INDRIVE AGIHKAN LEBIH 5,000 BUBUR LAMBUK, MEMUPUK KESAKSAMAAN DAN SEMANGAT KOMUNITI DI SELURUH MALAYSIA


Bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kebersamaan, inDrive, platform mobiliti dan perkhidmatan urban global, menghidupkan semangat memberi melalui inisiatif "Roda Kasih", sebuah program agihan Bubur Lambuk di Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Lembah Klang.

Berpegang teguh pada misi inDrive untuk mengatasi ketidakadilan dan mewujudkan peluang yang adil untuk semua, Roda Kasih bertujuan menyebarkan kegembiraan Ramadan dengan berkongsi lebih daripada 5,000 bubur lambuk, memastikan bulan mulia ini dirasai oleh seluruh komuniti. Para pekerja inDrive dan pemandu rakan kongsi juga akan meluangkan masa mereka untuk menyediakan dan mengagihkan makanan, sekali gus memperkukuh semangat perpaduan dan keprihatinan.

Pengagihan Bubur Lambuk akan merangkumi:

Pulau Pinang

● 18 Mac 2024, 5:00 petang di Bazar Ramadan Bayan Baru
● 19 Mac 2024, 5:00 petang di PPR Jalan Sungai

Johor Bahru

● 20 Mac 2024, 5:00 petang di Bazar Ramadan Taman Suria
● 21 Mac 2024, 5:00 petang di PPR Setia Indah

Lembah Klang

inDrive akan turut serta dalam acara RASA Bubur Lambuk Rewang Wira 2025, di mana inDrive akan membantu mengagihkan bubur lambuk di beberapa lokasi, termasuk Dataran Merdeka, hospital berdekatan, PPR, dan bazar Ramadan.

Di bulan yang mulia ini, sertai Roda Kasih bersama inDrive untuk menikmati semangkuk bubur lambuk yang hangat, berkongsi rezeki, dan meraikan keindahan bulan yang penuh keberkatan ini bersama inDrive!

Untuk maklumat lanjut, layari www.inDrive.com

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!