HERBALIFE MELANCARKAN HERBAL RETREAT POWDER, SERBUK HERBA YANG DIRUMUS KHAS UNTUK MEMBANTU INDIVIDU YANG MENGALAMI MASALAH TIDUR


Syarikat, komuniti dan platform kesihatan dan kesejahteraan terulung, Herbalife dengan sukacitanya melancarkan Herbal Retreat Powder atau Ramuan Herba bagi pengguna di Malaysia hari ini. Dirumuskan khas dengan adunan herba lemon, kamomil, lavender dan bunga markisa, teh ini dihasilkan untuk mereka yang mengalami masalah tidur.

Stres atau tekanan semakin menjadi kebimbangan dalam masyarakat hari ini. Tinjauan Inersia Kesihatan Asia Pasifik mendedahkan bahawa 68% daripada responden Malaysia menganggap kesihatan fizikal mereka sebagai ‘sederhana’ atau ‘kurang baik’, manakala 66% memberikan penarafan yang sama bagi kesihatan mental masing-masing. Dalam kalangan mereka yang melaporkan kemerosotan kesejahteraan mental, punca paling umum yang dinyatakan ialah tekanan berkaitan kerja. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 melaporkan bahawa kira-kira sejuta rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas mengalami kemurungan.

Steven Chin, Pengarah Kanan & Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura mengulas, “Hasil kajian sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terus menghadapi cabaran dari segi kesihatan fizikal dan mental. Herbalife menyedari masalah yang semakin ketara ini dan kami bertekad untuk menyokong rakyat Malaysia dalam usaha mereka meningkatkan kesihatan, termasuk kesejahteraan keseluruhan, dan segalanya bermula dengan tidur yang lena pada waktu malam.”

“Teh sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di sini, sama ada untuk merehatkan diri selepas sehari suntuk bekerja atau semasa bersantai dengan rakan-rakan. Herbal Retreat Powder kami merupakan sejenis minuman menyegarkan tanpa kafeina yang sesuai untuk rakyat sambil membantu untuk menenangkan jiwa dan raga, dan bersedia menghadapi cabaran setiap hari. Sebagai pilihan terbaharu dalam rangkaian teh herba kami, teh baharu ini mencerminkan komitmen kami untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia hari ini,” tambah Chin.

Dihasilkan untuk memudahkan pengguna melelapkan mata dan tidur lena dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan, ramuan utama Herbal Retreat Powder ialah herba lemon yang telah digunakan secara tradisional untuk menggalakkan tidur yang lena. Sebagai produk sihat untuk membantu pengguna menjaga kesejahteraan setiap hari, Herbal Retreat Powder berperisa pudina boleh dibancuh dalam masa beberapa saat, rendah kalori dan tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan.


Pelancaran Herbal Retreat Powder mencerminkan komitmen berterusan Herbalife untuk menggalakkan kesejahteraan dan menawarkan penyelesaian bagi pengurusan Kesihatan lebih baik. Dengan adunan ramuan yang dipilih dengan teliti dan tumpuan terhadap kualiti, produk baharu ini dicipta untuk membantu rakyat Malaysia mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan dalam kehidupan harian mereka. Herbal Retreat Powder Herbalife boleh dibeli di seluruh negara di herbalife.com.my atau menerusi Pengedar Bebas Herbalife.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

BARISAN ARTIS HEBAT TANAH AIR BAKAL JAYAKAN KONSERT LEGASI P. RAMLEE