HUN HAQEEM DILANTIK SEBAGAI DUTA HARUMAN EMPORIO ARMANI MALAYSIA YANG BAHARU


Armani beauty dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan pelakon Malaysia yang terkenal, Hun Haqeem, sebagai Duta Haruman Emporio Armani Malaysia yang baharu.

Karisma Hun yang memukau dan bakatnya yang luar biasa menyerlah dalam setiap aspek kerjayanya. Hun meraih pengiktirafan meluas menerusi wataknya sebagai Aliff Hadi dalam siri drama adaptasi Korea W: Two Worlds, yang mempamerkan keupayaannya untuk menjiwai watak-watak kompleks dengan baik dan bernuansa. Pembawaan wataknya sebagai Soloz dalam filem terbaharu Soloz: Game Of Life terus mengukuhkan statusnya sebagai bintang yang sedang meningkat naik, memikat penonton dengan karisma dan bakat semula jadinya.


"Ia merupakan satu penghormatan yang besar untuk dipilih sebagai Duta Haruman Emporio Armani Malaysia yang pertama. Nilai-nilai jenama ini yang merangkumi keanggunan abadi, keaslian, dan kesofistikan yang bersahaja amat bertepatan dengan jiwa saya, dan saya teruja untuk mewakili STRONGER WITH YOU, sebuah haruman yang melambangkan rasa kebebasan dan keaslian dalam semua yang saya lakukan," tambah Hun Haqeem.


Comments

Popular posts from this blog

IKON BUKIT BINTANG KEMBALI: THE FEDERAL KUALA LUMPUR TAMPIL LEBIH SEGAR DAN KONTEMPORARI

CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 MERAIKAN SENI BUDAYA BERSAMA KEMERIAHAN SUKAN PERMOTORAN

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

HEALTH SUMMIT ASIA (HSA) 2027: MEMACU INOVASI, AKSES PASARAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI DI SELURUH EKONOMI KESIHATAN ASIA YANG BERNILAI RM20 TRILION