COWAY MENGUKIR 19 TAHUN KESEJAHTERAAN DAN INOVASI DI MALAYSIA DENGAN COWAY INNOVATION FEST


Coway, syarikat Best Life Solution, meraikan pencapaian penting sempena ulang tahun ke-19 di Malaysia menerusi pelancaran Coway Innovation Fest (CIF). Festival yang berkonsepkan pameran pengalaman unik ini menampilkan inovasi rumah terkini daripada Coway, dan dibuka secara langsung kepada orang awam dari 21 hingga 25 Mei di IOI City Mall, Putrajaya.

Selama hampir dua dekad di Malaysia, Coway telah memperkenalkan cara hidup yang lebih sihat dan pintar kepada rakyat Malaysia melalui inovasinya dalam penyelesaian air, udara, tidur dan kediaman. Menerusi Coway Innovation Fest, orang ramai berpeluang untuk meneroka dunia Coway secara lebih dekat dan merasai sendiri bagaimana setiap produk Coway direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan kediaman moden secara menyeluruh.

Antara sorotan utama Coway Innovation Fest ialah pratonton eksklusif Coway BEREX Smart Mattress, tilam pertama yang memahami dan menyesuaikan diri mengikut keperluan individu. Dilengkapi teknologi sensor pintar terkini, tilam ini memantau pergerakan badan dan postur tidur dalam masa nyata, melaras zon keselesaan secara dinamik sepanjang malam untuk memastikan penjajaran tulang belakang yang lebih baik, rehat yang lebih berkualiti serta kualiti tidur optimum.

Coway BEREX Smart Mattress mencuri tumpuan di CIF bersama Janice Tan, Pengurus Bahagian Pemasaran Coway Malaysia (kiri) dan Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia (kanan).

Bakal dilancarkan pada tahun ini, COWAY BEREX Smart Mattress menandakan satu pencapaian baharu dalam inovasi kesejahteraan tidur, membantu pengguna menikmati tidur yang lebih lena dan berkualiti setiap malam. Selain pratonton eksklusif tilam pintar ini, Coway Innovation Fest turut mempersembahkan barisan produk inovatif lain termasuk mesin basuh dan pengering Coway, penyaman udara P-Series dan penulen air Villaem III.

Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia berkongsi, “Selama 19 tahun, Coway telah menjadi jenama yang dipercayai oleh isi rumah di Malaysia. Kini, kami terus mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan inovasi dalam cara yang lebih peribadi, mudah didekati dan lebih bermakna. Daripada tidur yang berkualiti ke udara yang bersih serta gaya hidup yang lebih pintar, setiap produk yang kami hasilkan direka khusus untuk menyokong rutin harian yang lebih sempurna. Justeru, Coway Innovation Fest (CIF) merealisasikan visi ini dengan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman hidup yang lebih sihat dan berkualiti bersama Coway.”

Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia, Ryan Jung, berkongsi pandangan semasa ucapannya di Coway Innovation Fest.

Menandakan pengembangan Coway dalam kategori penjagaan dobi, Mesin Basuh dan Pengering serba baharu ini adalah peralatan pintar 2-dalam-1 yang direka untuk isi rumah yang sibuk. Dengan kapasiti pencucian 10kg dan pengeringan 6kg, ia menawarkan fungsi pencucian dan pengeringan berkuasa dalam satu unit bergaya yang dijana oleh Direct Drive Inverter Motor bagi memastikan operasi yang lebih senyap dan cekap tenaga.

Turut dipamerkan adalah Penyaman Udara P-Series, penyelesaian dwi-fungsi yang bukan sahaja menyejukkan ruang dengan pantas dan sekata, malah membersihkan udara secara masa nyata. Dilengkapi dengan sistem penjagaan kebersihan 6 peringkat, ia menghapuskan sehingga 99.99% pencemar udara sambil penyejukan menyeluruh melalui aliran udara 16-sudut dan ayunan 4-arah. Dengan fungsi Pembersihan Kendiri dan teknologi inverter penjimatan tenaga 5 bintang, ia menawarkan penyelesaian lestari dan bersih untuk keluarga yang inginkan udara dalaman yang lebih bersih dan sihat.

Dipamerkan di Coway Innovation Fest (CIF), Villaem III merupakan penulen air generasi ketiga Coway yang telah direka semula untuk memenuhi keperluan keluarga moden. Ia menawarkan 48 tetapan boleh diperibadikan, termasuk enam pilihan suhu air dan lapan pilihan isipadu yang bersesuaian dengan pelbagai jenis cawan, bekas atau periuk. Turut dilengkapi tangki air panas berkapasiti 2.7 liter untuk pemanasan segera, Villaem III juga hadir dengan fungsi Dual Lock untuk keselamatan kanak-kanak. Pensterilan tangki UV diaktifkan setiap 12 jam bagi menjamin air sentiasa bersih dan bebas bakteria sepanjang masa.

Bersempena tahun ke-19 di Malaysia, Coway Innovation Fest memperlihatkan dedikasi Coway dalam memperkenalkan inovasi-inovasi kediaman yang relevan dan bermakna. Daripada pengalaman tidur yang dipertingkat dengan BEREX Smart Mattress hinggalah ke pelancaran Kedai Jenama pertama, Coway terus memacu visi untuk membentuk gaya hidup dan kediaman yang lebih sihat dan pintar.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

NIKMATI SAJIAN BAKERI SEGAR: TOUS LES JOURS KINI DI SUNWAY PYRAMID DAN SUNWAY VELOCITY

GOLDENHOME LANCAR RUANG PAMERAN SELUAS 10,000 KAKI PERSEGI