ASTRO BAWA KERIANGAN BUAT SEISI KELUARGA DENGAN MUSIM BAHARU ‘THE CHOSEN ONE XTRA’ & DRAMA KOMEDI ‘JUTAWAN EKSPRES’
Astro, peneraju hab hiburan Malaysia, kembali dengan dua program baharu yang menjanjikan pengalaman hiburan mesra keluarga yang penuh warna dan nilai. Sebagai pembuka tirai siri jelajah Home of Kids 2025, Astro mempersembahkan musim terbaharu The Chosen One XTRA dan drama komedi eksklusif Jutawan Ekspres — dua genre berbeza, satu matlamat: hiburan berkualiti untuk semua lapisan umur.
Menurut Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext Astro, kedua-dua program ini bukan sahaja menghiburkan, malah menyampaikan pengajaran dan nilai murni yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga — di kaca TV, dalam talian, dan menerusi aktiviti luaran.
Jutawan Ekspres: Komedi Sarat Pengajaran dan Gelak Tawa
Bermula 21 Julai 2025, setiap Isnin jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), Jutawan Ekspres mengisahkan sebuah keluarga yang secara tiba-tiba menjadi jutawan. Kekayaan baharu mereka menarik perhatian saudara-mara dan jiran yang ingin menumpang senang, sekali gus mencetus pelbagai konflik lucu dan menyentuh hati.
Diarahkan oleh Wan Hasliza, pengarah terkenal di sebalik Keluarga Iskandar dan Dr. Pontianak, drama ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Bell Ngasri, Sazzy Falak, Azhar Sulaiman serta pelakon muda berbakat seperti Qistina Khaled, Kim Azzim, Puteri Rafasya dan ramai lagi.
The Chosen One XTRA: Pentas Bakat Cilik Malaysia
Bermula 25 Julai 2025, setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104), The Chosen One XTRA kembali dengan format yang lebih segar. Program realiti ini bukan sahaja menonjolkan bakat nyanyian, tetapi juga tarian, akrobatik, permainan muzik dan seni persembahan lain.
Barisan selebriti ‘coach’ termasuk Namie, Nikki Palikat, Achey, Tuju & Loca B, Bunga, Usop dan Naqiu akan berganding bahu dengan peserta cilik dari seluruh negara. Hos popular Nabil Ahmad bersama anaknya Nayla Mikayla akan mengemudi setiap episod, manakala Dato’ Awie dan Sharifah Shahirah akan bertindak sebagai juri tetap.
Pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM40,000 dan trofi eksklusif Astro. Anugerah Coach Terbaik dan Persembahan Terbaik turut ditentukan melalui undian penonton di laman rasmi www.thechosenone.com.my.
Home of Kids: Dunia Imaginasi Si Cilik Kini Lebih Dekat
Astro turut meneruskan momentum hiburan keluarga melalui siri jelajah Home of Kids yang akan berlangsung dari Ogos hingga September. Acara ini menghimpunkan karakter kegemaran kanak-kanak daripada Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies, Moonbug, Les’ Copaque, Warnakala Studios, Monsta, Disney+ Hotstar dan banyak lagi.
Siri mini pertama akan berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos 2025 di Pavilion Damansara Heights, diikuti edisi utama di Pavilion Bukit Jalil Convention Centre dari 12 hingga 15 September 2025 bersempena musim cuti sekolah.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti
Kedua-dua program boleh ditonton secara On Demand melalui Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan atau tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps dan Pek Hiburan pada RM139.99/sebulan. Untuk langganan atau naik taraf, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Comments
Post a Comment