NIKMATI TIM HORTONS TANPA WAS-WAS: SEMUA CAWANGAN KINI HALAL!
Tim Hortons Malaysia dengan bangganya mengumumkan bahawa kesemua cawangannya di seluruh negara kini telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengiktirafan penting ini membuktikan komitmen Tim Hortons terhadap kualiti dan ketelusan dalam penyediaan makanan yang dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa was-was.
Berita baik ini merangkumi cawangan-cawangan utama Tim Hortons di lokasi-lokasi strategik seperti Sunway Pyramid (kedai utama!), Subang USJ, One Utama, AEON Mall Bukit Tinggi, IOI City Mall, Sunway Pyramid (ya, dua cawangan!), dan Sunway Velocity. Setiap kedai ini telah berjaya memenuhi piawaian Halal yang ditetapkan oleh JAKIM. Tim Hortons juga sedang aktif dalam proses mendapatkan pensijilan Halal untuk semua cawangan baharu yang bakal dibuka, sekali gus mengukuhkan lagi dedikasi mereka terhadap kualiti dan pematuhan.
Menurut Vaibhav Punj, Ketua Pegawai Eksekutif MGCA Cafe, pemegang francais utama Tim Hortons Malaysia, “Di Tim Hortons Malaysia, kami amat berbangga dalam menyajikan makanan dan minuman berkualiti tinggi yang dipercayai oleh pelanggan kami. Pensijilan ini mengukuhkan lagi dedikasi kami untuk mencapai piawaian tertinggi dan terus menyediakan pengalaman yang mesra untuk semua rakyat Malaysia.”
Untuk pengetahuan anda, operasi Tim Hortons di Malaysia dan Singapura dikelola oleh MGCA Cafe, anak syarikat milik penuh Marubeni Corporation, sebuah konglomerat perdagangan dan pelaburan utama dari Jepun. Mereka membawa pengalaman kopi Kanada yang terkenal ini ke rantau ini. Dengan setiap cawangan baharu, Tim Hortons terus menawarkan gabungan unik antara kualiti global dan cita rasa tempatan. Pensijilan Halal di seluruh cawangan Malaysia ini memperkukuh komitmen Tim Hortons dalam memenuhi standard tempatan dan menyediakan produk yang dipercayai kepada komuniti.
Raikan dengan RM7 Coffee Classics & Manisan Baru Disediakan!
Sebagai tanda meraikan pensijilan Halal ini, Tim Hortons Malaysia dengan sukacitanya menawarkan promosi istimewa RM7 Coffee Classics! Nikmati rangkaian minuman kegemaran ramai yang dibuat dengan 100% kopi Arabica. Pilihan istimewa termasuk Americano, Double Double™, dan French Vanilla – semuanya dengan cita rasa Kanada yang autentik pada harga yang sangat berbaloi. Untuk pengalaman yang lebih sempurna, padankan minuman anda dengan manisan yang baru disediakan segar seperti Timbits atau Maple Glaze Donut.
Selain kejayaan mendapatkan pensijilan Halal, Tim Hortons Malaysia juga teruja untuk mengumumkan pembukaan dua cawangan baharu yang akan datang di AEON Shah Alam dan Sunway Putra Mall. Pengembangan ini, bersama dengan promosi RM7 Coffee Classics, mencerminkan komitmen berterusan jenama ini untuk memberikan kualiti, pilihan, dan kemudahan kepada para pencinta kopi di seluruh negara.
Untuk menjadikan setiap kunjungan anda lebih berbaloi, jangan lupa muat turun aplikasi Tim Hortons Malaysia dan daftar untuk Tims Rewards. Ahli akan menikmati pelbagai keistimewaan eksklusif, termasuk hadiah hari jadi, diskaun, dan mata ganjaran setiap kali pembelian, yang boleh ditukar dengan makanan dan minuman percuma.
Kunjungi cawangan Tim Hortons terdekat anda, pesan melalui GrabFood atau Foodpanda, atau dapatkan maklumat lanjut di www.timhortons.my. Ikuti juga @TimHortonsMalaysia di Instagram untuk kekal dikemas kini dengan tawaran dan kerjasama eksklusif!
Lokasi Tim Hortons Malaysia:
π Tim Hortons Sunway Pyramid
π Tim Hortons IOI City Mall
π Tim Hortons Sunway Velocity
π Tim Hortons Subang USJ
π Tim Hortons One Utama
π Tim Hortons AEON Mall Bukit Tinggi
Comments
Post a Comment