ETERNAL LOVE - TIMELESS ROMANCE: BCL BAKAL BERKONGSI PENTAS BERSAMA ARTIS UNDANGAN JACLYN VICTOR & DENNIS LAU


Bunga Citra Lestari (BCL), ikon seni Indonesia yang tidak pernah lekang dengan karya-karya bernuansa cinta, bakal kembali menghangatkan pentas Malaysia dalam sebuah konsert eksklusif bertajuk BCL: Eternal Love – Timeless Romance. Dianjurkan oleh Pulse Project Asia, konsert ini akan berlangsung pada 27 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).


Sebuah Persembahan Cinta yang Abadi

BCL bukan sekadar penyanyi. Beliau adalah penghibur serba boleh, aktres, juri profesional dan figura seni yang disayangi ramai. Konsert ini akan membawa penonton menyusuri perjalanan muzik beliau yang penuh emosi dan keindahan cinta, melalui lagu-lagu ikonik seperti Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah serta single terbarunya Memulai Kembali. Setiap persembahan dijanjikan dalam suasana intim dan penuh makna, disertai dengan produksi bertaraf dunia.


Artis Jemputan yang Menyinar

Menambah keistimewaan malam tersebut, dua nama besar akan turut serta sebagai artis undangan istimewa – Jaclyn Victor, penyanyi bersuara mantap yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia, dan Dennis Lau, pemain violin profesional yang akan menyuntik elemen elegan dan dramatik ke dalam persembahan.


Tiket dan Tawaran Eksklusif

Tiket konsert boleh didapati secara eksklusif di Ticket2U bermula 6 Jun 2025, jam 3 petang. Harga tiket bermula dari RM288 untuk kategori biasa, manakala harga pre-sale ditawarkan pada RM259. Beberapa tempat duduk terpilih akan dibuka pada harga istimewa sempena pelancaran rasmi. Kuota adalah terhad dan harga akan kembali ke asal selepas kuota dipenuhi.

Sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia, pembelian tiket pada hari pelancaran akan menikmati diskaun 10 peratus. Pulse Project Asia turut menawarkan pengalaman eksklusif buat peminat yang terawal. Hanya 300 pembeli tiket pertama akan menerima Pas Soundcheck Eksklusif – peluang menyaksikan sesi latihan BCL secara langsung sebelum konsert bermula.

Lebih istimewa, pemegang tiket pakej Cinta Abadi (kategori eksklusif menggantikan VVIP) akan menikmati sesi Meet & Greet peribadi bersama BCL, sesi bergambar kenangan, serta barangan eksklusif yang ditandatangani sendiri oleh beliau.


Suara Penganjur

Menurut Muhammad Anuar Zaini dari Pulse Project Asia, konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi sebuah pengalaman yang menyentuh hati.

“Pulse Project Asia dengan penuh rasa cinta membawa BCL: Eternal Love – Timeless Romance sebagai hadiah buat para peminat penyanyi hebat ini. Penonton akan dibawa menyusuri perjalanan muzik BCL yang menyentuh hati melalui lagu-lagu cinta abadi, balada penuh makna dan penceritaan intim.”

Tambah beliau lagi, penganjuran konsert ini umpama membawa BCL pulang ke rumah keduanya – Malaysia – yang sentiasa menyambut hangat kehadiran beliau.


Maklumat Penting

Artis: Bunga Citra Lestari
Acara: BCL: Eternal Love – Timeless Romance
Lokasi: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Tarikh: 27 September 2025
Waktu: 8.30 malam
Penganjur: Pulse Project Asia
Harga Tiket: Bermula dari RM288 (harga normal), RM259 (harga pre-sale)
Pembelian Tiket: www.ticket2u.com.my bermula 6 Jun 2025, pukul 3 petang
Untuk tajaan dan partnership: assist@pulseproject.asia

Peringatan Penting

Elakkan membeli tiket daripada pihak ketiga atau penjual tidak sah. Untuk jaminan tempat duduk dan akses ke pengalaman eksklusif, beli hanya di Ticket2U. Pas Soundcheck akan dihantar melalui e-mel kepada peminat yang layak dalam tempoh sebulan sebelum konsert.


Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam cinta yang takkan dilupakan bersama BCL. Tempah tiket anda hari ini dan rasai kehangatan cinta dalam BCL: Eternal Love – Timeless Romance.

Comments

Popular posts from this blog

MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR