DUSIT PRINCESS MELAKA DIBUKA RASMI: MERCU TANDA BAHARU PENGINAPAN MEWAH THAI DI MALAYSIA
Dusit Princess Melaka, hotel pertama Dusit International di Malaysia, telah meraikan pembukaan rasminya hari ini – menandakan satu pencapaian penting dalam landskap hospitaliti Melaka yang semakin berkembang dan juga memperkenalkan standard baru dalam hospitaliti mewah berinspirasi Thai di negeri ini. Hotel ini turut menampilkan salah sebuah ruang persidangan dan acara antara yang terbesar di Melaka, sekali gus meningkatkan lagi daya tarikan bandar ini sebagai destinasi MICE serantau.
Pembukaan rasmi ini hadir tepat pada masanya bagi Melaka, yang menyaksikan pertumbuhan pelancongan yang berterusan dan kukuh. Pada tahun 2024, bandar ini menerima kunjungan lebih 15 juta orang pelancong – peningkatan 74% berbanding tahun sebelumnya – mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu destinasi pelancongan paling dinamik di Asia Tenggara. Kerajaan Negeri Melaka telah melanjutkan kempen Visit Melaka Year hingga 2026, sejajar dengan inisiatif kebangsaan Visit Malaysia 2026 yang menyasarkan ketibaan 35.6 juta orang pelancong.
Terletak secara strategik di tengah-tengah Kota Warisan Dunia UNESCO, hotel mewah Dusit Princess Melaka dengan 296 bilik ini menggabungkan keanggunan moden dengan warisan tempatan yang kaya serta menawarkan pemandangan bandar dan juga Selat Melaka yang tidak terhalang. Dengan kemudahan bertaraf lima bintang, keselesaan kontemporari, dan hospitaliti berinspirasi Thai yang menjadi ciri istimewa Dusit, hotel ini membawa tawaran yang baharu dan berbeza ke dalam landskap hotel tempatan – memenuhi keperluan pelancong, pengembara moden bagi tujuan perniagaan dan percutian, dan pada masa yang sama meraikan kemeriahan warisan budaya Melaka.
Antara kemudahan yang ditampilkan di hotel ini adalah kolam renang yang terdalam di negeri ini, gimnasium 24 jam yang serba lengkap, dan tempat makan yang unik seperti Restoran Zest, Restoran Cina Long Feng, serta Famosa Lounge yang meriah.
Dengan keluasan 774 meter persegi dan dilengkapi dengan kemudahan skrin LED penuh serta penyusunan bilik yang fleksibel, ruang persidangan dan acara hotel direka untuk memenuhi keperluan persidangan berprofil tinggi, majlis perkahwinan, dan acara tertutup yang lain.
Para tetamu juga boleh menikmati pelbagai aktiviti tempatan yang disediakan khas untuk memberikan pengalaman yang imersif melalui pemandangan, cita rasa, dan budaya yang meriah bandar ini.
Majlis pembukaan rasmi hotel ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, dan turut dihadiri oleh Encik Mohamad Bukhari bin Che Man, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Melaka.
![]() |
Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka |
“Dusit Princess Melaka dibuka pada saat yang kritikal bagi sektor pelancongan,” kata Encik Mohamad Bukhari bin Che Man, Pengarah MOTAC, Negeri Melaka. “Ketika kami bersiap untuk menjadi tuan rumah acara global seperti UN Tourism 2025 dan menjelangnya Visit Malaysia 2026, hotel ini merupakan satu tambahan yang bermakna kepada landskap hospitaliti Melaka yang berkembang pesat. Ia juga mencerminkan daya tarikan negeri ini kepada pelancong antarabangsa serta jenama global yang dipercayai dan seiring dengan wawasan kami untuk mempertingkatkan pelancongan yang bertanggungjawab, inklusif, dan bernilai tinggi. Dengan pelbagai kemudahan gaya hidup dan korporat yang luas serta hospitaliti berinspirasi Thai, hotel ini berada dalam kedudukan yang baik untuk memperkayakan pengalaman pelancong dan juga menyokong Melaka sebagai pusat pelancongan dan juga MICE serantau.”
Encik Gilles Cretallaz, Ketua Pegawai Operasi Dusit Internationa |
Encik Gilles Cretallaz, Ketua Pegawai Operasi Dusit International, berkata: “Majlis pembukaan ini menandakan satu pencapaian mengujakan bagi Dusit apabila kami dengan rasminya memperkenalkan hospitaliti mesra dan unik berinspirasi Thai ke Malaysia. Dengan adanya warisan yang kaya, lokasi strategik, dan rancangan pembangunan yang berwawasan, Melaka menyediakan persekitaran yang ideal untuk kemunculan kami yang pertama di negara ini. Dusit Princess Melaka mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan layanan yang mesra, asli, dan bermakna, dan kami berbesar hati untuk mengalu-alukan tetamu dari seluruh dunia, termasuk para delegasi yang menghadiri UN Tourism 2025, untuk merasai yang terbaik daripada hospitaliti Thai dan juga Malaysia.”
Sebagai pengiktirafan bagi komitmennya terhadap kecemerlangan, Dusit Princess Melaka telah menerima dua anugerah berprestij di Anugerah International Business Magazine 2025: Best Hotel for Business Travellers (Hotel Terbaik Untuk Pelancong Korporat) – Malaysia dan Excellence in Regional Hospitality (Kecemerlangan Hospitaliti Serantau) – Malaysia. Pengiktirafan ini mengukuhkan daya tarikan hotel kepada pelancong korporat dan juga liburan serta mencerminkan pengaruhnya yang semakin meningkat dalam landskap hospitaliti Malaysia sejak pembukaan tidak rasminya awal tahun ini.
Bagi meraikan pembukaan rasminya, Dusit Princess Melaka telah melancarkan tawaran masa terhad – Melaka Retreat – yang menjemput para tetamu untuk menikmati sarapan harian di Zest, kredit F&B harian sebanyak RM 50 yang boleh ditebus di mana-mana restoran hotel, naik taraf bilik percuma (bergantung kepada ketersediaan), dan diskaun tambahan 15% untuk ahli Dusit Gold. Tawaran ini sah untuk tempahan bilik sehingga 4 Januari 2026, untuk penginapan dari sekarang sehingga tarikh tersebut, secara eksklusif di dusit.com/dusitprincess-melaka/specialoffers/.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila lawati dusit.com/dusitprincess-melaka atau ikuti laman media sosial di Facebook dan Instagram: @dusitprincessmelaka.
Comments
Post a Comment