MAGLIFESTYLE PERKENAL KOLEKSI RAYA - SIRAP BANDUNG


MagLifestyle memperkenalkan koleksi Aidilfitri 2025 yang diinspirasikan daripada salah satu minuman kegemaran rakyat Malaysia—sirap bandung. Minuman manis dan menyegarkan ini pastinya menjadi pilihan setiap kali tibanya bulan Ramadan dan Hari Raya. Sama seperti sirap bandung yang ikonik, koleksi terbaru MagLifestyle menampilkan keanggunan moden yang diterapkan dengan elemen tradisi, mencipta gaya yang sesuai untuk suasana perayaan.

Koleksi yang terdiri daripada 12 rekaan ini merangkumi baju kurung moden, gaun elegan, serta padanan blaus dan skirt, memberikan pilihan pakaian yang versatil untuk digayakan sepanjang musim perayaan. Beberapa rekaan turut mengambil inspirasi daripada warna merah jambu sirap bandung yang menambat hati, dihiasi dengan motif bunga dan perincian eksklusif, menjadikan setiap helaian unik dan istimewa. Sama ada untuk majlis rumah terbuka mahupun berkunjung ke rumah sanak- saudara, koleksi ini menawarkan pilihan gaya yang sesuai untuk semua.




Sirap Bandung oleh MagLifestyle bukan sekadar koleksi Hari Raya—ia juga merupakan simbol keyakinan, ekspresi diri, dan keanggunan fesyen moden. Yen dan Shirley, dua beradik di sebalik jenama ini, percaya bahawa trend pilihan pakaian sopan bukan sekadar gaya, tetapi juga lambang keberanian dan keperibadian seorang wanita. Dengan fesyen sopan semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa, MagLifestyle ingin menawarkan rekaan yang selesa, elegan, dan menawan bagi semua lapisan masyarakat.





Koleksi ini turut menampilkan dua penyanyi berbakat dan sahabat karib, Sissy Iman dan Sarah Suhairi, yang mencerminkan semangat ceria dan versatil MagLifestyle. Kempen ini memperlihatkan bagaimana setiap helaian dalam koleksi ini boleh digayakan dengan pelbagai cara, membolehkan pemakai menyerlahkan gaya unik mereka sambil meluangkan masa bersama dalam kemeriahan Aidilfitri. Sissy dan Sarah, yang tampil sedondon dalam busana raya mereka, membuktikan bahawa mereka masih dapat menonjolkan keunikan peribadi masing-masing dengan rekaan dari MagLifestyle.






Dengan koleksi Sirap Bandung oleh MagLifestyle, jenama ini berharap dapat menghidupkan semangat Aidilfitri sambil menyampaikan mesej inspirasi tentang keyakinan diri, keanggunan, dan ekspresi peribadi.

Koleksi ini kini boleh didapati secara dalam talian di www.maglifestyle.com serta di semua butik MagLifestyle di sekitar Lembah Klang.
  • Maglifestyle, F218 Level 1, One Utama Shopping Centre
  • Maglifestyle, 3.31.00 Level 3, Pavilion Damansara Heights
  • Isetan The Gardens Mall Level 1
  • Parkson Pavillion KL , 4th floor
  • Parkson Pavillion Bukit Jalil , 3rd floor

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

ASTRO DAN SUN NXT BEKERJASAMA BAWAKAN HIBURAN INDIA TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

BERMULANYA ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’ : KELUANG MAN MENGAKTIFKAN PENGALAMAN PERTAMA SUPERHERO MALAYSIA MELANGKAUI LAYAR