AGODA SENARAIKAN DESTINASI “COOL-DOWN” PALING DIMINATI WARGA MALAYSIA


Data terkini dari platform pelancongan digital Agoda menunjukkan Semporna, Kuala Terengganu, dan Pulau Tioman mencatatkan peningkatan carian sebagai destinasi percutian untuk mengatasi bahang musim panas berterusan di Malaysia.

Dengan suhu dan kelembapan tinggi yang dijangka berterusan hingga September, lebih ramai pelancong tempatan tertarik dengan kawasan pesisiran pantai sebagai destinasi percutian mereka. Menurut Agoda, jumlah carian untuk destinasi pantai pada Mei 2025, untuk tempahan antara Jun hingga Ogos, meningkat sebanyak 35% secara keseluruhan berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ramai yang memilih untuk meninggalkan bahang kota demi menikmati suasana berbayu laut yang segar dan nyaman di destinasi pantai. Ternyata, apabila cuaca panas melanda, warga Malaysia lebih cenderung untuk bercuti di tepi laut! Berikut adalah tiga destinasi yang menjadi tumpuan ramai musim panas ini:


Semporna: Dengan peningkatan carian sebanyak 38%, Semporna semakin menjadi tumpuan. Nikmati pemandangan laut yang indah, menginap di rumah yang dibina di atas air, dan bersiar-siar menaiki kapal layar. Namun, 'cool down' yang sebenar berlaku di bawah permukaan air. Anda boleh memilih pelbagai aktiviti termasuk snorkel di Mabul atau Kapalai, atau menyelam skuba di kawasan terumbu karang Sipadan yang menakjubkan, jauh dari bahang konkrit di kota.


Kuala Terengganu: Jumlah carian untuk 'permata' Pantai Timur ini meningkat 37% berbanding dengan tahun lalu apabila semakin ramai tertarik dengan destinasi pantai yang kaya dengan budaya untuk percutian mereka. Dengan warisan budaya yang kaya dan pesisiran pantai yang menenangkan, Kuala Terengganu adalah destinasi sempurna untuk merasai kedamaian. Nikmati pemandangan pantai yang memukau, saksikan persembahan seni yang mempesona di Pantai Batu Buruk, atau luangkan masa untuk bersantai di pasar tepi laut yang meriah. Pengunjung boleh menikmati air kelapa yang menyegarkan, meneroka perkampungan membuat bot tradisional, atau berteduh sambil berehat di kafe di tepi Laut China Selatan. Inilah destinasi idaman anda, dengan percikan ombak dan bayu lembut yang menyejukkan jiwa dari bahang cuaca.


Pulau Tioman: Minat terhadap destinasi pulau ini bertambah, dengan peningkatan carian sebanyak 27% berbanding tempoh sama tahun lalu. Terdapat banyak pusat peranginan yang terletak di dalam hutan yang redup menawarkan perlindungan daripada bahang matahari. Para pelancong boleh melakukan aktiviti merentas hutan hujan dan menyejukkan diri di dalam kolam air semula jadi seperti yang terdapat di Air Terjun Asah. Jauh dari hiruk-pikuk kota, Pulau Tioman menanti dengan percutian yang santai dan nyaman, menjadikannya pilihan tepat bagi pelancong yang mencari ketenangan dan kelegaan dari bahang tropika.

Fabian Teja, Pengarah Negara Malaysia di Agoda, berkata: “Peningkatan minat terhadap destinasi pantai menunjukkan semakin ramai pelancong mencari tempat yang selesa untuk memberikan perlindungan daripada cuaca panas. Lebih daripada sekadar destinasi percutian, kawasan pantai menawarkan udara nyaman, kedamaian, dan peluang sempurna untuk menyegarkan semula fizikal dan mental. Agoda komited untuk memastikan pelancong menemui destinasi idaman mereka, menawarkan diskaun hebat untuk penginapan dan aktiviti agar setiap percutian menjadi pengalaman yang menyeronokkan."

Dengan lebih 6 juta pilihan, Agoda menyediakan pelbagai penginapan untuk keselesaan pelancong, termasuk tempat percutian berangin dan redup, dilengkapi kolam renang luas, dan juga penginapan yang menghadap laut. Layari Agoda.com atau muat turun aplikasi mudah alih Agoda untuk mendapatkan tawaran terbaik bagi percutian anda sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR