ASTRO DAN SUN NXT BEKERJASAMA BAWAKAN HIBURAN INDIA TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Astro terus komited untuk memberikan pengalaman tontonan yang komprehensif dan menghiburkan kepada semua rakyat Malaysia pada bulan Mei ini. Daripada dunia hiburan India yang meriah menerusi Sun NXT di Astro, ke kandungan seram penuh debaran menerusi SCREAM (saluran 100) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi serta fokus terhadap tanggungjawab alam sekitar sempena Hari Bumi Sedunia menerusi kempen Rimba Kita : Strim & Menang Giveaway.

Bermula hari ini, semua pelanggan Astro berpeluang untuk menambah Sun NXT, destinasi pilihan untuk hiburan India ke dalam langganan mereka. Menawarkan pelbagai pilihan filem, rancangan TV, dan siaran langsung dalam enam pilihan Bahasa India – Tamil, Telugu, Malayalam, Kannada, Bengali, dan Marathi, Sun NXT membawakan hiburan India yang menyeluruh kepada pelanggan Astro menerusi Ultra/Ulti box, laman web atau aplikasi pintar, bila-bila masa, di mana sahaja.

Sun NXT ditawarkan di Astro dalam dua pilihan:

· Sun NXT Lite: Ditawarkan tanpa caj tambahan kepada pelanggan pek Indian Favourites/Maharaja, Sun NXT Lite membawakan kandungan dari enam saluran popular Sun – Sun TV HD, Sun Music HD, Sun Life, Sun News, Adithya, dan KTV – berserta lebih 2,000 jam kandungan on-demand.

· Sun NXT Premium: Ditawarkan kepada semua pelanggan Astro pada harga RM25/sebulan (RRP RM28), pelanggan boleh menikmati semua kandungan Sun NXT, termasuk akses kepada 34 saluran pelbagai bahasa, dan lebih 50,000 jam kandungan on-demand, memberikan pengalaman tontonan yang menyeluruh dan memuaskan .

Strim rancangan popular seperti Raayan, Ethir Neechal Thodargirathu, Kayal, Annam, Jailer, Anandha Ragam, Ilakkiya, Ranjani, dan banyak lagi. Untuk mengaktifkan atau melanggan Sun NXT, layari www.astro.com.my/sunnxt, gunakan aplikasi MyAstro App atau daftar terus melalui Ultra/Ulti box anda.


Siap sedia untuk SCREAM! Saluran khas SCREAM (saluran 100) tawar kandungan seram tanpa henti, percuma untuk semua pelanggan Astro

Bermula 1 hingga 31 Mei 2025, peminat cerita seram boleh menonton SCREAM (saluran 100), saluran khas untuk kandungan seram dan thriller tanpa caj tambahan di TV, On Demand, dan Astro GO.

SCREAM (saluran 100) akan membawakan lebih 160 cerita seram menerusi lapan bahasa – Bahasa Tamil, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Hindi, Bahasa Korea, Bahasa Indonesia dan Bahasa Thai – termasuk dua kandungan premiere iaitu Kingston (2025) & The Door (2025) serta kandungan kegemaran ramai seperti Histeria, Dukun, The Exorcism Part 1 & 2, The Eye, Bhoot, Mourning Grave, Aku Tahu Kapan Kamu Mati: Desa Bunuh Diri, Peen Nak, dan banyak lagi.


Raikan Hari Bumi Sedunia bersama Rimba Kita: Strim & Menang

Sempena sambutan Hari Bumi Sedunia, Astro menjemput semua pelanggan untuk strim dokumentari Wild Sky dan menyertai kempen Rimba Kita: Strim & Menang. Dokumentari dari Love Nature yang ditayangkan di On Demand ini memaparkan bagaimana cuaca mempengaruhi kehidupan di Australia, Amerika Utara, Afrika, dan Amerika Selatan. Untuk setiap strim unik, Love Nature akan menyumbang RM1 ke dana Astro Rimba Kita untuk penanaman pokok. Dengan setiap tontonan, pelanggan bukan sahaja menyumbang kepada usaha penanaman semula, malah berpeluang untuk memenangi jam tangan pintar Garmin vivomove Sport hybrid bernilai sehingga RM5,000.

Kempen ini berlangsung sehingga 20 Mei 2025 dan pelanggan boleh mendaftar untuk penyertaan menerusi aplikasi MyAstro. Untuk maklumat lanjut, layari Earth Day Rimba Kita – Strim & Win | Astro Promotions.

Pelanggan Astro boleh menyesuaikan pek langganan mereka dengan penambahan lebih 14 aplikasi penstriman popular, termasuk Prime Video, Max, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South dan banyak lagi. Pelanggan boleh mengurus dan mengubah langganan Astro mereka pada bila-bila masa menerusi aplikasi My Astro, termasuk mengemaskini pek, menukar penambahan dan servis penstriman atau memilih penambahan lain pada bila-bila masa.

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

*Tertakluk kepada terma dan syarat, Durasi Promosi tertakluk kepada Astro.

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

BERMULANYA ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’ : KELUANG MAN MENGAKTIFKAN PENGALAMAN PERTAMA SUPERHERO MALAYSIA MELANGKAUI LAYAR