BOMB BATTLE BUKA CAWANGAN TERBARU DI THE CURVE, MENAWARKAN PENGALAMAN IMMERSIF YANG LUAR BIASA


Bomb Battle kini secara rasmi membuka cawangan terbaharunya di The Curve, Mutiara Damansara, menjadikannya pusat permainan interaktif yang bakal menarik perhatian ramai. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, serta turut dihadiri oleh YB Datuk Wira Mas Ermieyati, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Cawangan di The Curve adalah yang ketiga selepas kejayaan Bomb Battle di Berjaya Times Square dan Atria Shopping Gallery, menandakan satu pencapaian besar dalam usaha mereka mencipta ruang yang menggalakkan hubungan lebih erat antara keluarga, rakan, dan rakan sekerja melalui permainan bertema yang immersive.

Menurut Datin Sheehan Tee, Pengasas dan CEO The Bomb Battle Sdn Bhd, Bomb Battle bukan sekadar menawarkan permainan tetapi membina pengalaman mendalam yang mendorong orang ramai meninggalkan peranti mereka dan berhubung melalui permainan unik. Dengan konsep yang mementingkan interaksi sosial dan memori bersama, tempat ini sesuai untuk sesi team building, sambutan hari lahir, dan aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan.


Sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan anggota keselamatan negara, Bomb Battle mengumumkan pemberian pas seumur hidup kehormat kepada semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta ahli keluarga terdekat mereka. Inisiatif ini membolehkan mereka menikmati masa berkualiti bersama keluarga selepas berkhidmat menjaga keselamatan negara.

Para tetamu di majlis pelancaran turut diberi peluang eksklusif untuk merasai teknologi terkini Bomb Battle yang direka khas untuk menawarkan pengalaman permainan yang tiada tandingan di Malaysia.

Bomb Battle di The Curve, Mutiara Damansara kini dibuka untuk tempahan secara dalam talian dan walk-in. Untuk maklumat lanjut, layari www.thebombbattle.com.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

EJEN ALI KEMBALI! MISI LEBIH BESAR, PENGEMBARAAN LEBIH EPIK