TIKET KONSERT GERGASI MR.DIY HABIS DITEBUS DALAM 1 HARI! 2,540 TIKET TAMBAHAN UNTUK DITEBUS PADA 14 & 15 JUN!
Bersempena ulang tahun ke-20, MR.DIY bakal menganjurkan satu konsert mega bertaraf bintang pada Jumaat, 11 Julai 2025 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Semua tiket telah habis ditebus dalam tempoh hanya dalam 1 hari sahaja pada 31 Mei yang lalu, mencetuskan kegilaan di media sosial. Ribuan peminat meluahkan kekecewaan mereka dan menyeru penganjur untuk menambah jumlah tiket.
Sebagai respons terhadap permintaan luar biasa ini, MR.DIY kini memberi peluang kedua kepada para peminat! pihak penganjur secara rasmi mengumumkan penambahan 2,540 tiket eksklusif sebagai tanda penghargaan kepada sokongan hebat orang ramai. Pusingan kedua penebusan tiket akan bermula pada 14 dan 15 Jun. Ini merupakan peluang terakhir untuk merebut tiket anda. Tiket adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat, semuanya bergantung pada kepantasan anda bertindak!
Cara Menebus Tiket — Mudah Sahaja!
Bermula 14-15 Jun, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM40 di mana-mana cawangan MR.DIY seluruh negara untuk berpeluang menebus dua (2) tiket konsert percuma. Anda hanya perlu mengimbas kod QR pada poster rasmi di dalam kedai atau lawati laman web untuk mengakses borang penebusan. Jumlah tiket amat terhad — siapa lambat memang terlepas!
Satu Pentas. Satu Malam. Satu Peluang.
Konsert eksklusif ini menampilkan barisan artis terkenal tanah air dengan persembahan bertenaga di pentas ikonik Stadium Merdeka. Tiada siaran ulangan, tiada konsert kedua — ini satu-satunya peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada malam yang penuh muzik, cahaya dan perayaan yang tak akan dilupakan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari mrdiy.com/concert2025 dan ikuti MR.DIY di Facebook dan Instagram untuk sebarang pengumuman terkini.
Comments
Post a Comment