STYLE, SHINE, SASSY: IOI CITY MALL BERGANDING BAHU DENGAN WATSONS MALAYSIA UNTUK LANCAR KEMPEN FESYEN PALING BERGAYA JUN INI!
Bulan Jun ini, IOI City Mall menjemput semua untuk tampil dengan gaya paling berani, ceria, dan berkilauan menerusi kempen Style, Shine, Sassy! Bermula dari 11 hingga 29 Jun 2025, acara ini menampilkan fesyen, kreativiti, dan keseronokan bersama keluarga dalam pelbagai aktiviti menarik.
Dari pentas peragaan fesyen yang bergaya hingga bengkel kreatif yang interaktif serta promosi penebusan eksklusif, para pengunjung boleh menantikan sebuah pesta meriah yang meraikan keyakinan diri, ekspresi peribadi, dan kemeriahan penuh warna-warni.
Kecantikan Bertemu Fesyen di Pentas Peragaan
Dari 18 hingga 21 Jun, dunia fesyen mengambil alih tumpuan dengan pertunjukan peragaan harian yang menampilkan koleksi terkini daripada jenama-jenama terkenal seperti Bayu Somerset, Clarks, Colegacy, East India Company, Kashkha, Lacoste, Mis Claire, Sui Sui dan banyak lagi. Peragaan pengantin IOI Weddings yang menakjubkan serta pertunjukan fesyen kanak-kanak yang comel–menampilkan jenama seperti Babyshop, Bayu Somerset, Max Fashion, Mothercare, PONEY dan Rookie–melengkapkan barisan bergaya, dengan model-model cilik dibimbing oleh ALIST Academy Malaysia.
Menyerikan lagi setiap detik di pentas adalah Watsons, rakan kecantikan rasmi acara ini, yang mengubah ruang belakang pentas menjadi syurga glamor. Daripada solekan sempurna, kulit berseri hingga gaya rambut yang memukau, Watsons bersama rangkaian jenama kecantikan dan penjagaan diri menghidupkan setiap penampilan fesyen. Nantikan sentuhan seni daripada APT Hair Salon, BAD LAB, BZU BZU Little Lady, Dazzle Me, Maybelline, Skintific, Swisse, Wardah, Y.O.U dan banyak lagi di sebalik setiap langkah penuh gaya.
Menyokong kilauan kecantikan adalah rangkaian jenama dipercayai Watsons, termasuk C. Code, Ever Collagen, Hair System by Watsons, Judydoll, Kate, Kiss Me, Klorane, Lucidol-L, NH Detoxlim, Schwarzkopf, Silkygirl, Wet n Wild dan Yukazan Supplement. Di sinilah kecantikan bertemu dengan fesyen, hanya di Watsons.
Peluang Untuk Menjadi Malaysia’s Next Top Model
Buat si cilik dan remaja yang ingin menyerlahkan bakat peragaan, Malaysia’s Next Top Model – Edisi Kanak-Kanak & Remaja anjuran ALIST Academy Malaysia bakal berlangsung pada 22 Jun. Para peserta berpeluang membawa pulang sijil, trofi, dan yang paling berharga, suntikan keyakinan diri yang kekal lama selepas melangkah di pentas.
Terbuka kepada kanak-kanak dan remaja berumur antara 4 hingga 18 tahun, pertandingan ini menampilkan tiga tema menarik yang direka untuk mencetuskan kreativiti, meraikan identiti, dan membina keyakinan di pentas fesyen.
Saya Anak Malaysia mengajak para peserta untuk menonjolkan semangat patriotisme melalui rekaan kreatif yang mencerminkan budaya, perpaduan dan warisan negara. Toy World menyemarakkan imaginasi peserta untuk menggabungkan elemen mainan dalam peragaan fesyen mereka, sama ada sebagai aksesori atau sebahagian daripada busana, sekaligus menyerlahkan daya cipta dan elemen keseronokan. PK Supermodel Battle pula mengangkat gaya sukan ke tahap baharu apabila peserta memperagakan busana aktif bersama prop edisi terhad, menonjolkan tenaga, keyakinan diri, dan karisma mereka di atas pentas.
Juara setiap kategori bukan sahaja bakal meraih gelaran terbaik, tetapi juga akan mendapat tajaan untuk mewakili Malaysia di China pada Oktober 2025, satu peluang luar biasa untuk menceburkan diri dalam dunia fesyen antarabangsa! Pendaftaran untuk Malaysia’s Next Top Model – Kids & Teens Edition bakal ditutup pada 15 Jun 2025.
Ciptaan Kreatif Buatan Tangan
Sementara itu, si cilik boleh menikmati pelbagai bengkel kreatif yang disediakan khas untuk kanak-kanak. Bakal berlangsung pada hujung minggu, jam 2 hingga 4 petang, sesi yang menyeronokkan ini adalah cara terbaik untuk mencetuskan imaginasi, mencuba kraf baharu, dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Program hujung minggu:
● 21 Jun: DIY Aksesori Telefon
● 22 Jun: Hiasan Topi
● 28 Jun: DIY Beg Tampal
● 29 Jun: DIY Sabun Mandian Bom
Gaya Bertemu Kelestarian: Beli & Tebus Hadiah Eksklusif
Bergaya sambil membeli-belah dengan prihatin di IOI City Mall. Sama ada anda membeli keperluan harian atau memanjakan diri dengan sesuatu yang baharu, nikmati ganjaran yang menjadikan setiap pembelian lebih bermakna dan menyeronokkan.
● Belanja RM100 dalam satu resit untuk memenangi baucar produk fesyen dan kecantikan melalui Wheel of Beauty
● Belanja RM250 (RM200*) dalam satu resit untuk menebus sebuah beg kitar semula
● Belanja RM500 (RM450*) dalam satu resit untuk menebus satu sesi solekan dan gaya rambut percuma, tajaan Watsons dan APT Hair Salon
*Promosi istimewa untuk pembelian menggunakan kad Visa Hong Leong Bank (HLB).
Sama ada anda penggemar fesyen, ibu bapa penyayang, atau sekadar mencari aktiviti menyeronokkan, kempen Style, Shine, Sassy di IOI City Mall menjanjikan sesuatu untuk semua! Jadi, sarungkan busana paling menarik perhatian, serikan wajah dengan solekan, dan berjalan dengan penuh gaya ke IOI City Mall bulan Jun ini untuk meraikan fesyen, kreativiti, dan komuniti dalam satu pengalaman fesyen yang penuh pesona dan sukar untuk dilupakan.
Maklumat lanjut tentang aktiviti di IOI City Mall boleh didapati di https://www.ioicitymall.com.my/.
Comments
Post a Comment