MELANGKAH PENUH GAYA DAN YAKIN DENGAN KOLEKSI FILA TERBARU ‘ECHAPPE VC V2’


FILA dengan bangganya memperkenalkan Koleksi Echappe VC V2 yang terbaru, gabungan unik antara gaya lembut balletcore dan gaya lasak gorpcore. Koleksi ini menampilkan rekaan yang berani tetapi tetap anggun, menggabungkan elemen balet yang halus dengan sentuhan gaya moden dan lasak. Ia mencerminkan semangat wanita moden — lembut tetapi kuat, penuh gaya dan yakin.

Selari dengan tagline kempen “Grace with Attitude”, koleksi Echappe VC V2 tampil gah dengan rekaan tali Velcro yang moden, tapak luar yang pasti menarik perhatian serta lapik dalam Ortholite yang membantu aliran udara untuk kesegaran sepanjang hari, sokongan optimum dan gaya yang minimalis. Direka untuk pelbagai kegunaan, koleksi ini hadir dalam tiga warna klasik — Kelabu, Hitam dan Beige — yang mudah dipadankan untuk pelbagai gaya dan aktiviti.


Tumpuan utama pelancaran ini ialah selebriti Malaysia, Mimi Lana, yang menjadi wajah rasmi kempen. Mimi benar-benar menunjukkan semangat dan maksud sebenar koleksi ini. “Bagi saya, gaya sebenar ialah bila kita jadi diri sendiri dengan yakin dan tahu apa yang kita mahukan. Echappe VC V2 bukan hanya tentang penampilan, tapi juga bagaimana ia buat saya rasa yakin dan selesa. Ia membebaskan pergerakan saya, membolehkan saya jadi lebih diri sendiri dan rasa lebih kuat sebagai seorang wanita. Koleksi ini betul-betul menggambarkan wanita yang saya percaya – kuat, anggun dan jujur pada diri sendiri. Saya harap semua wanita akan rasa perkara yang sama bila memakainya,” kata Mimi Lana, Duta Kempen Echappe VC V2.

Inti utama kempen ini ialah simbol kotak muzik, yang mewakili gabungan keanggunan dan kekuatan — mencerminkan semangat wanita moden. Gabungan dua elemen ini ditunjukkan melalui rekaan koleksi yang unik, menggabungkan gaya balletcore yang lembut dan feminin dengan elemen gorpcore yang berani. Hasilnya, koleksi ini menampilkan keseimbangan antara kelembutan gerakan tarian dan keberanian dalam dunia fesyen hari ini.


“Pelancaran FILA Echappe VC V2 pada hari ini menandakan evolusi ketiga bagi siri Echappe yang merupakan koleksi paling laris, selepas kejayaan besar koleksi tersebut tahun lalu. Ia mencerminkan komitmen FILA dalam memperkasakan identiti individu menerusi rekaan yang versatil, moden dan seiring dengan gaya hidup generasi masa kini,” ujar Jimmy Jin Bohyun, Ketua Pegawai Eksekutif Misto Malaysia Sdn. Bhd.


Majlis pelancaran rasmi berlangsung dalam suasana penuh gaya, meraikan kreativiti dan ekspresi diri dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ruang foto interaktif bertemakan kotak muzik berputar, bengkel aksesori khas serta stesen gelato yang diinspirasikan daripada palet warna koleksi. Menambahkan sentuhan eksklusif kepada acara penuh elegan ini, 100 tetamu terawal turut menerima beg cenderamata eksklusif daripada FILA sebagai pelengkap pengalaman premium mereka.


Turut memeriahkan acara pelancaran ialah ikon gaya terkenal seperti Arina Nasirudin, Suzanne Lay, Belle Lim dan Nana Bebu, yang turut serta dalam sesi perkongsian istimewa bagi menyuarakan pandangan peribadi serta tanggapan pertama mereka terhadap koleksi terbaharu FILA Echappe VC V2.

Koleksi baharu FILA Echappe VC V2 kini boleh didapati di butik rasmi FILA di Sunway Pyramid, Pavilion KL, IOI City Mall, Pavilion Damansara Heights serta secara dalam talian di platform rasmi FILA


Untuk maklumat terkini, ikuti media sosial @filasoutheastasia dan @fila.malaysia. Jom sertai kami dan kongsikan gaya terbaik anda dengan Echappe VC V2! Tag kami dan gunakan hashtag #FILA #FILAMY #FILASEA #EchappeVCV2 untuk menjadi sebahagian daripada komuniti gaya FILA.



Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA