IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI


iQOO secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharu mereka untuk pasaran Malaysia, iQOO Neo 10. iQOO Neo 10 menampilkan konfigurasi dwi-cip berkuasa tinggi yang menetapkan penanda aras baharu dalam kelasnya. Dikuasakan oleh platform Snapdragon bertaraf mercu dan Cip Superkomputer Q1 termaju, digabungkan dengan bateri berkapasiti tinggi dan teknologi Pengecasan Pantas, serta paparan kadar segar semula yang tinggi dan mesra mata, iQOO Neo 10 memberikan pengalaman menyeluruh bertaraf mercu bagi pengguna yang inginkan segala-galanya.


Prestasi Hebat dengan Gabungan Dua Cip Bertaraf Mercu

Dikuasakan oleh pemproses seni bina semua-teras besar pertama Qualcomm, iQOO Neo 10 memaksimumkan prestasi luar biasa. Platform Mudah Alih Snapdragon® 8s Gen 4 terbaru menampilkan CPU bertaraf mercu dengan peningkatan prestasi sebanyak 49% dan penjimatan tenaga sebanyak 39% berbanding generasi sebelumnya, dengan skor penanda aras AnTuTu sebanyak 2,426,162.(1) iQOO Neo 10 menawarkan prestasi lebih kuat, penggunaan tenaga lebih rendah, tindak balas lebih pantas, dan kestabilan lebih tinggi. Sama ada untuk penggunaan multi-tugas atau permainan berat, prestasi kekal lancar dan konsisten. Ia menyokong sehingga 16 GB RAM LPDDR5X Ultra dengan RAM Tambahan diaktifkan, mampu menyimpan sehingga 52 aplikasi aktif di latar belakang.

iQOO Neo 10 juga menampilkan Cip Superkomputer Q1 bertaraf mercu, menawarkan pengalaman permainan imersif dan berkualiti tinggi. Melalui kerjasama mendalam antara cip dan algoritma, ia menyokong resolusi permainan hebat serta Ultra-Low-Latency Frame Interpolation hingga 144 FPS. Ia juga serasi dengan platform video utama seperti YouTube dan Netflix, dengan visual ultra-jelas yang melebihi resolusi asal. Fungsi permainan khusus turut dipertingkat, termasuk penjadualan utama, paparan visual, dan interaksi deria penuh.

Untuk penggunaan intensif, iQOO Neo 10 dilengkapi ruang wap penyejuk terbesar iQOO setakat ini—dengan sistem penyejukan VC seluas 7000 mm²(2) bertaraf mercu, menutupi sumber haba utama. Sistem penyejukan 7K Ultra VC ini memastikan prestasi stabil walaupun ketika permainan berpanjangan atau beban tinggi. Bahagian panas lain seperti kamera hadapan turut dilindungi dengan Pyrolytic Graphite Sheet bagi memastikan kestabilan ketika penstriman langsung atau sesi rakaman video yang lama.

Sistem Bateri Terbaik Dalam Industri Untuk Ketahanan Ultra Lama

iQOO Neo 10 menandakan revolusi dalam kapasiti bateri dengan bateri setara 7000 mAh. Dikuasakan oleh Sistem Bateri Silikon BlueVolt Generasi Ketiga, menjanjikan prestasi tinggi walaupun dalam suhu serendah -20℃. Dengan teknologi inovatif, iQOO Neo 10 menawarkan kepadatan tenaga tinggi dan pengecasan pantas luar biasa. Pengecasan Pantas 120W membolehkan bateri dicas penuh dari 0% ke 100% dalam hanya 36 minit. Dilengkapi fungsi Mengecas Pintasan bertaraf mercu, ia mengecas terus dari pengecas untuk mengurangkan haba, meningkatkan keselamatan dan memanjangkan jangka hayat bateri.

Paparan Bertaraf Mercu Generasi Seterusnya dengan Eyecare dan Reka Bentuk Mewah

iQOO Neo 10 meningkatkan teknologi paparan dalam industri. Paparan AMOLED 1.5K 144 Hz Eyecare menawarkan pengalaman visual imersif dengan keselesaan mata. Disahkan oleh SGS Five-Star Sunlight Readable Display, iQOO Neo 10 menawarkan kecerahan maksimum hingga 2000 nits, menjamin keterlihatan yang sangat jelas walaupun dalam cahaya terang di luar rumah. Untuk perlindungan mata, ia menyokong 4320 Hz PWM Dimming dan DC-Like Dimming sepenuhnya bagi mengurangkan kerlipan skrin dan keletihan visual. Sama ada menonton siri TV, skrol video pendek atau bermain berjam-jam, pengalaman visual kekal selesa dan mengasyikkan.

Dari segi reka bentuk, iQOO Neo 10 mengetengahkan falsafah reka bentuk bersih, premium, muda dan melebihi jangkaan. Dengan bahasa reka bentuk futuristik yang menjadi identiti iQOO, ia membangkitkan aura penerokaan sci-fi yang unik. Pilihan warna termasuk emas sofistikated dan hitam astral, dengan badan ringan setebal 8.09 mm dan berat hanya 206g, menjadikannya selesa digunakan dalam tempoh panjang.

Prestasi Pengimejan Kejuruteraan Bertaraf Mercu

Dilengkapi dengan kamera utama bertaraf mercu dan algoritma tercanggih, iQOO Neo 10 menetapkan piawaian baharu dalam fotografi mudah alih. iQOO Neo 10 dilengkapi kamera utama 50 MP Sony IMX 882 dengan OIS, menyokong autofokus piksel penuh untuk tangkapan pantas dan tepat dalam pelbagai senario. Dengan algoritma NICE bertaraf mercu, gambar dioptimumkan dari segi kedalaman dan warna, menghasilkan foto semula jadi, hidup dan terperinci—baik untuk pemandangan malam bandar mahupun potret profesional.

Direka Untuk Ketahanan Tinggi dan Kecekapan Pintar

Dibina untuk tahan lama, iQOO Neo 10 menawarkan ketahanan dan kebolehpercayaan tanpa kompromi. Dengan Struktur Kusyen Komprehensif Tahan Lasak, Kaca Pelindung dan Filem Anti-Jatuh berfungsi bersama-sama untuk meningkatkan daya tahan terhadap hentakan—disahkan oleh Pensijilan Gred Ketenteraan. Ia juga mempunyai penarafan IP65 tahan debu dan percikan air, iQOO Neo 10 bersedia menghadapi cabaran harian dengan mudah, serta menyesuaikan diri dengan persekitaran yang dinamik. Dikuasakan oleh Funtouch OS 15, sistem ini memberikan Pengalaman Lancar Selama 60 Bulan dengan keupayaan anti-penuaan yang inovatif.

Ciri AI lanjutan pula meningkatkan kecekapan ke tahap seterusnya, membolehkan pengguna mengurus keperluan kerja dan kehidupan dengan lancar. Daripada penyuntingan imej pintar sehinggalah ke alat produktiviti dan interaksi sistem, iQOO Neo 10 menyampaikan integrasi AI pelbagai senario secara mendalam—menawarkan pengalaman pengguna yang lebih bijak, lancar dan cekap dalam setiap aspek.

Pertandingan Esports Kampus & TikTok Challenge Branded Mission

iQOO Malaysia secara rasmi melancarkan Pertandingan Esports Kampus sempena acara pelancaran iQOO Neo 10, membawa permainan kompetitif ke universiti dan kolej di seluruh negara. Platform imersif ini menggabungkan teknologi canggih dengan semangat esports, memupuk strategi permainan dan kerjasama pasukan.

Seiring dengan pelancaran ini, iQOO Malaysia turut memperkenalkan TikTok Branded Mission Challenge—#PowerToWinChallengeMY—yang menggabungkan esports dan interaksi sosial dalam satu cabaran menarik. Cabaran ini memperkasakan kreativiti, ekspresi tarian, dan semangat permainan melalui inovasi teknologi, membuka peluang tanpa batas serta menyerlahkan kuasa sebenar untuk menang!

Ketersediaan

iQOO Neo 10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia, bermula pada harga RM1999 menerusi Shopee, Lazada, E-Stor vivo Malaysia dan TikTok Shop. Jualan Pertama Neo 10 akan berlangsung dari 5 Jun 2025, jam 4:00 petang hingga 9 Julai 2025, memberikan peminat di Malaysia akses awal kepada peranti Neo paling berkuasa daripada iQOO setakat ini.

Bersempena Shopee 6.6 Lagi Murah Sale bermula daripada 5 Jun 2025, 8:00 PM – 14 Jun 2025, 7:59 PM), pelanggan Malaysian boleh nikmati tawaran eksklusif melalui iQOO dan kedai rasmi vivo, termasuk kolaborasi istimewa iQOO dan Ugreen.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama iQOO x Ugreen, pelanggan yang membeli iQOO Neo 10 5G 12+256GB edisi eksklusif dalam talian akan menerima lanjutan jaminan selama 1 tahun, perlindungan skrin retak selama 180 hari, serta produk percuma daripada Ugreen — termasuk Smart Finder, Sarung Telinga, atau Kabel Type-C ke C (bernilai sehingga RM1,504).

Bagi mereka yang memilih iQOO Neo 10 5G 16+512GB, pakej yang ditawarkan lebih hebat: ia mengandungi sepasang iQOO Buds 1i secara percuma, set produk Ugreen, lanjutan jaminan, serta perlindungan skrin — dengan jumlah nilai hadiah mencecah RM1,633.

Hadiah percuma adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat, dia dapat, sementara stok masih ada. Tertakluk pada terma dan syarat.

Pembeli juga boleh menikmati tawaran tambahan, termasuk:

● iQOO Buds 1i pada harga RM59 (harga asal RM129)
● iQOO Finger Sleeves pada harga RM9 (harga asal RM29)
● Pengecas Pantas 120W pada harga RM120 (harga asal RM169)

Terokai lebih lanjut di kedai rasmi Shopee:


Untuk perkembangan terkini, ikuti iQOO Malaysia di Facebook dan Instagram untuk info terkini dan kandungan eksklusif.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

WATSONS PERKENAL RANGKAIAN SERUM TARGET PRO BY WATSONS YANG DIPERBAHARUI

NIKMATI SAJIAN BAKERI SEGAR: TOUS LES JOURS KINI DI SUNWAY PYRAMID DAN SUNWAY VELOCITY