ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL

Zurich Takaful Malaysia Berhad (Zurich) dengan sukacitanya memperkenalkan Takaful ProAspire, pelan Takaful keluarga yang direka untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam membina masa depan kewangan yang kukuh untuk diri mereka dan orang tersayang. Produk ini bertujuan untuk memberikan simpanan maksimum berserta perlindungan, membolehkan pelanggan menikmati ketenangan minda dalam menghadapi ketidaktentuan hidup. Pelan ini membantu usaha masyarakat dalam mencapai aspirasi kewangan mereka, di samping mencapai detik bermakna di setiap peringkat kehidupan.


[From Left] Datuk Dr Hafsah binti Hashim, Independent Non-Executive Director of Zurich Takaful Malaysia Berhad; Nur Fatihah Mustafa, Chief Executive Officer of Zurich Takaful Malaysia Berhad; Mohd Amri Yusop, Chief Agency Officer of Zurich Takaful Malaysia Berhad; and Ahmad Shahril Ghazali, State Director at Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan dari Segi Permintaan 2024 oleh Bank Negara Malaysia, hanya 58% rakyat Malaysia aktif menyimpan untuk masa depan, penurunan daripada 67% pada tahun 2021. Kenaikan kos sara hidup dan pendapatan yang tidak stabil menyebabkan ramai orang lebih mengutamakan keperluan semasa berbanding menyimpan, di mana 61% tidak mampu menyimpan RM1,000 untuk kecemasan, manakala 31% pula bimbang tentang pengurusan perbelanjaan pada usia tua. Penemuan ini menunjukkan betapa pentingnya akses kepada penyelesaian keselamatan kewangan yang menggabungkan perlindungan dan simpanan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Zurich Takaful Malaysia Berhad, Nur Fatihah Mustafa menegaskan, “Setiap individu berhak diberi peluang untuk mengejar impian dan membina masa depan yang cerah. Takaful ProAspire ialah cara kami membantu rakyat Malaysia mengambil langkah bermakna ke arah mencapai matlamat mereka, sama ada merancang pendidikan anak, menyasarkan persaraan awal, menunaikan Umrah dan Haji, atau sekadar membuat simpanan untuk mencapai matlamat hidup mereka. Kami percaya bahawa dengan menawarkan keselamatan kewangan, mereka boleh menumpukan perhatian kepada perkara yang benar-benar bermakna dalam kehidupan.”

Takaful ProAspire menawarkan pelan yang boleh disesuaikan sepenuhnya dan diperibadikan mengikut keperluan unik setiap individu. Takaful ProAspire menyediakan pelbagai manfaat* seperti:
  • Pembayaran Tunai Fleksibel: Terima pembayaran tunai berterusan sehingga 3.5% setahun atau sehingga 12% setiap tiga tahun daripada Jumlah Perlindungan Asas sama ada ke dalam akaun bank sedia ada, institusi terpilih atau dilaburkan semula bersama Zurich untuk potensi pulangan.
  • Tingkatkan Simpanan dan Aksesibiliti: Tambah nilai pada bila-bila masa dan nikmati akses fleksibel kepada dana anda, sambil memastikan simpanan anda kekal selamat.
  • Ganjaran Kesetiaan Apabila Mencapai Tempoh Matang: Terima sejumlah bayaran apabila sijil mencapai tempoh matang, membolehkan anda mencapai matlamat masa depan dengan ketenangan minda.
  • Perlindungan Menyeluruh: Perlindungan Kematian, Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK), dan perlindungan berterusan menerusi Hilang Upaya Warga Emas (HUWE). Pelan ini turut menyediakan manfaat Kematian untuk Kematian Akibat Kemalangan, dengan pembayaran tambahan untuk kemalangan semasa menunaikan Haji atau Umrah.
Selain itu, pelan ini menawarkan tempoh perlindungan fleksibel selama 15, 21, atau 30 tahun, dengan pilihan untuk mencarum sama ada selama 5 tahun atau sepanjang tempoh perlindungan yang dipilih. Caruman yang dibuat layak untuk pelepasan cukai pendapatan bagi insurans pendidikan tertakluk pada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Mulai hari ini hingga 29 Julai 2025, pelanggan yang mendaftar untuk Takaful ProAspire akan menerima jongkong emas 999.9* selepas permohonan diluluskan.

Takaful ProAspire dilancarkan secara rasmi pada 11 Jun 2025 di Bayswater, KLCC. Acara ini dihoskan oleh personaliti terkenal, Daphne Iking dan dirasmikan melalui sesi perbincangan panel antara Nur Fatihah Mustafa; Mohd Amri Yusop, Ketua Pegawai Agensi, Zurich Takaful Malaysia Berhad; dan Ahmad Shahril Ghazali, Pengarah Negeri di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pelancaran Takaful ProAspire mencerminkan komitmen Zurich dalam usaha membantu rakyat Malaysia mencapai matlamat hidup mereka, di samping menawarkan keselamatan kewangan dan ketenangan minda di setiap langkah perjalanan mereka. Zurich berharap untuk memperkasakan pelanggan dengan keyakinan dan kestabilan dalam menangani cabaran hidup.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Takaful ProAspire, sila layari laman sesawang rasmi di https://www.zurich.com.my/takaful-products/savings/for-my-future/takaful-proaspire.

 

* Tertakluk kepada terma dan syarat


Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI