SKECHERS PERKENAL RANGKAIAN KASUT LARI AERO SERIES UNTUK PELARI YANG INGINKAN KELAJUAN DAN KESELESAAN MAKSIMUM


Skechers memperkenalkan Skechers AERO Series, koleksi kasut berprestasi tinggi yang direka untuk kelajuan, kestabilan, dan keselesaan sepanjang hari. Sama ada anda bersiap sedia untuk maraton atau ingin mencapai rekod peribadi baharu, rangkaian AERO menjanjikan langkah yang lebih bertenaga.

Skechers AERO Series hadir dengan tiga model utama:
  • SKX® AERO Spark
  • SKX® AERO Burst
  • SKX® AERO Tempo
Tersedia dalam pilihan warna yang menarik perhatian untuk lelaki dan wanita, setiap model menampilkan reka bentuk ringan, teknologi pecutan berkarbon, serta sokongan Arch Fit® yang diperakui oleh pakar podiatri. Koleksi ini turut dilengkapi dengan inovasi utama seperti teknologi Skechers Hyper Arc™, yang menyesuaikan langkah anda bagi larian yang lebih cekap, serta teknologi kusyen HYPER BURST ICE™ dan HYPER BURST® untuk keselesaan responsif.

Melengkapkan rekaannya, Goodyear® Performance outsoles memberikan cengkaman kukuh di atas permukaan jalan, trek, atau laluan berbukit, menjadikan siri AERO pilihan ideal untuk larian jarak jauh dengan keselesaan maksimum.

SKX® AERO Spark | RM659.00


SKX® AERO Spark – Kasut latihan ideal untuk larian harian dan latihan kelajuan, dilengkapi dengan HYPER BURST ICE™ midsole yang responsif, carbon-infused winglet plate untuk pecutan, serta sistem HYPER ARC™ rocker bagi peralihan langkah yang lebih lancar.

SKX® AERO Burst | RM759.00


Direka khas untuk ketahanan, kasut ini menggabungkan HYPER BURST ICE™ cushioning dan Arch Fit® support untuk keselesaan dalam larian jarak jauh, dengan bahagian atas engineered mesh yang ringan dan memastikan pengudaraan optimum.

SKX® AERO Tempo | RM799.00


Pilihan utama untuk perlumbaan, dengan mono-mesh upper yang ringan dan HYPER BURST® cushioning yang memberikan kelembutan stabil tanpa menambah berat. Dilengkapi dengan full-length carbon-infused winglet plate untuk pecutan lebih berkuasa.


Ketersediaan AERO Series

SKX® AERO Spark, SKX® AERO Burst, dan SKX® AERO Tempo kini tersedia di butik konsep Skechers terpilih di Malaysia, termasuk The Exchange TRX, 1 Utama Shopping Centre, Suria KLCC, Pavilion KL, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, dan Sunway Pyramid, serta dalam talian di skechers.com.my.

Sertai Sesi AERO On The Move!

Bersempena pelancaran ini, Skechers turut menganjurkan Skechers AERO On The Move, siri larian selama tiga minggu yang direka khas untuk komuniti pelari Malaysia. Acara ini memberi peluang kepada pelari untuk mencuba AERO Series, berhubung dengan komuniti larian, serta merasai inovasi terkini dalam dunia larian.

Pendaftaran dibuka sekarang di laman Skechers Malaysia Running Club Facebook, dengan yuran penyertaan RM10 seorang, per sesi. Jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba Skechers AERO Series!

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL