CIPTA RAYA 2025: M. NASIR CIPTA SEJARAH, BAWA LAGU RAYA KE PENTAS KONSERT!


Siapa yang tidak kenal dengan Dato' M. Nasir, sifu seni yang karyanya sentiasa malar segar? Dari balada hingga rock, dari patriotik hingga lagu raya, sentuhan magis beliau pasti memukau pendengar. Kini, selepas kejayaan Konsert CIPTA 1 & 2, beliau kembali dengan satu lagi kejutan!

Konsert Raya Paling Istimewa:

Pada 13 April 2025, Zepp KL akan menjadi saksi sejarah tercipta. M. Nasir bakal mengadakan konsert "Cipta Raya", sebuah konsert yang mengkhususkan kepada lagu-lagu raya. Ini adalah kali pertama konsert seumpama ini dianjurkan secara besar-besaran, membuktikan bahawa lagu-lagu raya juga layak diraikan dalam skala konsert yang megah.

Ilham Daripada Kejayaan CIPTA 2:

Idea "Cipta Raya" tercetus daripada sambutan hangat lagu "Satu Hari Di Hari Raya" yang dinyanyikan di penghujung Konsert CIPTA 2. Melihat sambutan yang luar biasa, Icon Entertainment mengambil inisiatif untuk menghasilkan "spin-off" konsert yang belum pernah diadakan sebelum ini.

"Biasanya konsep spin-off ini digunakan dalam filem. Tetapi, melihat kepada banyaknya karya raya M. Nasir, baik yang dinyanyikan sendiri mahupun yang dicipta untuk penyanyi lain, kami fikir mengapa tidak kita anjurkan Cipta Raya?" kata Iman Tang, Pengasas Icon Entertainment.


20 Lagu Raya, 1 Malam Penuh Nostalgia:

"Cipta Raya" akan menampilkan kira-kira 20 buah lagu, dengan 17 daripadanya merupakan lagu-lagu raya. M. Nasir akan mempersembahkan karya-karya beliau sendiri dan juga lagu-lagu raya kegemaran beliau daripada penyanyi lain. Judul-judul lagu tersebut masih dirahsiakan, jadi nantikan kejutan pada malam konsert!

Rumah Terbuka M. Nasir:

Lebih istimewa lagi, setiap pembelian tiket akan disertakan dengan jamuan raya sebelum konsert bermula. Ini menjadikan "Cipta Raya" bukan sekadar konsert, tetapi juga sebuah "rumah terbuka" khas untuk peminat M. Nasir. 

"Cipta Raya adalah sebuah konsert yang sangat istimewa dan perlu diraikan seperti hari raya, hari kemenangan kita semua," ujar M. Nasir.



Jumpa Anda di Zepp KL!

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Dapatkan tiket anda sekarang dan mari kita raikan hari raya bersama M. Nasir di Zepp KL pada 13 April 2025!


Setiap pembeli tiket Cipta Raya juga akan menerima sampul duit raya khas sebagai tanda penghargaan. Berikut adalah kategori tiket yang ditawarkan:

Sate dan Kuah Kacang (Seating, No Meet & Greet) – RM 558
Rendang dan Ketupat (Standing) – RM 258
Lontong dan Kuah Kacang (Seating) – RM 388
Lemang dan Serunding (Standing with Meet & Greet) – RM 588
VIP Box (Meet & Greet, F&B, Poster) – RM 10,000
Tiket boleh mula dibeli di www.ticket2u.com.my bermula 6 Mac 2025, jam 11 pagi.

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!