EMPAT LIVE IN KUALA LUMPUR 2025: DETIK BERSEJARAH MUZIK MALAYSIA

Menjelang tanggal 18 Oktober 2025, peminat muzik tanah air bakal menyaksikan sebuah malam bersejarah di Mega Star Arena Kuala Lumpur. Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 menggabungkan kehebatan empat nama besar industri muzik Malaysia—Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel—dalam satu pentas, mencipta momen magis yang tidak akan dilupakan.

Tiket Terhad, Sambutan Menggalakkan

Sejak penjualan tiket dibuka pada 25 April 2025, sambutan luar biasa daripada peminat membuktikan betapa tinggi sokongan terhadap konsert ini. Kini, hanya 15% tiket dalam kategori VIP dan Diamond masih tersedia bagi mereka yang belum mendapatkan tempat. Fenomena ini bukan sekadar angka, tetapi bukti bahawa konsert ini sudah menjadi detik yang dinanti-nantikan oleh ribuan peminat.

Persiapan & Dedikasi

Bagi keempat-empat artis, persiapan bukan hanya sekadar latihan vokal dan fizikal, tetapi juga perjalanan emosi yang mendalam. Dengan Sze Wan sebagai pengarah muzik, setiap susunan melodi dan harmoni dipastikan memberikan keseimbangan serta memancarkan keunikan suara setiap artis.

Menurut Sze Wan, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa tetapi perjalanan muzik Malaysia yang merentasi beberapa era dan generasi—dari era Diva Ziana Zain hingga ke fenomena Lelaki Ini Anuar Zain, digabungkan dengan sentuhan moden Ernie Zakri dan Syamel. "Saya perlu mencantumkan ‘puzzle’ ini dengan teliti untuk memastikan keseimbangan muzik dan tenaga yang akan dirasakan pada malam konsert," katanya.

Impian Yang Menjadi Realiti

Pengarah konsert, Jennifer Thompson, turut menyatakan keterujaannya kerana setelah tiga tahun perancangan, akhirnya impian ini direalisasikan. "Apa yang menjadikan konsert ini magis ialah setiap penyanyi mempunyai gaya tersendiri, dan peminat akan menikmati detik-detik istimewa yang hanya boleh dialami dalam persembahan ini," jelasnya.

Bagi Anuar Zain, konsert ini bukan sekadar persembahan tetapi satu perjalanan emosi bersama peminat yang telah menyokong mereka sepanjang karier. "Kami mahu menjadikan malam ini sebagai satu kenangan indah yang dilakar bersama. Let’s bring the house down!" katanya penuh semangat.

Ernie & Syamel: Menyentuh Jiwa Peminat

Ernie dan Syamel melihat konsert ini sebagai malam bersejarah bukan hanya untuk mereka berdua, tetapi juga buat industri hiburan. "Konsert ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan peminat yang sudah membeli tiket," ujar Ernie. Sementara itu, Syamel menambah bahawa mereka tidak mahu sekadar menjadi penyanyi tetapi penghibur yang menyentuh hati penonton dengan cahaya, suara dan jiwa.

Sokongan Penuh Westin Kuala Lumpur

Sebagai hotel rasmi konsert ini, The Westin Kuala Lumpur turut memberi tajaan penginapan serta lokasi bagi sidang media. "Kami sangat teruja untuk menyokong industri muzik tanah air dengan menjadi sebahagian daripada acara ini," kata Daniel Burstein, Pengurus Besar The Westin Kuala Lumpur.

Jangan Lepaskan Peluang!

Bagi anda yang belum mendapatkan tiket, dapatkan segera di www.ticket2u.com.my/empatkl sebelum kehabisan! Tiket-tiket dalam kategori Bronze, Silver, Gold, Platinum dan Royal Twin Seat sudah habis dijual, namun masih tersedia bagi kategori Diamond (RM888) dan VIP (RM1,088). Pembayaran boleh dilakukan melalui Atome dan SPayLater.

Ini adalah peluang sekali seumur hidup untuk merasai kehebatan empat nama besar industri muzik tanah air dalam satu pentas. Empat Live In Kuala Lumpur 2025 bukan sekadar konsert, tetapi kenangan, emosi dan magis yang bakal terpahat dalam sejarah muzik Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam epik ini—jumpa di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2025!


Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

“SENTUHAN WIRA”: FILEM AKSI SUKAN TENTANG DETIK BERSEJARAH KEMENANGAN PIALA THOMAS 1992 KINI DILANCARKAN