GUARDIAN MENJEMPUT RAKYAT MALAYSIA UNTUK ‘SERLAHKAN PERAYAAN’ MEREKA DENGAN KEMPEN HARI RAYA YANG MENGUJAKAN, PENUH KECERIAAN!
Bersiap sedia untuk bersinar, merayakan, dan menyerlahkan Raya anda! Pada musim perayaan ini, guardian Malaysia meningkatkan lagi keceriaan dengan visi jenamanya yang mantap, ‘Serlahkan Kecantikanmu. Utamakan Kesejahteraanmu.’
Semasa rakyat Malaysia bersiap sedia untuk pertemuan keluarga, hidangan lazat, dan glamor Raya, guardian di sini untuk membantu anda untuk tampil terbaik, rasa terbaik, dan meraikan sisi terbaik diri anda melalui kempen istimewa – “Serlahkan PeRAYAan Mu dengan guardian”.
Priscilla membeli-belah untuk Hadiah Raya bersama seorang kanak-kanak dari Rumah Nur Qaseh. |
Priscilla Wu, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, berkongsi: “Hari Raya adalah tentang kegembiraan, kasih sayang, dan kebersamaan! Ini adalah waktu yang sempurna untuk berbangga dengan usaha yang anda lakukan untuk menjadikan sambutan ini istimewa—bukan hanya untuk keluarga anda, tetapi juga untuk diri anda sendiri! Raikan diri anda yang terbaik bersama guardian. Sebagai rakan yang dipercayai, kami di sini untuk membantu anda bersinar dengan keyakinan, kecantikan, dan kesejahteraan, supaya anda benar-benar dapat MENYERLAHKAN Raya anda bersama guardian!”
“Selain persediaan rohani, mental, dan fizikal sepanjang Ramadhan, penjagaan diri adalah kunci! Sama ada untuk kulit yang berseri, rambut yang sihat, atau kesejahteraan menyeluruh, guardian menyediakan segala yang anda perlukan untuk meraikan Hari Raya dengan rasa berseri, yakin, dan segar.”
Jurusolek, Sahir Sabri, membuat demo untuk solekan Raya terkini menggunakan produk Silkygirl. |
Bagi menghidupkan semangat ini, guardian Malaysia telah melancarkan sebuah filem muzikal Raya yang menghiburkan dan menyentuh hati, “Serlahkan PeRAYAan Mu dengan guardian.” Berlatarbelakangkan pagi pertama Hari Raya, filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga kecil yang ceria, dengan bangganya mendedahkan kepada tetamu mereka, rahsia mereka menjaga kecantikan dan kesihatan mereka—dengan bantuan guardian!
Selaras dengan inisiatif guardian, #loveforlocal yang menyokong bakat tempatan, filem ini dibintangi oleh pelakon dan penyanyi berbakat, Alyssa Dezek, selaku watak utama. Filem muzikal ini menjadi peringatan yang menghiburkan bahawa setiap orang berhak untuk merasa yang terbaik—pada setiap peringkat kehidupan!
Penyanyi Alyssa Dezek membeli-belah untuk Hadiah Raya bersama kanak-kanak dari Rumah Nur Qaseh. |
“Kami memahami betapa pentingnya penjagaan diri, dan selain persediaan rohani dan jasmani sepanjang Ramadhan, meluangkan masa untuk DIRI ANDA juga amatlah penting.
“Sama ada untuk kulit yang berseri, rambut yang sihat, atau kesejahteraan menyeluruh, guardian menyediakan segala yang anda perlukan untuk tampil berseri, yakin, dan segar pada musim perayaan ini. Daripada keperluan kesihatan hinggalah produk penjagaan kulit dan kecantikan, guardian sentiasa di sini sebagai teman utama penjagaan diri anda,” tambah Priscilla.
Saksikan filem istimewa ini SEKARANG di YouTube dan semua platform digital guardian!
Model memperagakan koleksi Raya guardian x Fiziwoo |
Pada musim Raya ini, guardian terus meraikan ekspresi diri melalui inisiatif #loveforlocal, yang telah dijayakan oleh guardian Malaysia sepanjang tahun lalu, di mana kami menyokong jenama dan bakat tempatan.
Dan untuk kali ini, guardian berkolaborasi dengan jenama fesyen tempatan terkenal, Fiziwoo, yang bakal menampilkan kepelbagaian keindahan Malaysia melalui reka bentuk fesyen mereka yang tersendiri.
Yasmin Khalid memperagakan busana rekaan Fiziwoo |
Sama seperti kecantikan yang bersifat peribadi dan unik, fesyen juga mencerminkan identiti setiap individu. Melalui kolaborasi ini, guardian memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengekspresi diri mereka, bukan sahaja melalui penjagaan diri dan kesejahteraan, tetapi juga melalui fesyen yang mencerminkan identiti mereka.
Dengan bekerjasama dengan pereka tempatan, kami mencipta ruang di mana kecantikan, keyakinan, dan budaya bersatu - membolehkan setiap individu untuk benar-benar Menyerlahkan Kecantikan Mereka dengan cara tersendiri.
Menerusi kolaborasi unik ini, Fiziwoo akan menghadiahkan hadiah Raya istimewa kepada pelanggan berserta produk eksklusif guardian yang membeli ciptaan Fiziwoo bernilai lebih RM150.
Para jemputan membeli-belah untuk kanak-kanak Rumah Nur Qaseh home |
Dalam semangat Ramadhan—masa untuk muhasabah diri, pertumbuhan, dan kasih sayang—guardian meneruskan tradisi memberi kembali kepada yang memerlukan melalui aktiviti membeli-belah istimewa. Inisiatif ini menyumbangkan hadiah Raya bernilai RM10,000 kepada 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, menyebarkan kegembiraan dan semangat perayaan pada musim yang bermakna ini.
Bagi membantu rakyat Malaysia MENYERLAHKAN sambutan Raya mereka, guardian juga mengadakan pelbagai tawaran hebat, potongan harga, ganjaran, dan pelancaran produk baru termasuk jenama terhangat di semua stor fizikal dan stor dalam talian guardian—jadi pastikan anda tidak melepaskan peluang ini!
Nikmati POTONGAN sehingga 50% untuk jenama kecantikan dan penjagaan diri terpilih, bersama Ganjaran Hadiah Raya Percuma (GWP) Eksklusif! Dapatkan hadiah hebat seperti pemanggang BBQ elektrik, periuk kaserol seramik, pembesar suara tanpa wayar G LED, dan beg kecantikan bergaya. Sampul Raya hijau guardian juga boleh ditebus selagi stok masih ada.
Jadi, rakyat Malaysia, adakah anda bersedia untuk SERLAHKAN RAYA ANDA bersama guardian? Mari kita jadikan Hari Raya kali ini paling bersinar, penuh keyakinan, dan penuh bermakna!
Comments
Post a Comment