CARiNG PHARMACY DAN SHELL MALAYSIA LANCAR KEMPEN “BELI DAN MENANG”, MUDAHKAN AKSES KEPADA BARANGAN KESIHATAN HARIAN
CARiNG Pharmacy kini melangkah lebih jauh dalam usahanya untuk menjadikan penjagaan kesihatan harian lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama Shell Malaysia. Melalui inisiatif ini, lebih 600 kedai Shell SELECT di seluruh Semenanjung Malaysia akan menawarkan 36 produk kesihatan dan kesejahteraan pilihan khas daripada CARiNG Pharmacy.
Sebagai jenama yang telah bertapak di negara ini selama lebih 30 tahun, CARiNG Pharmacy sentiasa komited dalam memastikan rakyat Malaysia mendapat akses kepada produk kesihatan yang berkualiti dan boleh dipercayai. Usaha terbaharu ini memperkukuh lagi misi tersebut dengan menyediakan produk penjagaan kesihatan penting yang lebih selaras dengan keperluan gaya hidup harian masyarakat, sama ada ketika mengisi minyak, dalam perjalanan ke tempat kerja, mahupun ketika menjalankan urusan harian.
Sebanyak 36 jenis produk yang ditawarkan termasuklah pelega untuk simptom selesema, masalah pencernaan ringan, serta kelegaan bagi sakit otot dan sendi yang menjadi antara keperluan harian yang sering dihadapi warga Malaysia yang aktif. Pendekatan ini membolehkan pengguna mendapatkan barangan keperluan kesihatan dengan lebih pantas dan mudah di lokasi yang mereka kunjungi setiap hari.
Bagi memeriahkan pelancaran kerjasama ini, CARiNG Pharmacy turut menganjurkan peraduan “Beli dan Menang” yang berlangsung sehingga 30 Jun 2025. Dengan hanya berbelanja minimum RM15 untuk produk CARiNG di mana-mana cawangan Shell SELECT yang mengambil bahagian, pelanggan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk iPhone 16 (256GB), Huawei Watch D2, vakum tanpa wayar Electrolux UltimateHome 300, serta baucar tunai CARiNG Pharmacy.
Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR yang terdapat pada rak produk dan memuat naik resit pembelian melalui pautan yang disediakan. Proses penyertaan yang ringkas ini menjadikan setiap pembelian satu peluang untuk meraih ganjaran.
Melalui kerjasama ini, CARiNG Pharmacy bukan sahaja memudahkan akses kepada produk kesihatan, malah menjadikan pengalaman membeli-belah harian lebih bermakna. Sama ada dalam perjalanan atau di kawasan kejiranan, rakyat Malaysia dialu-alukan untuk menyertai kempen ini dan merasai sendiri pendekatan baharu CARiNG dalam mendekatkan penjagaan kesihatan kepada komuniti.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini peraduan, layari laman web rasmi CARiNG Pharmacy serta saluran media sosial di Facebook dan Instagram.
Comments
Post a Comment