Meneruskan Perjalanan Jauh
Kempen 'Kekal Cergas dan Selamat' akan mempunyai pengaktifan di lapangan di lokasi-lokasi berikut:
- 23 Mac - R&R Rawang (Arah Utara)
- 24 Mac hingga 25 Mac - R&R Sungai Perak (Arah Utara), R&R Seremban (Arah Selatan)
- 26 Mac hingga 28 Mac - R&R Tapah (Arah Utara)
- 27 Mac hingga 28 Mac – R&R Ayer Keroh (Arah Selatan)
- 29 Mac hingga 30 Mac – Restoran Jambatan Atas Sungai Buloh (arah Utara)
Mohamed Hafidz Mohamed Ismail, Ketua Komunikasi Strategik dan Pengalaman Pelanggan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) seterusnya berkongsi, “PLUS berbangga dapat bekerjasama dengan BRAND’S untuk Kempen Keselamatan Ramadan-Raya ini, mengukuhkan komitmen kami untuk menyediakan perjalanan yang selamat dan selesa untuk semua pengguna lebuh raya. Memandangkan perjalanan hujung minggu semakin meningkat dengan keluarga mula berkumpul untuk berbuka puasa, kami menggalakkan semua orang untuk merancang perjalanan mereka dengan bijak dan mengambil rehat yang sewajarnya di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) PLUS untuk perjalanan jarak jauh. Memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna lebuh raya kekal menjadi keutamaan kami, dan melalui kempen ini, kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran dan menyemai budaya pemanduan yang selamat dan bertanggungjawab sepanjang musim perayaan."
BRAND'S® Essence of Chicken ialah ekstrak semula jadi ayam berkualiti tinggi, diproses dengan teliti untuk mengekalkan manfaat nutrisinya. Diperakui Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ia dipercayai oleh rakyat Malaysia daripada semua latar belakang untuk mengekalkan tahap tenaga, penting untuk pemanduan selamat semasa perjalanan jauh.
Kerjasama kempen keselamatan jalan raya 'Kekal Cergas dan Selamat' antara BRAND’s dengan PLUS dan MIROS menonjolkan komitmen yang kukuh terhadap keselamatan jalan raya, khususnya pada musim Ramadan dan Raya Aidilfitri yang sibuk. Dengan menyediakan faedah terbukti secara saintifik yang membantu penumpuan dan mengurangkan keletihan, BRAND’S® Essence of Chicken membantu pemandu untuk kekal berwaspada daripada segi mental. Di samping amalan keselamatan yang diperlukan—seperti berehat setiap dua jam, memastikan rehat yang mencukupi dan mengekalkan pengudaraan yang baik di dalam kereta—kempen ini bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh keletihan pemandu.
Pengembara digalakkan untuk mendapatkan informasi terkini melalui laman Facebook untuk PLUS Malaysia di www.facebook.com/PLUSMalaysiaBerhad dan BRAND’S Essence of Chicken di www.facebook.com/BrandsMalaysia untuk Travel Time Advisory (TTA) ataupun Nasihat Masa Perjalanan, dan maklumat trafik terkini. Perkongsian tiga penjuru ini lebih daripada satu inisiatif keselamatan; ia adalah usaha bersama untuk memastikan semua orang sampai ke destinasi mereka dengan selamat pada musim perayaan ini.
Comments
Post a Comment