AZARINE "TAKLUKI" KUALA LUMPUR DENGAN ACARA EKSKLUSIF DI BUKIT BINTANG
Setelah kejayaan gemilang acara bertemu peminat bersama duta global mereka, Lee Minho, pada tahun lalu, jenama kosmetik kebanggaan Indonesia, Azarine Kosmetik, sekali lagi mencuri perhatian dengan langkah berani mereka di peringkat antarabangsa. Bulan April ini menyaksikan Azarine dengan bangga mempersembahkan “Azarine Take Over Kuala Lumpur”, sebuah acara eksklusif selama lima hari yang berlangsung di lokasi ikonik, Piazza Starhill, Bukit Bintang.
Sebuah pencapaian membanggakan, Azarine menjadi jenama Indonesia pertama yang berjaya menganjurkan acara sebesar ini di Starhill Kuala Lumpur, sebuah lokasi mewah yang berdiri megah di hadapan pusat beli-belah terkenal, Pavilion Kuala Lumpur. Langkah ini jelas menunjukkan komitmen Azarine dalam memperluas pengaruh jenama mereka di pasaran Malaysia.
Acara yang berlangsung dari 23 hingga 27 April 2025, bermula dari jam 11 pagi hingga 10 malam, menawarkan pelbagai aktiviti menarik, pengalaman kecantikan yang eksklusif, serta hiburan istimewa yang pastinya memikat hati para pengunjung.
Kolaborasi Strategik Bersama Watsons Malaysia
Azarine Malaysia memainkan peranan penting dalam merealisasikan acara gilang-gemilang ini, dan lebih membanggakan lagi, ia terjalin melalui kerjasama erat dengan Watsons Malaysia. Sinergi ini bukan sahaja meningkatkan keterlihatan jenama Azarine di persada antarabangsa, tetapi juga membuktikan kemampuan jenama kecantikan Indonesia untuk bersaing di pasar global. Melalui kolaborasi ini, rangkaian produk penjagaan kulit dan solekan Azarine yang telah meraih pelbagai penghargaan kini secara rasmi tersedia di seluruh kedai Watsons di Malaysia, memudahkan para pencinta kecantikan untuk mendapatkan produk-produk inovatif dari Azarine.
Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung
Sepanjang lima hari acara berlangsung, para pengunjung berpeluang untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti interaktif yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberikan perspektif baru tentang kecantikan dan gaya hidup sehat. Antara aktiviti menarik yang ditawarkan adalah:
- RM20 untuk sesi Pound Fit yang dinamik bersama Pound Icon Malaysia, Hanis.
- RM55 untuk sesi Personal Color Analysis yang dikelolakan oleh Certified Image Consultant, Sufi Syazwani.
- RM80 untuk Dance Workshop yang mengasyikkan bersama Ling Zhang.
Setiap peserta yang mendaftar untuk aktiviti berbayar ini juga akan menerima baucar diskaun dan produk Azarine sebagai cenderahati istimewa.
Promosi dan Hadiah Eksklusif
Tidak ketinggalan, Azarine turut menawarkan pelbagai promosi dan hadiah menarik bagi para pengunjung, termasuk:
- Pembelian 2 produk sunscreen melayakkan pengunjung untuk membuat rantai kunci unik mereka sendiri (DIY Keychain).
- Pembelian minimum RM50 memberikan kesempatan untuk bermain permainan Spin & Wheel dengan hadiah-hadiah menarik.
- Pembelian minimum RM75 akan dihadiahi Azarine Multi Acids Toner secara percuma.
Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai aktiviti percuma seperti penggunaan pelindung matahari tanpa had, permainan “ring toss”, ujian kelembapan kulit untuk mengenali jenis kulit, serta mencuba berbagai produk Azarine secara langsung.
Hiburan Istimewa dari Jemput Dengar
Kemeriahan acara semakin bertambah dengan persembahan istimewa dari Jemput Dengar yang menghibur para pengunjung pada 24 April pukul 6 petang.
Komitmen Azarine untuk Pasar Global
“Selepas kejayaan luar biasa acara peminat bersama Lee Minho, kami teruja untuk membawa semangat dan kreativiti yang sama ke Kuala Lumpur,” ujar Dhita Algha Pratama, Pengurus Pemasaran Azarine Kosmetik. “Kehadiran kami di Starhill bukan sekadar untuk keterlihatan, tetapi ia adalah satu isyarat bahawa jenama kecantikan dari Indonesia sudah bersedia untuk mencipta trend, merentas sempadan, dan memimpin perbualan di seluruh Asia.”
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menjadi acara “Azarine Take Over Kuala Lumpur” ini! Hadir dan rasakan sendiri pengalaman unik bersama Azarine Cosmetic di Starhill, Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari 23 hingga 27 April 2025!
Untuk maklumat lebih lanjut, sila ikuti Azarine Malaysia di Instagram:
@azarinecosmetic.my dan TikTok: @azarinemalaysia.
Comments
Post a Comment