ANLENE MELANCARKAN ANLENE CHOLESTOPRO BAHARU: FORMULA DWI-AKSI. JAGALAH KOLESTEROL DAN MOBILITI HARI INI!
Kolesterol tinggi kian menjadi kebimbangan dan masalah kesihatan di Malaysia, menjejaskan jutaan orang dewasa dan mungkin meningkatkan risiko komplikasi yang serius. Walaupun begitu, pengurusan kolesterol sering diabaikan, meskipun ia berkait rapat dengan kesihatan jantung dan mobiliti pada keseluruhannya. Ramai yang tidak menyedari bahawa tulang yang kuat, sendi yang fleksibel, dan otot yang aktif adalah penting untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat agar dapat menyokong pengurusan kolesterol dengan lebih baik.
Anlene merupakan Susu Tepung Dewasa No.1 di Malaysia*, hari ini memperkenalkan inovasi terbarunya iaitu Anlene CholestoPro. Formula unik ini direka secara saintifik dengan adanya dwi-aksi dalam satu: mengandungi nutrien untuk menyokong mobiliti dan membantu merendahkan kolesterol. Dengan gabungan nutrien yang menyokong mobiliti dan pengurusan kolesterol, ia menawarkan kebaikan yang holistik bagi warga Malaysia yang inginkan gaya hidup yang lebih aktif!
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, lebih daripada setengah juta warga Malaysia dewasa mengalami empat jenis penyakit tidak berjangkit (NCD), termasuk diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi, dan obesiti.
Menurut Ganesh Thiagarajan, Pengurus Besar Fonterra Brands Malaysia & Singapura: “Hampir 7.5 juta orang dewasa, atau 33.3% daripada populasi, mempunyai kolesterol tinggi, tetapi satu daripada dua individu tersebut tidak menyedarinya. Selain itu, NHMS 2023 mendapati bahawa 54.4% orang dewasa mengalami berat badan berlebihan atau obesiti, turut menyumbang kepada risiko masalah kesihatan berkaitan kolesterol. Pengurusan kolesterol memerlukan usaha bersepadu, termasuk pemakanan yang betul dan gaya hidup aktif.”
“Kekal aktif dan menguruskan kolesterol perlu diusahakan bersama dan ia saling berkaitan. Untuk bergerak aktif, kita memerlukan tulang, sendi, dan otot yang kuat. Pada waktu yang sama, kesihatan tulang, sendi, dan otot yang lemah boleh menghadkan tahap aktiviti, meningkatkan risiko penambahan berat badan dan kolesterol tinggi, yang boleh membawa kepada masalah jantung.Menyedari hakikat ini, Anlene komited untuk menggalakkan rakyat Malaysia makan secara sihat dan menyediakan rangkaian produk yang diformulasikan secara saintifik,” Ganesh berkata.
Beliau menekankan kepentingan mobiliti, katanya: “Sempena pelancaran Anlene CholestoPro, kami menawarkan formula dwi-aksi yang mengandungi nutrien untuk menyokong mobiliti dan pengurusan kolesterol. Komitmen kami bukan sekadar mengurangkan kolesterol; tetapi juga menggalakkan warga Malaysia membina kekuatan untuk melakukan perkara yang mereka gemari pada masa akan datang. Produk baharu ini menyertai rangkaian sedia ada kami, menawarkan manfaat yang lebih menarik kepada mereka yang sudah mempercayai Anlene untuk diet harian mereka.”
Kolesterol tinggi adalah risiko kesihatan serius yang sering diabaikan kerana tiada gejala yang jelas atau ketara. Dr. Azura Abas, pemegang Ijazah MBBS serta Sarjana dalam Fisiologi Perubatan, menegaskan kaitan langsung antara kolesterol tinggi dan penyakit kardiovaskular.
“Ramai yang tidak menyedari bahawa kolesterol tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular akibat pengumpulan kolesterol dalam arteri, yang boleh menyebabkan salur darah sumbat, serangan jantung, dan komplikasi serius yang lain. Malah, ia adalah faktor risiko kedua paling utama bagi penyakit berkaitan jantung. Di Malaysia, kes penyakit kardiovaskular semakin meningkat, dengan kes berlaku purata sepuluh tahun lebih awal berbanding trend global.”
Dr. Azura turut menerangkan bahawa: “Kolesterol tinggi sering berpunca daripada gaya hidup yang tidak aktif, kurang bersenam, tidak mengamalkan diet seimbang, atau pengambilan lemak tepu yang berlebihan. Namun, berita baiknya ialah kita boleh mengambil langkah untuk mengawalnya. Dengan kekal aktif, makan secara sihat, dan mengambil makanan yang membantu menurunkan kolesterol seperti sterol tumbuhan, kita boleh memberi impak positif kepada tahap kolesterol kita.”
Mobiliti yang kuat menyokong gaya hidup aktif. Apabila kita menguatkan tulang, sendi, dan otot, kita membina asas yang kukuh untuk kekal bergerak aktif. Ini bukan sahaja membantu mengawal paras kolesterol, tetapi juga menyokong kesihatan jantung. Kedua-duanya saling berkaitan.
Anlene CholestoPro diformulasikan dengan nutrien penting untuk menyokong warga Malaysia dalam mengekalkan mobiliti yang kuat disamping menguruskan kolesterol, termasuk:
- 1.2g sterol tumbuhanˆ - Terbukti berkesan untuk membantu merendahkan tahap kolesterol;
- Kalsium & Vitamin D yang tinggi - Vitamin D membantu penyerapan kalsium yang penting untuk tulang kuat;
- Protein tinggi - Penting untuk membina dan membaiki tisu badan, termasuk tisu otot;
- Kolagen - Komponen utama dalam rawan sendi;
- MFGM Active™ - Bahan tenusu unik yang mengandungi kombinasi lemak dan protein. Kajian menunjukkan MFGM menyokong fleksibiliti, keseimbangan, dan kekuata;
- 18 Vitamin & Mineral Penting - Menyokong keperluan pemakanan harian untuk kesejahteraan keseluruhan.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan 1.2g sterol tumbuhan setiap hari boleh membantu menurunkan tahap kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) dengan menghalang sebahagian penyerapan kolesterol dari usus. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan susu yang mengandungi nutrien penting seperti kalsium, vitamin D, magnesium, dan zink membantu mengurangkan proses penguraian tulang dalam tempoh empat minggu.
Oleh itu, minum dua gelas Anlene CholestoPro setiap hari yang mengandungi 1.2g sterol tumbuhan dapat membantu merendahkan tahap kolesterol sambil membekalkan nutrien penting seperti kalsium, vitamin D, magnesium, dan zink. Dengan mengamalkan tabiat mudah ini sebagai sebahagian daripada diet seimbang, warga Malaysia boleh mengekalkan mobiliti mereka sambil menguruskan tahap kolesterol dengan lebih baik.
Sempena pelancaran Anlene CholestoPro, Anlene menganjurkan Anlene Get Active, Let’s Move Roadshow, di mana warga Malaysia boleh menjalani pemeriksaan imbasan tulang dan ujian kekuatan otot secara percuma. Selain itu, Anlene juga bekerjasama dengan Sunway Multicare dan Avometer untuk menawarkan pemeriksaan kolesterol percuma, mengukuhkan komitmennya terhadap pengurusan kolesterol yang lebih baik. Inisiatif ini diadakan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mobiliti dan kolesterol, serta menggalakkan individu untuk menjalani gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.
Anlene CholestoPro boleh didapati dalam pek 480g dan 800g, dan kini boleh didapati di pasar raya, farmasi, pasar raya besar di seluruh negara, serta secara dalam talian melalui Shopee dan Lazada.
Untuk maklumat lanjut mengenai Anlene CholestoPro, sila layari https://www.anlene.com/my/en.
Untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi dan tarikh Anlene Get Active, Let’s Move Roadshow, sila layari https://www.anlene.com/my/en/anlene-move-check.html
Comments
Post a Comment