ALIEN: EARTH - SERANGAN BAKAL BERMULA 13 OGOS DI DISNEY+ HOTSTAR MALAYSIA
Disney+ Hotstar telah melancarkan treler rasmi bagi FX’s “Alien: Earth,” sebuah drama fiksyen sains yang dinantikan, hasil karya penerbit pemenang anugerah Emmy®, Noah Hawley. Siri ini, yang diinspirasikan daripada francais filem terkenal, akan mula ditayangkan pada 13 Ogos dengan dua episod pertama boleh distrim di Disney+ Hotstar Malaysia. Episod baharu daripada musim lapan episod ini akan disiarkan setiap minggu.
Dalam “Alien: Earth,” kapal penyelidikan angkasa USCSS Maginot terhempas di Bumi, membawa Wendy (Sydney Chandler) dan sekumpulan askar taktikal ke dalam pertembungan dengan ancaman paling besar yang pernah dihadapi manusia.
Berlatarbelakangkan tahun 2120, dunia dikuasai lima korporat utama: Prodigy, Weyland-Yutani, Lynch, Dynamic dan Threshold. Era ini menyaksikan kewujudan cyborg (manusia dengan komponen biologi dan buatan) serta sintetik (robot humanoid berkeupayaan kecerdasan buatan). Namun, keadaan berubah apabila pengasas muda Prodigy Corporation mencipta teknologi revolusioner: hibrid, robot humanoid dengan kesedaran manusia. Wendy, prototaip pertama hibrid ini, menjadi titik permulaan perebutan kuasa untuk keabadian. Selepas kapal angkasa Weyland-Yutani bertembung dengan Prodigy City, Wendy dan kumpulan hibridnya menemui makhluk asing yang jauh lebih menggerunkan daripada jangkaan mereka.
Siri ini menampilkan pelakon antarabangsa seperti Timothy Olyphant, Alex Lawther, Samuel Blenkin, Babou Ceesay dan ramai lagi. “Alien: Earth” diterbitkan oleh FX Productions dengan Ridley Scott dan Noah Hawley sebagai penerbit eksekutif.
Comments
Post a Comment