LEGO DAN IKEA MALAYSIA: GABUNGAN KREATIVITI DALAM DEKORASI KEDIAMAN
LEGO bukan sekadar permainan – ia kini menjadi elemen dekorasi rumah yang penuh gaya dan inspirasi. Tahun ini, The LEGO Group berganding bahu dengan IKEA Malaysia untuk memperkenalkan konsep LEGO Home, sebuah pendekatan unik dalam menghias kediaman dengan sentuhan kreatif LEGO.
Menghidupkan Personaliti Kediaman dengan LEGO
Dengan koleksi set LEGO yang eksklusif, peminat dapat menggabungkan elemen kreatif ke dalam dekorasi rumah mereka. Tidak kira sama ada anda pencinta alam, pengumpul pop culture, atau peminat seni, terdapat set LEGO yang direka khas untuk mencerminkan gaya hidup anda.
"Di The LEGO Group, kami percaya bahawa kreativiti adalah cara terbaik untuk mengekspresikan diri. Kami teruja untuk menunjukkan bagaimana set LEGO bukan sahaja berfungsi sebagai permainan tetapi juga sebagai elemen reka bentuk yang memperkayakan ruang kediaman," kata Ágnes Molnár, Pengarah Pemasaran LEGO untuk Singapura, Malaysia, dan APAC Travel Retail.
Terokai LEGO Home di The Exchange TRX
Buat pertama kalinya di Malaysia, The LEGO Group mempersembahkan LEGO Home - A Playful Twist to Your Home, satu pengalaman unik yang berlangsung di Central Exchange, Ground Floor, The Exchange TRX dari 29 Mei hingga 8 Jun.
Dalam kerjasama tiga hala ini, ruang kediaman yang dipamerkan dihiasi dengan LEGO, sementara perabot dan susunan bilik dikendalikan oleh IKEA Malaysia.
Pelawat berpeluang melihat bagaimana seni, botani, seni bina, dan ikon LEGO boleh dihias dalam pelbagai ruang seperti foyer, ruang tamu, dapur, bilik kanak-kanak, bilik pra-sekolah, dan bilik gaming.
Selain itu, pelawat boleh menyertai pelbagai aktiviti interaktif, termasuk Make & Take, permainan LEGO, aktiviti bina bebas, serta pelbagai hadiah menarik.
Jangan lepaskan peluang untuk berfoto di lokasi menarik, mencetak kenangan eksklusif, serta bertemu maskot Bluey, Bingo, dan LEGO Space Benny yang akan membuat kemunculan khas pada hari-hari tertentu.
Ganjaran Eksklusif LEGO untuk Pengunjung
Untuk pengalaman lebih menarik, pengunjung boleh mendapatkan ganjaran eksklusif seperti:
LEGO Sticker Pack – Ambil gambar di LEGO Home, muat naik di media sosial dengan #MYLEGOHOME dan #LEGOMY.
Baucar RM10 – Muat naik foto dari Girl’s Room, kumpulkan bingkai gambar tersuai di booth cetakan.
Setem LEGO Home Décor – Bawa LEGO Passport anda ke acara dan tebus hadiah eksklusif di LEGO Selling Area.
LEGO Bertemu Gaya Hidup Seharian di IKEA Malaysia
Bagi mereka yang ingin menerapkan elemen LEGO dalam kediaman secara lebih terperinci, IKEA Malaysia akan mempamerkan dekorasi LEGO Home di IKEA Damansara (10-22 Jun), IKEA Batu Kawan (30 Jun - 14 Julai), dan IKEA Tebrau (21 Julai - 24 Ogos).
"Di IKEA, kami percaya bahawa rumah adalah ruang paling penting di dunia. Gabungan elemen perabot dengan kreativiti tanpa batasan LEGO membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk mengekspresikan personaliti mereka," kata Malcolm Pruys, Pengarah Runcit IKEA Malaysia.
Tunjukkan Kreativiti Anda dan Menangi Hadiah Eksklusif LEGO
Peminat LEGO juga berpeluang untuk memenangi hadiah premium:
- Kongsikan inspirasi dekorasi rumah anda dengan set LEGO di media sosial menggunakan #MYLEGOHOME dan #LEGOMY, kemudian tunjukkan kepada pasukan acara di The Exchange TRX untuk menerima LEGO polybag percuma.
- Muat naik foto atau video dekorasi LEGO dengan kapsyen kreatif (tidak lebih 100 perkataan), termasuk hashtag #MYLEGOHOME dan #LEGOMY. Lima pemenang bertuah akan membawa pulang set eksklusif 21037 LEGO House dari Denmark serta mug seramik LEGO merah.
Hiasi Kediaman Anda dengan Sentuhan LEGO
Berikan ruang kediaman anda elemen yang lebih unik, kreatif, dan penuh keceriaan dengan LEGO Home. Untuk maklumat lanjut, layari LEGO Malaysia dan ikuti kemaskini melalui media sosial rasmi mereka.
Comments
Post a Comment