MEMPERKENALKAN BISKUT COKLAT MASIN MUNCHY’S LEXUS BERKRIM KACANG PANGGANG YANG BAHARU


Warga Malaysia gemar menikmati snek yang enak, terutamanya yang dapat dinikmati bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. LEXUS, salah satu jenama popular di bawah Munchy’s yang terkenal dengan biskut sandwic berkrim dan berperisa, kini memperkenalkan snek baharu yang menarik – Biskut Coklat Masin Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang! Produk terbaharu LEXUS ini menggabungkan keseimbangan rasa manis dan masin, memberikan detik keceriaan yang sempurna dengan kepekatan biskut coklat dan krim kacang panggang dalam setiap gigitan.

LEXUS terkenal dengan biskut sandwic yang mengandungi inti yang lembut dan berkrim, menawarkan gabungan rasa manis dan masin yang seimbang. Kini, LEXUS dengan bangganya memperkenalkan Biskut Coklat Masin Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang.


Setiap biskut Biskut Coklat Masin Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang ini dihasilkan dengan teliti untuk memastikan kepuasan dalam setiap kunyahan:
  • Biskut Coklat Rangup diperkaya dengan taburan garam Himalaya untuk menawarkan gabungan rasa masin dan manis yang seimbang.
  • Krim Kacang Panggang yang halus dan beraroma diperbuat daripada kacang tanah sebenar bagi memberikan rasa kacang yang kaya dan menyelerakan.
  • Pek mudah yang direka secara khas memastikan anda dapat menikmatinya dengan mudah, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
Sama ada ketika berehat, berkongsi snek dengan tersayang, atau mencari snek yang sempurna untuk mengenyangkan rasa lapar di antara waktu makan, Biskut Coklat Masin Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang adalah pilihan yang ideal untuk setiap saat.
LEXUS: Kongsikan Kegembiraan dengan Setiap Kunyahan yang Rangup dan Berkrim Kacang!

Menikmati snek bukan sekadar mengisi perut – ia juga mencipta detik keceriaan bersama orang yang tersayang. Dengan Biskut Coklat Masin Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang, menggabungkan rasa lazat yang sempurna untuk dikongsi bersama keluarga, menjadikan setiap saat lebih Istimewa.

Biskut Coklat Masin Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang (190g) kini boleh didapati di pasar raya berdekatan dan pasar raya besar di seluruh negara pada harga runcit yang disyorkan RM6.20.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Munchy’s (http://www.munchys.com/) atau ikuti Munchy's di Instagram (https://www.instagram.com/munchys.my/) dan Facebook (https://www.facebook.com/Munchys/).



Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!