SAFI KEMBALI DENGAN BIASISWA SISWI SAFI BERNILAI SEHINGGA RM1,000,000 BAGI MEMPERKASA BARISAN PEMIMPIN WANITA MASA HADAPAN MALAYSIA
SAFI, jenama kecantikan halal No.1 di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan pelancaran semula Program Biasiswa Siswi SAFI dengan peruntukan dana sehingga RM1,000,000*. Kini memasuki tahun kedua, inisiatif ini bakal memberi bantuan kewangan sehingga RM40,000* setiap seorang kepada pelajar wanita Malaysia yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian di universiti awam (IPTA).
Program biasiswa ini diperkenalkan melalui filem Raya SAFI yang menyentuh emosi dan telah ditayangkan pada 1 Mac 2025. Filem tersebut mengetengahkan aspirasi serta cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita muda, sekaligus menandakan pelancaran rasmi bagi proses permohonan biasiswa tahun ini.
"Pendidikan mampu mengubah masa depan. Sebagai jenama kecantikan halal terkemuka di Malaysia, kami percaya bahawa setiap wanita muda berhak untuk mengejar impian mereka” kata Kazlina Mohd Kassim, Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI. “Program ini bertujuan untuk mengatasi halangan—sama ada kewangan, sosial mahupun struktur masyarakat—yang menghalang wanita muda daripada mencapai potensi mereka yang sepenuhnya.”
![]() |
Kazlina Mohd Kassim, Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI |
Pemohon yang layak adalah pelajar wanita warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 25 tahun yang sedang mengikuti pengajian di IPTA dan memiliki CGPA minimum 3.0. Permohonan boleh dibuat sehingga 30 Jun 2025 melalui laman sesawang biasiswasiswisafi.com.my
Berbeza dengan kebanyakan biasiswa lain, penerima tidak terikat secara kontrak dengan SAFI selepas tamat pengajian. Sebaliknya, mereka berpeluang menyertai pelbagai inisiatif pembangunan kerjaya seperti latihan industri dan keutamaan untuk menyertai Program Pelatih Pengurusan SAFI.
Calon yang disenarai pendek akan melalui proses pemilihan yang merangkumi penghantaran video, diikuti dengan kem latihan menyeluruh bagi menilai kemahiran komunikasi, kepimpinan, kreativiti dan pemikiran kritikal mereka.
Tahun lalu, program ini menerima lebih daripada 900 permohonan,membuktikan betapa perlunya sokongan pendidikan dalam kalangan wanita muda Malaysia. Aishah Umairah Binti Ariffin, penerima biasiswa tahun 2024 dari Universiti Putra Malaysia berkongsi: “Biasiswa ini telah meringankan beban kewangan keluarga saya dan membolehkan saya memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran.”
Bagi memberi peluang kepada lebih ramai pemohon, SAFI akan mengadakan program jelajah sepanjang bulan April dan Mei 2025:
- Program jelajah selama dua hari di 5 buah universiti: UiTM Puncak Alam, UKM Bangi, UPM Serdang, UTM Skudai dan UUM Sintok.
- Acara sehari di 15 buah kampus di seluruh negara dari Lembah Klang ke Perlis dan Sabah.
- Program jelajah Raya SAFI di IOI City Mall Putrajaya (23–27 April 2025) menampilkan kaunter maklumat biasiswa, pameran produk dan pelbagai hadiah menarik.
Untuk maklumat lanjut dan untuk memohon, sila layari: biasiswasiswisafi.com.my
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Comments
Post a Comment