DEMAM KELUANG MAN MELANDA IBU KOTA: KELUANG MAN 'WONDA FUN RUN' CETUS FENOMENA!
Semangat adiwira 'Keluang Man' benar-benar terasa di ibu kota hari ini! Bagi memanaskan lagi atmosfera menjelang tayangan filem live-action Keluang Man di pawagam pada 29 Mei ini, Astro Shaw dengan bangganya membawakan pengalaman unik menerusi acara ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, sebuah larian superhero Original Pertama Malaysia yang pastinya tidak akan dilupakan.
Acara pagi yang penuh tenaga ini merupakan kolaborasi sulung antara ikon Malaysia, Keluang Man, bersama Wonda Kopi dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), diadakan bersempena dengan program Car Free Morning yang popular.
Ribuan Peserta Banjiri Menara DBKL Demi Keluang Man!
‘Keluang Man WONDA Fun Run’ yang julung kali diadakan di tengah-tengah Kuala Lumpur ini mencatatkan satu pencapaian yang luar biasa dengan penyertaan hampir 7,000 peserta dari pelbagai lapisan usia! Mereka berkumpul seawal pagi di sekitar Menara DBKL, tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.
Larian sejauh 5 kilometer dimulakan dengan sesi pemanasan badan yang membakar semangat pada jam 6:45 pagi. Detik yang dinanti-nantikan tiba apabila pelepasan flag-off disempurnakan tepat pada jam 7:00 pagi oleh karakter Keluang Man sendiri, bersama maskot comel BeBe, dan wakil dari DBKL. Sorakan gemuruh para peserta menyambut pelepasan ini, menandakan bermulanya sebuah larian yang lain daripada yang lain.
Lautan Bertopeng Keluang Man dan Kemunculan Istimewa Barisan Pelakon!
Apa yang membuatkan larian ini begitu unik dan meriah adalah melihat ribuan peserta dengan bangganya memakai topeng ikonik Keluang Man! Bagi mereka yang bertuah, mereka turut menerima jersi eksklusif edisi terhad sebagai kenangan.
Lebih mengujakan lagi, acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon filem Keluang Man seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Sham Sunder, Razzuan Rosli, penyanyi lagu tema Keluang Man, Krisya, dan kumpulan rock popular, S.O.G! Kehadiran mereka pastinya menambah lagi keterujaan para peserta yang berpeluang melihat sendiri wajah-wajah di sebalik filem yang dinanti-nantikan ini.
Membawa Semangat Keluang Man Lebih Dekat Kepada Masyarakat
Penerbit Eksekutif Keluang Man merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, meluahkan rasa terima kasihnya atas sokongan luar biasa yang diterima. “Kami amat berterima kasih atas sokongan teguh peminat Keluang Man serta para peserta larian, dan juga rakan kerjasama Wonda Kopi dan DBKL yang telah merealisasikan acara larian ‘Keluang Man WONDA Fun Run’ hari ini.”
Beliau menambah, “Acara ini bukan sekadar meraikan kemunculan filem Keluang Man di pawagam pada 29 Mei nanti, tetapi satu usaha membawa dunia Keluang Man lebih dekat kepada masyarakat. Keluang Man mencerminkan keberanian, kekuatan dan ketangkasan, jadi kami mahu nilai dan semangat tersebut mampu menyuntik inspirasi kepada masyarakat Malaysia untuk kekal aktif dan cergas, sekali gus percaya bahawa setiap daripada kita mampu menjadi superhero dalam kehidupan seharian.”
Pelbagai Aktiviti Menarik dan Sampel Eksklusif!
Selain larian yang menyeronokkan, para peserta juga berpeluang untuk memeriahkan pelbagai aktiviti menarik di booth yang disediakan. Antaranya ialah sesi bertemu dan bergambar dengan barisan pelakon Keluang Man dan maskot BeBe, persembahan bertenaga daripada penyanyi Krisya dan kumpulan S.O.G, cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik, jualan merchandise eksklusif Keluang Man, dan siaran langsung oleh stesen radio nombor 1 negara, ERA.
Lebih istimewa lagi, para peserta turut berpeluang menikmati sampel percuma Wonda Kopi Kluang, merasai Wonda-ful Keluang Man burger yang unik, serta mendapatkan tawaran menarik daripada Iconic Animation Studio, Fung Keong, dan Abstrax.
Fenomena 'Wonda Kopi Kluang': Lebih 2 Juta Tin Terjual!
Kehangatan Keluang Man bukan hanya dirasai di acara larian. Kolaborasi bersama Wonda Coffee dalam menghasilkan air minuman ‘Wonda Kopi Kluang’ juga mencatatkan kejayaan yang luar biasa dengan jualan melebihi 2 juta tin dalam tempoh lapan bulan sahaja! Ini membuktikan betapa ikoniknya watak Keluang Man di hati rakyat Malaysia.
Jangan Lupa Saksikan Filem 'Keluang Man' di Pawagam 29 Mei Ini!
Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions. Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Bagi anda yang tidak sabar untuk menyaksikan kemunculan semula adiwira kesayangan ramai ini di layar perak, jangan lupa tandakan kalendar anda! Filem Keluang Man bakal ditayangkan di pawagam mulai 29 Mei ini. Treler rasmi terakhir filem ini juga telah dilancarkan semalam, selepas treler rasmi pertama mencatatkan hampir 10 juta tontonan di platform TikTok @astroshawofficial.
Filem ini mengisahkan tentang Borhan, seorang pesakit psikiatri yang sering melarikan diri dari hospital pada waktu malam. Diburu oleh sejarah silamnya, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula didorong oleh dendam, dan tanpa disangka, dalam proses tersebut Borhan membentuk identiti baharunya sebagai seorang adiwira – Keluang Man.
Jangan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik tentang Keluang Man di platform media sosial TikTok, Instagram, X, dan Facebook Astro Shaw serta Astro Gempak. Gunakan tanda pagar #KeluangMan dan #KeluangManMovie untuk berkongsi pendapat dan keterujaan anda tentang filem ini!
Comments
Post a Comment