‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN


Apabila kepercayaan dibalas pengkhianatan, mampukah cinta terus bernyawa di tengah badai rahsia dan luka? Inilah dilema yang dipaparkan dalam drama terbaharu Akasia yang sarat dengan penuh emosi, Bukan Ipar Sempurna. Diarahkan oleh Ejump Mohd dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn. Bhd, drama ini menceritakan sebuah kisah yang menyentuh tentang cinta, pengorbanan dan pengkhianatan dalam ikatan kekeluargaan.

Diinspirasi daripada novel ‘Bukan Ipar Sempurna’ karya Bellesa, drama 28 episod ini membawa penonton menyelami sisi gelap sebuah perkahwinan yang tercemar oleh rahsia, dendam, dan pengkhianatan. Saksikan drama yang penuh kejutan ini di slot Akasia bermula pada hari ini, 13 Mei 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam atau strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.

Drama ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Ikmal Amry, Cahaya Nilam, Hafeez Mikail, Nadiya Nisaa, Nessa Maureen, Atira Karma, Raff Roslee, Jihaa Sham dan Fazlina Ahmad Daud, yang masing-masing membawakan watak dengan penuh penghayatan dan emosi, menjadikan setiap babak terasa hidup dan menyentuh hati penonton.

Kisah ini bermula dengan keberanian Firash (Ikmal Amry) membatalkan pertunangan bersama Zara (Jihaa Sham), demi memperjuangkan cintanya terhadap Nadhia, wanita yang langsung tidak direstui oleh ibunya, Puan Farida (Fazlina Ahmad Daud). Meskipun begitu, kakaknya, Atma (Nadiya Nissa), menjadi satu-satunya penyokong kuat dalam keputusan itu, menyambut Nadhia sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.

Namun di sebalik kebahagiaan rumah tangga, satu rahsia besar terbongkar. Nadhia disahkan mengandung, namun usia kandungannya tidak sepadan dengan tempoh perkahwinan mereka. Siapakah sebenarnya bapa kepada anak dalam kandungan itu? Mampukah Firash menerima kenyataan yang mengejutkan ini? Dan siapakah yang harus bertanggungjawab atas nasib yang menimpa Nadhia?

Tragedi demi tragedi mula melanda apabila Zahin (Hafeez Mikail), bekas kekasih Nadhia, tiba-tiba muncul semula dalam hidupnya. Kehadiran Zahin membuatkan Nadhia hidup dalam tekanan dan terpaksa menyembunyikan masa silam mereka daripada suaminya, Firash. Dalam masa yang sama, Atma pula berpihak kepada suaminya, Zahin dan bersama-sama merancang untuk memisahkan Nadhia dan Firash. Mereka memfitnah Nadhia kononnya cuba menggoda Zahin, hingga Firash yang menyaksikan insiden tersebut naik marah dan mula menyimpan dendam terhadap isterinya. Mampukah Nadhia bertahan menghadapi badai yang tidak berkesudahan? Dan sampai bilakah Firash akan terus dibutakan oleh dendamnya sendiri?

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan Bukan Ipar Sempurna yang mengangkat realiti pahit manis dalam perkahwinan, hanya di Akasia bermula pada hari ini, 13 Mei 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam atau strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Comments

Popular posts from this blog

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

KRU & ICON ENTERTAINMENT LAKAR SEJARAH TERIMA 2 PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBR)