ECCO DAN YUNA BARGANDING BAHU UNTUK MERAIKAN IKON TERKEMUKA DALAM KEMPEN “ICONS THAT LAST”


ECCO, jenama kasut dan aksesori kulit premium dari Denmark yang terkenal dengan komitmen terhadap keselesaan dan inovasi, ECCO Malaysia dan Singapura dengan bangganya memperkenalkan Yuna sebagai duta kempen terbaharunya.

Yuna bukan sekadar seorang penyanyi; beliau adalah lambang kekuatan, keberanian, dan keyakinan diri. Beliau adalah ejen perubahan yang membawa impak besar dalam budaya global. Dengan pencapaiannya di persada muzik antarabangsa, Yuna membuktikan bahawa seni, keyakinan, dan ketahanan mampu mentakrifkan semula norma.

Sebagai seorang artis yang berjaya membina kerjaya di peringkat global, Yuna mencerminkan nilai-nilai yang sama dengan falsafah ECCO: inovasi dan kreativiti. Beliau adalah bukti hidup bahawa dengan keberanian dan keyakinan, seseorang mampu mencapai impian dan memberi inspirasi kepada orang lain.

Bagi ECCO, seorang ikon bukan sekadar selebriti yang dikenali ramai, tetapi individu yang meninggalkan jejak bermakna dalam masyarakat. Ikon adalah seorang yang berwawasan, penggerak perubahan, dan perintis yang berani mencabar norma sedia ada. Perjalanan Yuna, dari Kuala Lumpur hingga ke pentas antarabangsa, mencerminkan komitmen ECCO untuk memperkasakan wanita dengan kasut yang memberikan sokongan di setiap langkah mereka.

Sempena Hari Wanita Antarabangsa, Yuna berkongsi pandangannya tentang makna sebenar menjadi seorang ikon:

"Keunikan seorang wanita ikonik terletak pada keaslian dirinya. Mungkin kedengaran mudah, tetapi ia adalah cabaran dalam dunia yang sering cuba 'mengkotakkan' wanita. Melalui pengalaman saya dalam industri hiburan, saya sedar bahawa keikonikan tidak diukur dengan pencapaian material semata-mata. Ia bermula dengan penerimaan diri dan keberanian untuk 'melangkah yakin' sebagai diri sendiri. Ini bermakna berpegang teguh pada prinsip, mempercayai naluri, dan memahami bahawa penolakan adalah petunjuk ke arah sesuatu yang lebih baik. Ikon sejati juga mengangkat orang lain, menggunakan platform mereka untuk memperkasakan wanita di sekeliling mereka. Hakikatnya, setiap wanita adalah ikon dengan cara mereka yang tersendiri."


Sebagai sebahagian daripada kempen Icons That Last, Yuna memperagakan inovasi terbaharu ECCO—Koleksi Heels 12 Jam—yang juga termasuk ECCO SCULPTED ALBA 65, sandal tumit blok yang menggunakan teknologi suntikan langsung PU Fluidform™ ECCO, direka untuk menyokong pergerakan semula jadi dan memberikan keselesaan sepanjang hari.

“Kasut memainkan peranan penting bagi saya, terutamanya sebagai seorang penghibur,” kata Yuna. “Bayangkan berada di atas pentas selama berjam-jam atau menghadiri pelbagai majlis setiap hari. Keselesaan adalah penting. ECCO mencerminkan kepercayaan peribadi saya dalam fesyen bahawa ia harus unik, menarik, dan menyeronokkan—tetapi di atas segalanya, kualiti dan keselesaan harus didahulukan”. “Saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan ECCO, jenama yang mengutamakan kualiti dan keselesaan dengan pelbagai kasut yang serasi untuk setiap individu dan majlis,” kata Yuna.

Menggabungkan gaya, keselesaan, kepraktisan, dan kualiti ECCO, koleksi ini direka untuk mengikuti rentak kehidupan moden. Kasut-kasut ini dibuat untuk wanita yang selalu melakukan dan memakai sesuatu dengan cara mereka sendiri.

Koleksi wanita Spring/Summer 2025 tersedia mulai 8 Mac 2025 di kedai-kedai terpilih dan ecco.com.

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!