BARILLA & CHRISTY NG: RAIKAN KEMERDEKAAN MALAYSIA DENGAN BEG PREMIUM EKSKLUSIF
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, dua jenama tersohor bergabung untuk meraikan semangat perpaduan Malaysia melalui kolaborasi yang unik — warisan pasta Itali bertemu dengan seni fesyen Malaysia.
Barilla, jenama pasta terkemuka dunia, bekerjasama dengan ikon fesyen tempatan, Christy Ng — pereka beg tangan dan kasut yang terkenal dengan sentuhan elegan dan estetika sofistikated — untuk menghasilkan beg tote edisi terhad yang eksklusif. Rekaan ini bukan sekadar aksesori, tetapi lambang perpaduan dan semangat cinta terhadap budaya serta kulinari Malaysia.
Seperti mana Barilla telah menyatukan keluarga di meja makan selama lebih satu abad, Christy Ng pula membina reputasi dengan mencipta aksesori yang membawa kisah identiti dan rasa kekitaan.
Menurut Melissa Chin, Ketua Kategori dan Pemasaran Barilla bagi Asia Selatan dan Asia Tenggara:
“Kami teruja untuk meraikan Merdeka bersama peminat kami di Malaysia dengan menggabungkan makanan dan fesyen — dua ekspresi budaya yang penuh kasih sayang. Rekaan Christy Ng memberikan sentuhan tempatan yang unik kepada komitmen kami dalam menyatukan rakyat Malaysia melalui hidangan berkualiti tinggi.”
Rekaan yang Menyentuh Jiwa Malaysia
Pendekatan Christy Ng dalam kolaborasi ini selari dengan falsafah Barilla — menyatukan insan melalui momen harian yang bermakna. Dikenali dengan rekaan aksesori premium yang digemari wanita Malaysia, Christy menghasilkan beg tote Merdeka ini sebagai refleksi kekayaan budaya pelbagai kaum yang membentuk identiti negara.
Beg tote edisi terhad Barilla & Christy Ng menampilkan gaya rekaan ikonik Christy yang disuntik dengan elemen budaya Malaysia, menjadikannya bukan sahaja praktikal tetapi juga penuh simbolik.
“Dalam proses mereka cipta beg ini, saya terinspirasi oleh cara rakyat Malaysia berhubung melalui hidangan bersama, perbualan yang bermakna dan akar budaya yang pelbagai. Beg ini bukan sekadar aksesori — ia adalah pernyataan tentang siapa kita dan bagaimana kita meraikan momen harian dengan penuh gaya,” kongsi Christy Ng.
Cara Mendapatkan Beg Tote Edisi Terhad Barilla & Christy Ng
Mulai 14 Julai 2025, pembeli boleh mendapatkan beg tote edisi terhad ini melalui pembelian pek istimewa di rangkaian peruncit terpilih seperti AEON, Isetan, Jaya Grocer, Lotus’s, Mercato dan Village Grocer.
Pek bundle yang ditawarkan termasuk:
- Barilla Spaghetti N.5 500g & Barilla Sos Basilico 400g
- Barilla Spaghetti N.5 500g & Barilla Sos Bolognese 400g
Tawaran ini hanya tersedia selagi stok masih ada. Terma dan syarat dikenakan.
Comments
Post a Comment