FENNEL & CO.: SIMFONI CITA RASA TEMPATAN & BARAT DI BUKIT TUNKU


Di tengah ketenangan Bukit Tunku, tersembunyi sebuah permata kulinari yang menjanjikan pengalaman rasa yang tiada tandingannya: fennel & co. Bukan sekadar kafe biasa, tempat ini adalah destinasi yang meraikan gabungan cita rasa dan jalinan budaya.


Sejurus melangkah masuk, pengunjung akan disambut oleh suasana yang menggabungkan keanggunan dengan keselesaan, menjadikannya lokasi ideal untuk pelbagai majlis—daripada santapan tengah hari korporat yang penting, makan malam romantik, hinggalah pertemuan akrab bersama insan tersayang. 

Di sini, setiap hidangan adalah sebuah penceritaan budaya. Inspirasi menu datang daripada kekayaan warisan Malaysia, menggabungkan rempah ratus tempatan seperti sambal dengan sentuhan herba Eropah klasik. Gabungan ini bukan sekadar inovasi, tetapi penghormatan kepada evolusi kulinari Malaysia yang pelbagai, menawarkan hidangan yang dipacu oleh rempah ratus tempatan dengan pengaruh global yang nyata.

Antara hidangan yang harus dicuba di fennel & co:

Sajian sarapan dan sepanjang hari

Mula hari anda dengan pilihan hidangan yang mengenyangkan:


Biiig Breakfast – Padan dengan namanya Biiig, hidangan ini cukup besar! Sosej, telur hancur, hashbrown, cendawan, tomato panggang, kacang panggang, dan roti sourdough. Memang puas untuk seorang, jika selera anda besar. Juga sesuai untuk dikongsi bersama orang tersayang! 


Croque Madame – Roti panggang Perancis klasik berisi kepingan ayam dan keju, di atasnya pula dilengkapi dengan sebiji telur mata, serta hidangan sampingan salad segar.

 
Maca-shuka (Shakshuka Our Way) – Nikmati kelainan shakshuka yang unik dengan tambahan makaroni bakar, keju, dan telur mata separuh masak yang memberikan rasa creamy dan kaya. Gaulkan semuanya sebelum dimakan! 

Hidangan Utama (Mulai jam 11 pagi)

Untuk hidangan makan tengah hari atau malam, fennel & co menawarkan pelbagai pilihan istimewa:



Sausage, Sticky Onion Gravy & Garlic Mash  – Nikmati hidangan klasik Barat dengan sentuhan timur dengan sosej berperisa, dihidangkan bersama kuah bawang pekat yang melekit dan kentang lenyek beraroma bawang putih. Menariknya, ia disajikan dengan kacang edamame dan bukannya hidangan sampingan tradisional, kacang pis. Comfort food yang akan buat anda tersenyum!


Tomyam Prawns Spaghetti – Gabungan unik cita rasa Thai dan Itali, menampilkan spaghetti yang dipadankan dengan kuah tomyam yang creamy dan pedas, dihidangkan bersama udang segar yang penuh rasa umami!


Buttermilk, Oat-crumbed, Crispy, Fried Chicken – Ayam goreng rangup yang diperap semalaman dengan buttermilk, kemudian digoreng sempurna dengan salutan oat. Ia dihidangkan bersama tiga jenis sos buatan sendiri: habanero, chili lime, dan gochujang.


Nasi Serai dengan Kari Kambing – Nasi beraroma serai yang harum, dimasak dengan sempurna bersama rempah terpilih. Warna hijau dalam butiran nasi adalah dari daun pandan, manakala warna merah adalah dari beetroot. Kari daging kambing Australia adalah lembut dan kaya dengan rempah ratus yang membangkitkan selera.


Nasi Serai dengan Asam Pedas Ikan Siakap – Ikan siakap atau barramundi yang digoreng rangup, kemudian disalut dengan kuah asam pedas yang pekat dan menyelerakan.

Pencuci Mulut

Lengkapkan hidangan anda dengan pilihan pencuci mulut pasti memikat selera:


Chocolate Hazelnut Tart – Tart coklat premium yang kaya dengan kacang hazelnut, memberikan rasa creamy dan mewah.

Raspberry Lychee Tart – Gabungan rasa masam manis yang menyegarkan daripada raspberi dan laici, sesuai untuk penggemar pencuci mulut berasaskan buah.

Burnt Cheesecake – Kek keju yang creamy dengan lapisan atas yang sedikit hangus, menawarkan rasa yang lebih mendalam dan unik.

Minuman pilihan: 

Sour Boi & Co - manis, masam dan menyegarkan! 


fennel & co. terkenal dengan hidangan istimewanya yang menggandingkan teknik memasak Barat klasik yang diberi sentuhan tempatan yang unik. Setiap ciptaan adalah bukti kepada perpaduan rasa yang harmoni dengan aroma rempah ratus tempatan.

Lebih daripada hidangan yang lazat, fennel & co. adalah tempat berkumpul yang santai di mana tetamu dari pelbagai latar belakang menikmati hidangan sambil berbicara dengan keluarga atau rakan-rakan. Kemesraan layanan warga kerja fennel & co. turut menjadikan pengalaman menjamu selera di cafe in suatu yang sukar untuk dilupakan.


Fennel & Co 

Waktu operasi: 
Isnin - Ahad @ 8 pagi - 10 malam

Alamat: i2, The Stories of Taman Tunku, Jalan Langgak Tunku, Taman Tunku, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Comments

Popular posts from this blog

INOVASI TERBARU SHOKUBUTSU UNTUK PERLINDUNGAN ANDA!

9 TIP MEMBERSIHKAN RUMAH ANDA SEMASA PKP