LEGOLAND® MALAYSIA RESORT LANCARKAN LEGOLAND SCHOOL CHALLENGE 2025
Acara sekolah LEGO® paling dinanti-nantikan di Asia kini kembali dan lebih besar, berani, serta penuh inspirasi! LEGOLAND® Malaysia School Challenge 2025, yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, hadir dengan edisi keempat untuk mencetuskan kreativiti luar biasa di kalangan pelajar seluruh negara.
Sejak diperkenalkan pada 2022, cabaran ini telah menjadi fenomena kebangsaan. Dengan penyertaan yang memecahkan rekod pada 2024, tahun ini menjanjikan pengalaman lebih mendebarkan dengan tema baru, hadiah lebih menarik, dan pelbagai aktiviti yang merangsang imaginasi serta minat dalam pembelajaran.
Tema Baru, Cabaran Baru: "Bina Destinasi Impian Anda"
Kini dibuka kepada tiga kategori umur (7–9, 10–12, dan 13–17 tahun), edisi 2025 mencabar pelajar untuk membina destinasi pelancongan impian mereka menggunakan LEGO bricks! Sama ada dunia futuristik bawah laut, pulau imaginasi, atau destinasi impian di langit, peserta digalakkan untuk menggabungkan kreativiti, penceritaan, dan kemahiran teknikal bagi menghidupkan destinasi magikal mereka.
Apa Yang Baharu Tahun Ini?
Tahun 2025 memperkenalkan dua elemen utama yang menjadikan Cabaran ini lebih luar biasa:
Hadiah Utama Bertaraf Global:
Pemenang Kategori Sekolah Rendah & Sekolah Menengah akan menikmati percutian ke LEGOLAND Korea, manakala juara Kategori Junior akan berseronok di LEGOLAND Malaysia!
Speed Building Showdown:
Buat pertama kalinya, final akan menampilkan Cabaran Speed Building yang bertenaga tinggi! 5 Pasukan Finalis Terbaik dalam setiap kategori akan bersaing secara langsung di hadapan panel juri dan penonton, membangunkan binaan LEGO asal dalam hanya 45 minit!
Semua finalis juga akan menikmati penginapan 3H2M di LEGOLAND Hotel, menerima trofi LEGO eksklusif, set LEGO menarik, serta Pas Tahunan LEGOLAND Malaysia Resort!
![]() |
Nathanael Yap, tiga kali pemenang Hadiah Utama |
Menginspirasi Generasi Inovator Muda
Salah seorang alumni Cabaran paling inspirasi ialah Nathanael Yap, tiga kali pemenang Hadiah Utama. Beliau berkongsi:
"Menjadi sebahagian daripada LEGOLAND School Challenge selama tiga tahun berturut-turut adalah pengalaman terbaik dalam hidup saya sebagai pelajar. Setiap tahun, saya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan, menyelesaikan masalah secara kreatif, dan membina sesuatu yang kami banggakan—batu bata demi batu bata. Ia mengajar saya betapa seronoknya belajar apabila kita boleh berfikir di luar kotak."
![]() |
Cs Lim, Naib Presiden LEGOLAND Malaysia Resort |
Membentuk Generasi Kreatif, Satu Bata Pada Satu Masa
Menurut Cs Lim, Naib Presiden LEGOLAND Malaysia Resort:
"Cabaran ini bukan sekadar pertandingan, tetapi platform untuk memupuk kemahiran seperti penyelesaian masalah, pemikiran kritis, dan inovasi di kalangan pemimpin masa depan kita. Dengan penyertaan sekolah dari seluruh Asia sejak tahun lalu, ini juga menjadi ruang pertukaran budaya yang hebat antara pelajar dan guru."
Acara ini turut disokong oleh Kementerian Pendidikan, Tourism Malaysia, Trip.com Group, dan LEGO Group—semua bersatu dalam misi untuk menginspirasi generasi pembina, pemimpi, dan pencipta yang akan datang!
Sertai LEGOLAND School Challenge 2025!
Cabaran ini terbuka kepada pelajar berusia 7 hingga 17 tahun dalam tiga kategori:
- Junior: 7–9 tahun
- Primary: 10–12 tahun
- Secondary: 13–17 tahun
Setiap pasukan mesti terdiri daripada 3-4 pelajar dan 1 guru. Pendaftaran dibuka sehingga 15 Jun 2025 melalui laman web rasmi. Untuk kemas kini, tips dan juga kisah di belakang tabir, sila ikuti laman Facebook dan Instagram.
Comments
Post a Comment