ZAHIRAH MACWILSON MEMPERKENAL RAHSIA KECANTIKAN BERSAMA ULIKE
Ulike, Jenama Peranti Penyingkir Bulu No.1 Dunia, turut diiktiraf oleh Akademi Dermatologi Amerika (AAD), telah mengubah dataran Blue Atrium di Sunway Pyramid baru-baru ini kepada sebuah pusat teknologi kecantikan, menawarkan pengalaman interaktif dengan peranti inovatif terkininya, termasuk Ulike Air10 Pro dan Ulike Clear Pro. Membuka tirai pelancaran antarabangsanya, Malaysia merupakan destinasi pertama dalam pengembangan global Ulike (SEA), membawa teknologi kecantikan canggih kepada khalayak ramai.
Menjadi tumpuan ialah kehadiran duta jenama Zahirah Macwilson, yang telah menggamit perhatian para hadirin dengan perkongsian mengenai kecantikan serta pengalaman peribadinyabersama Ulike. Detik-detik beliau di atas pentas telah mencetuskan revolusi kecantikan, mempamerkan peranti inovatif Ulike seperti Ulike Air10 Pro dan Ulike Clear Pro, yang berjaya menarik perhatian para peminat kecantikan.
Peminat bertuah turut berpeluang untuk bersaing dengan Zahirah Macwilson di samping Bella Astillah serta pakar kecantikan dan penjagaan kulit terkemuka seperti Dr. Say, Dr. Aen, Dr. Wina, Dr1 Share, dan Dr. Mya dalam pelbagai cabaran yang menyeronokkan.
Zahirah Macwilson berkongsi pengalamannya menggunakan Ulike Air10 Pro dengan berkata, “Memiliki kulit yang halus tanpa bulu memberi saya keyakinan untuk kelihatan dan berasa yang terbaik. Dengan jadual saya yang padat, Ulike menjimatkan banyak masa kerana saya tidak lagi perlu ke salon untuk rawatan penyingkiran bulu. Ia lembut, tidak menyakitkan, dan amat mudah digunakan – membolehkan saya menikmati hasil setaraf salon dalam keselesaan dan privasi rumah sendiri. Dalam rutin kecantikan saya, saya menggunakan Ulike Clear Pro, yang dilengkapi dengan teknologi pemulihan kulit bertaraf profesional – membantu mencerahkan, mengurangkan jeragat, dan melembutkan kulit saya, semuanya dalam satu peranti!”
"Di Ulike, kami percaya bahawa kecantikan haruslah efektif dan mudah didapati. Dengan Ulike Air 10 Pro, kami membawakan teknologi penyingkiran bulu IPL bertaraf profesional ke tangan pengguna, menawarkan hasil yang berpanjangan dan tidak menyakitkan. Ulike membolehkan orang ramai mengurus kesihatan kulit mereka dengan lebih yakin, merapatkan jurang antara prosedur klinikal dan rutin penjagaan harian. Sambutan ramai terhadap acara kami di Sunway Pyramid mengukuhkan lagi misi kami untuk menginovasi teknologi kecantikan, menjadikan rawatan bertaraf profesional salon lebih selamat, mudah dan berkesan untuk kegunaan di rumah di seluruh Asia Tenggara dan selanjutnya,” ujar Christine Ho, Pengarah Pemasaran Ulike.
Ulike Air10 Pro berfungsi sebagai peranti pembasmi bulu IPL yang mampu mengurangkan dan menyingkir bulu sehingga 96% dalam tempoh hanya dua minggu. Dilengkapi dengan ciri Dual Lights dan Sapphire Ice Cooling, Ulike Air10 Pro berkesan menyingkirkan bulu degil, memastikan proses pembasmian bulu hampir tanpa rasa sakit, termasuk di kawasan sensitif, serta dapat digunakan dengan efisien di seluruh tubuh dalam hanya 10 minit.
Sementara itu, Ulike Clear Pro merupakan alat penjagaan kulit yang dirumus untuk meningkat penampilan kulit dengan mengurangkan jeragat, kesan jerawat serta memperbaiki tona kulit secara menyeluruh. Dilengkapi dengan 3 mode berbeza, Ulike Clear Pro mampu menangani pelbagai jenis masalah kulit. NIR Mode berfungsi untuk mencerahkan dan menyegarkan kulit, sementara REDNESS Mode membantu mengurangkan kemerahan dan iritasi. Akhir sekali, BRIGHTEN Mode dapat memudarkan jeragat dan kesan jerawat. Tidak kira mod yang dipilih, Ulike Clear Pro direka untuk memberikan kulit seri semulajadi.
Di samping itu, Ulike ReGlow LED Mask membawakan teknologi penjagaan kulit LED bertaraf profesional dalam keselesaan rumah anda, dengan 4 mode berbeza: Anti-Jerawat, Pencerahan, Peneguhan, dan Penyegaran. Ia direka untuk menangani masalah kulit berminyak dan berjerawat dalam tempoh hanya 2 minggu, membantu menyamaratakan tona kulit serta menambah keserian dalam tempoh 4 minggu, dan menawarkan pencerahan segera dalam masa 10 minit. Dengan tenaga bertintensi tinggi 100mW/cm² dan 4 sumber cahaya bersasar, ia menembusi lapisan kulit yang berbeza untuk menangani pelbagai masalah, menjadikannya penyelesaian yang berkesan dan tidak invasif untuk kulit yang lebih cerah dan berseri.
Selain mempamerkan produk, acara ini juga merupakan zon pengalaman yang membolehkan pengunjung meneroka pelbagai aktiviti menarik, promosi dengan pelbagai hadiah percuma, serta tawaran istimewa pada waktu tertentu (12 tengah hari dan 6 petang setiap hari) sambil mengumpul cop. Pengunjung boleh mengumpul kesemua empat cop dan ikuti laman Facebook dan Instagram Ulike Malaysia untuk menebus Losyen Badan serta Krim Tona Pelindung Matahari Ulike. Sebahagian daripada pengalaman ini, terdapat juga pertandingan mesra di mana peserta berpeluang membawa pulang lebih banyak barangan eksklusif daripada Ulike.
Lebih daripada sekadar sebuah acara, acara Ulike ini juga meraikan teknologi kecantikan masa hadapan. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, sila ikuti laman Facebook, Instagram dan TikTok Ulike Malaysia. Ulike juga telah melancarkan laman web rasmi untuk pasaran Malaysia, menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih bijak dan memuaskan bagi inovasi kecantikan terkininya. Dengan pelbagai manfaat eksklusif, khidmat bantuan pakar, serta produk 100% asli terus dari jenama ini, pelanggan kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lancar di my.ulike.com.
Comments
Post a Comment