COLGATE TOTAL ACTIVE PREVENTION BAHARU MEMPERKASAKAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENJAGA KESIHATAN ORAL DENGAN PERLINDUNGAN ANTIBAKTERIA 24 JAM
Colgate melancarkan rangkaian Colgate Total Active Prevention baharu, seiring dengan misinya untuk membantu rakyat Malaysia mengamalkan pencegahan sebelum masalah kesihatan oral bermula. Ini merupakan sebahagian daripada usaha jenama itu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pencegahan harian dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan oral. Pada hakikatnya, masalah kesihatan oral adalah lebih lazim—dan lebih serius—daripada tanggapan umum.
Di Malaysia, hampir setiap orang dewasa terjejas oleh masalah ini. Menurut Kaji Selidik Kesihatan Pergigian Orang Dewasa (NOHSA) 2020, setinggi 95% rakyat Malaysia memerlukan rawatan pergigian, manakala 85% pula mengalami masalah kaviti. Sungguhpun angka ini membimbangkan, isu kesihatan oral masih sering dipandang remeh.
Menguruskan Bakteria Mulut—Punca Utama Masalah Kesihatan Oral
Bakteria mulut merupakan punca utama pelbagai masalah kesihatan oral. Bakteria ini hidup dalam rongga mulut dan bergantung pada gula daripada makanan dan minuman. Jika tidak dihapuskan dengan berkesan, bakteria ini boleh berkumpul dan menyebabkan pelbagai masalah seperti nafas berbau, kaviti dan masalah gusi. Namun begitu, semua ini boleh dicegah dengan mudah—dan amalan penjagaan oral harian memainkan peranan paling penting.
Perlindungan Antibakteria Sepanjang Hari dengan Colgate Total Active Prevention
Dengan mengetengahkan rutin pencegahan, Colgate memperkenalkan ubat gigi Colgate Total Active Prevention yang dipertingkatkan—satu teknologi berpaten unik dengan Stannous Fluoride yang terbukti secara klinikal memberikan perlindungan antibakteria 24 jam. Ia adalah sains terbaik Colgate bagi mencegah punca utama 8 masalah kesihatan oral: kaviti, nafas berbau, masalah gusi, plak, tartar, gigi sensitif, erosi enamel, dan noda gigi.
“Sebagai jenama yang menerajui penjagaan oral di negara ini, kami membawa inovasi terkini bagi menyokong kesihatan oral semua rakyat Malaysia melalui pencegahan bersasar dan berasaskan sains,” kata Anand Taparia Pengarah Kanan Pemasaran Hab ASEAN Selatan Colgate-Palmolive.
“Dengan Colgate Total Active Prevention baharu, rakyat Malaysia kini boleh menangani punca masalah kesihatan oral dan mencegahnya sebelum ia bermula—di rumah setiap hari.”
Ubat gigi Colgate Total Active Prevention kini terdapat dalam enam varian bagi membantu mencegah pelbagai jenis masalah kesihatan oral. Rangkaian ubat gigi ini turut dipertingkatkan untuk pengalaman sensori yang lebih baik, dengan buih, perisa dan sensasi segar yang diperbaharui.
Colgate Total Active Prevention System: Penjagaan Oral Pencegahan yang Menyeluruh
Bagi menyokong rutin pencegahan yang lengkap, Colgate turut memperkenalkan Colgate Total Active Prevention System baharu, yang merangkumi berus gigi Colgate Total Foaming Clean dan ubat kumur Colgate Total Fresh Mint Mouthwash baharu. Apabila digunakan bersama, sistem penjagaan oral ini terbukti 15 kali lebih berkesan dalam melawan memerangi punca utama masalah kesihatan oral.
Berus gigi Colgate Total Foaming Clean—dengan dua kali ganda lebih banyak bulu berujung halus dan susunan bulu yang padat—mengaktifkan tindakan berbuih secara pantas untuk penghantaran ubat gigi yang lebih mendalam, sekaligus menghasilkan pembersihan mulut yang hebat.
Sementara itu, Colgate Total Fresh Mint Mouthwash baharu mengandungi zink dan memberikan perlindungan antibakteria 24 jam.
Dengan Colgate Total Active Prevention, anda bukan hanya memberus gigi—anda memilih rutin pencegahan berasaskan sains berbanding pendekatan reaktif terhadap 8 masalah kesihatan oral yang paling utama.
Serlahkan senyuman tanpa kebimbangan bersama Colgate Total Active Prevention, kini boleh didapati secara meluas serta dalam talian melalui Colgate Lazada, Shopee dan TikTok. Layari laman web rasmi Colgate Total Active Prevention untuk maklumat lanjut.
Comments
Post a Comment