WATSONS MALAYSIA MEMPERKENALKAN “45+ CLUB” YANG SERBA BAHARU


Watsons Malaysia terus memperkukuh komitmennya dalam memperjuangkan kesejahteraan menyeluruh dengan pelancaran rasmi Watsons 45+ Club – sebuah program istimewa yang menawarkan pelbagai faedah eksklusif dalam kesihatan, kecantikan dan gaya hidup untuk individu berumur 45 tahun dan ke atas. Inisiatif ini menyokong agenda negara dalam mempromosikan penuaan aktif serta meningkatkan kualiti hidup golongan dewasa matang ketika Malaysia memasuki fasa populasi menua.

Malaysia kini secara rasmi telah menjadi sebuah negara menua, dengan peratusan warganegara berumur 60 tahun ke atas dijangka mencecah 15.3% menjelang tahun 2030. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), peratusan rakyat berumur 65 tahun ke atas dijangka meningkat dengan ketara daripada 8.1% pada tahun 2024 kepada 14.5% menjelang tahun 2040. Sebagai tindak balas terhadap perubahan ini, Watsons menyedari betapa pentingnya penjagaan kesihatan secara pencegahan, akses kepada sumber kesejahteraan, serta pendekatan proaktif dalam menghadapi proses penuaan.

“Memasuki usia 45 tahun dan ke atas bukanlah tanda untuk memperlahankan rentak hidup – sebaliknya, ia adalah permulaan kepada satu fasa kehidupan yang lebih berkuasa. Pada tahap ini, kesihatan dan penjagaan diri menjadi semakin penting. Watsons berbangga untuk menjadi rakan sokongan menerusi Kelab Ahli 45+. Kekal aktif, menjalin hubungan sosial, dan menjaga kesihatan emosi adalah kunci kepada kehidupan yang memuaskan. Ini adalah cara kami menyampaikan mesej – ‘Anda layak untuk kekal cergas, anggun & hebat setiap hari’,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan COO Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson Group.


“Watsons 45+ Club” menawarkan pelbagai keistimewaan yang direka khas untuk menyokong perjalanan kesejahteraan ahli-ahlinya. Ahli Watsons yang mencapai usia 45 tahun akan dinaik taraf secara automatik kepada “Watsons 45+ Club” pada bulan hari lahir mereka.

“Sebagai ahli, anda akan menerima pek alu-aluan yang menarik termasuk baucar diskaun bernilai RM130. Ahli juga akan menikmati diskaun 5% untuk pelbagai vitamin dan suplemen, serta dua pemeriksaan kesihatan percuma setiap tahun untuk memantau tahap kesihatan mereka,” kata Danny Hoh, COO Watsons Malaysia.

Selain itu, kelab ini juga menawarkan promosi kesihatan bulanan melalui Watsons Community di WhatsApp, program e-stem khas untuk menebus hadiah eksklusif, serta akses kepada tawaran istimewa rakan kongsi yang disesuaikan mengikut keperluan komuniti 45+. Ahli turut akan dijemput menyertai bengkel dan acara kesejahteraan eksklusif.

Bagi meraikan pelancaran ini, Watsons Malaysia telah menganjurkan sesi sukan Pickleball, sebagai satu cara yang menyeronokkan untuk ahli kekal aktif dan berhubung. Para tetamu turut menerima tip kesihatan berharga mengenai panduan tentang bagaimana untuk menavigasi perubahan kehidupan dengan yakin. Para ahli juga menikmati pemeriksaan kesihatan percuma termasuk tahap kolesterol dan glukosa.

Inisiatif ini sejajar dengan misi jangka panjang Watsons Malaysia untuk menjadi destinasi kesihatan dan kecantikan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia. Daripada penjagaan kulit dan pemakanan, kepada kesejahteraan mental dan aktiviti fizikal, Kelab Ahli 45+ Watsons menyediakan platform menyeluruh yang menggalakkan ahli untuk hidup sihat dan menua dengan bertenaga.


Watsons menjemput semua rakyat Malaysia berumur 45 tahun dan ke atas untuk menyertai kelab ini dan memulakan perjalanan ke arah kehidupan yang lebih sihat dan yakin.

Untuk mendaftar atau mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi mana-mana cawangan Watsons yang berhampiran atau layari www.watsons.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL