BAUCAR RM500,000 UNTUK DIMENANGI DALAM KEMPEN THE GOLDEN TICKET


Suria KLCC, destinasi beli-belah ikonik Malaysia, kembali dengan kempen paling dinanti-nantikan setiap tahun, The Golden Ticket! Dengan jumlah baucar bernilai RM500,000 untuk dimenangi, edisi keenam ini menjanjikan keseronokan yang lebih besar daripada sebelumnya.


Snakes & Ladders Bertema Neon Menanti Anda

Berlangsung dari 9 hingga 25 Mei, Centre Court di Suria KLCC berubah menjadi taman permainan neon berinspirasikan permainan klasik ‘snakes and ladders’. Pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit di kedai terpilih boleh melontar dadu gergasi dan melangkah ke papan interaktif untuk memenangi hadiah berikut: 

🟣 Purple Ticket – e-Baucar RM50
💚 Emerald Ticket – e-Baucar RM100
❤️ Ruby Ticket – e-Baucar RM5,000
💛 Golden Ticket – e-Baucar RM10,000


Jika Golden Ticket atau Ruby Ticket dimenangi, suasana akan bertukar menjadi meriah dengan muzik perayaan dan lampu neon berkelipan – mencipta detik yang tidak akan dilupakan! Pembeli bertuah juga akan ditampilkan di Wall of Winners, di mana mereka boleh bergambar dengan replika tiket besar dan dadu, serta gambar mereka akan dipaparkan di skrin berputar di Centre Court.


Aktiviti Tambahan untuk Keseronokan Maksimum

Selain peluang memenangi e-Baucar, pembeli boleh menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan, termasuk arcade photobooth, claw machine dengan hadiah menarik, serta gula-gula kapas dan neon glow sticks pada hujung minggu untuk semua peringkat umur.

"Kempen The Golden Ticket telah menjadi tradisi tahunan yang dinanti-nantikan oleh pelanggan setia kami. Untuk edisi tahun ini, kami benar-benar menggandakan kemeriahan untuk memastikan semua yang menyertai pulang dengan senyuman," kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.


Kempen The Golden Ticket di Lokasi Lain

Alamanda Putrajaya (23 Mei – 8 Jun)

Kempen turut kembali di Alamanda Putrajaya untuk tahun kelima berturut-turut! Dengan tema flora & fauna, pembeli yang berbelanja RM500 ke atas dalam dua resit boleh melontar dadu berwarna enam untuk memenangi e-Baucar sehingga RM1,000.

Mesra Mall, Terengganu (9 Mei – 25 Mei)

Di Pantai Timur, Mesra Mall menyambut kempen ini dengan paparan ‘snakes and ladders’ yang penuh nostalgia. Pembeli yang berbelanja RM300 dalam dua resit boleh melontar replika dadu untuk membuka kotak misteri dan berpeluang memenangi e-Baucar sehingga RM1,000.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen terbesar tahun ini – berbelanja di Suria KLCC, Alamanda Putrajaya, atau Mesra Mall dan mungkin anda menjadi pemenang bertuah The Golden Ticket!

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL