HONG KONG SUMMER VIVA: 5 ACARA WAJIB DINIKMATI MUSIM PANAS INI
Musim panas di Hong Kong tahun ini lebih meriah dengan Hong Kong Summer Viva, sebuah festival penuh aksi yang menawarkan pengalaman luar biasa kepada pengunjung. Dari taman tema ke arena bola sepak antarabangsa, keindahan alam hingga pesta budaya pop, berikut adalah lima acara paling menarik yang patut diberi perhatian.
Keajaiban di Hong Kong Disneyland Resort
Sambutan ulang tahun ke-20 Disneyland hadir dengan “The Most Magical Party of All,” menawarkan persembahan baharu, perarakan terbesar dalam sejarah taman tema, serta pelbagai hidangan eksklusif yang hanya boleh didapati sepanjang festival.
Keseronokan Air di Ocean Park
Ocean Park Summer Splash 2025 menjanjikan hari penuh keriangan, termasuk aktiviti air interaktif, sambutan ulang tahun panda kembar Jia Jia dan De De, serta tiket eksklusif "Twin Park Package" yang membolehkan akses ke Ocean Park dan Water World untuk keseronokan berganda.
Festival Bola Sepak Antarabangsa
Bagi peminat sukan, Hong Kong Football Festival 2025 mengumpulkan kelab bola sepak ternama seperti Liverpool FC, AC Milan, Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium Kai Tak. Selain perlawanan hebat, sesi latihan terbuka eksklusif memberi peluang kepada penyokong untuk melihat aksi bintang bola sepak dunia secara lebih dekat.
Pengembaraan Alam Semula Jadi
Bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam, Lawatan Bot Kawasan Batu Vulkanik Sai Kung membawa pelancong mengelilingi kawasan geologi yang diiktiraf UNESCO, termasuk pemandangan dramatik seperti Gua Belalai Gajah dan Pulau Basalt, menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Festival Budaya Pop
Peminat anime, manga, cosplay dan permainan video pasti tidak mahu melepaskan Ani-Com & Games Hong Kong (ACGHK) 2025, festival budaya pop terbesar di Hong Kong. Dengan Laluan Pantas Pelancong yang membolehkan pelawat antarabangsa menikmati pengalaman yang lebih mudah dan eksklusif, acara ini menjanjikan kemeriahan sepanjang musim panas.
Tidak kira sama ada anda penggemar hiburan, sukan, atau alam semula jadi, Hong Kong Summer Viva menawarkan sesuatu untuk semua. Banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang menanti anda di Hong Kong!
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.discoverhongkong.com/eng/what-s-new/events/summer-viva.html
Comments
Post a Comment