ISTIMEWA 3-HARI BAZAR RAMADAN: TAWARAN BERKILAUAN DARIPADA HABIB
Sebagai sebahagian daripada kempen tahunan Rantaian Kasih, HABIB kembali lagi dengan promosi Bazar Ramadan yang dinanti-nantikan, bermula daripada 7 hingga 9 Mac 2025. Tradisi tahunan ini memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan koleksi yang memukau dengan tawaran istimewa sebagai persediaan meraikan musim perayaan dengan penuh makna.
Istimewa tiga hari sahaja, HABIB menjemput para pelanggan untuk meneroka seleksi barangan kemas yang berkilauan—untuk melengkapi busana Raya atau sebagai koleksi abadi yang boleh digayakan sepanjang tahun.
Bazar Ramadan kali ini menampilkan pelbagai tawaran istimewa seperti harga eksklusif RM161 sahaja untuk loket emas 999, sementara stok masih ada. Lebih menarik lagi, buat pertama kalinya HABIB menawarkan potongan tertinggi dalam sejarah untuk barangan kemas emas 916 dan 999, iaitu potongan sehingga RM50 per gram untuk barangan kemas emas 916 dan 999.
![]() |
Loket emas 999 dengan harga RM161 sahaja |
Sempena kempen Rantaian Kasih tahun ini, HABIB menampilkan koleksi-koleksi menawan seperti:
1. Koleksi Al-Zahra – Koleksi utama untuk kempen Rantaian Kasih tahun ini, diinspirasikan daripada elemen-elemen yang terdapat pada kesenian tradisional Wau. Dihiasi dengan corak terperinci yang melambangkan keseimbangan, perpaduan serta ikatan kekeluargaan yang erat, koleksi ini dihalusi kilauan sempurna dan kualiti bermutu tinggi.
Direka untuk memenuhi pelbagai cita rasa, koleksi ini tersedia dalam mutu emas 916—sempurna untuk setiap acara.
Koleksi Al-Zahra menampilkan barangan kemas berlian dan batu permata eksklusif, direka khas dengan seni kehalusan yang memukaukan. Setiap barangan kemas menyerlahkan sinaran yang t idak terbanding—sempurna untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Dihiasi pilihan batu permata dalam pelbagai rona, gabungan harmoni berlian dan batu permata ini menyerlahkan lagi daya versatiliti, melengkapkan busana Raya anda.
![]() |
Antara koleksi HABIB Al-Zahra, daripada Oro Italia 916 |
2. Koleksi Cavo, Oro Italia 916 – Koleksi kegemaran ramai, terkenal dengan rekaan lingkarannya yang asli, kini didatangkan dengan rangkaian reka bentuk yang pelbagai, mempamerkan manik-manik halus, rona warna yang menarik serta potongan dan kemasan yang pelbagai termasuklah koleksi sepadan ibu dan anak serta cincin. Sesuai buat mereka yang inginkan gaya yang lebih menyerlah dan elegan, koleksi Cavo yang pelbagai ini mampu meningkatkan penampilan dan mempamerkan daya tarikan yang abadi.
![]() |
Antara koleksi Cavo, Oro Italia 916 |
3. Koleksi Wafer Emas – HABIB meneruskan tradisinya dengan melancarkan edisi baharu Wafer Emas 999.9 bagi meraikan perayaan istimewa seperti Hari Raya.
Tahun ini, HABIB mempersembahkan lima reka bentuk indah yang diinspirasikan daripada kehalusan seni Wau tradisional Malaysia. Edisi terhad Wafer emas 999.9 seberat 0.2g ini didatangi dengan lima rekaan berbeza yang bernilai RM138 setiap keping, atau RM690 untuk koleksi penuh.
![]() |
Set Wafer Emas 999.9 Edisi Wau |
Wafer Emas ini juga boleh dijadikan sebagai alternatif kepada Duit Raya, menjadikannya hadiah yang lebih elegan dan bermakna buat yang tersayang sempena musim perayaan ini.
Sempena Bazar Ramadan, kunjungi bilik pameran HABIB berdekatan anda bermula 7 hingga 9 Mac 2025 untuk menikmati tawaran istimewa seperti:
- Loket emas 999 istimewa bernilai RM161 sahaja, sementara stok masih ada
- Potongan sehingga RM50 segram untuk barangan kemas emas 916/999
- Potongan sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata terpilih
- Hadiah istimewa edisi terhad untuk pembelian RM6,000 ke atas buat barangan kemas emas, berlian dan batu permata
- Hadiah istimewa Ice Smart 3.0 untuk pembelian RM6,000 ke atas buat barangan kemas emas, berlian dan batu permata
- Waktu operasi HABIB Ampang Point dan HABIB II @ Ampang Point, bermula jam 10 pagi dan dilanjutkan hingga jam 10 malam; dan pada 8 Mac ia akan dilanjutkan hingga jam 12 pagi
Selain daripada Bazar Ramadan, pelanggan turut dijemput untuk menerokai HARTA Space di HABIB II di Ampang Point—sebuah platform kreatif yang didedikasikan untuk meraikan seni, budaya dan warisan. HARTA merupakan singkatan bagi HABIB’s Action for the Revival of our Traditions and Arts, mencerminkan kepercayaan HABIB bahawa kekayaan sebenar Malaysia terletak pada identiti budaya kolektif rakyatnya, menghormati ekspresi seni dari masa lalu hingga kini.
Dengan menampilkan hasil seni tempatan, HARTA membangkitkan rasa kebersamaan dan kebanggaan, menjulang warisan Malaysia untuk terus dipelihara dan dihargai. Pada masa ini, HARTA Space sedang menganjurkan pameran ‘Dialogue: A Masters Show” dari 8 hingga 23 Mac 2025—sebuah pameran yang menampilkan kumpulan pelajar Master of Fine Arts & Technology dari UiTM. Pameran ini meneroka tema komunikasi dalam seni kontemporari yang diberi nafas melalui pelbagai medium seperti lukisan, arca dan pemasangan seni.
Comments
Post a Comment